Sunday 8 January 2012

PILIHAN HATIKU BAB 1

PILIHAN HATIKU BAB 1


       "Woi!!Agaklah kan!!Apsal kau nak halang aku ni!Blah r!!"marah Sofia apabila jalannya dihalang oleh Zul yang ketika itu dia kelam kabut untuk ke kolej kerana terlewat bangun dari tidur.Zul yang ketika itu "angau" apabila terpandang Sofia tersedar dari lamunannya lalu berjalan memberi ruang untuk Sofia."Kau kalau nak main cak-cak,main tempat lain boleh tak?!!"marah Sofia lagi dengan kasar.Sifatnya yang kasar seperti lelaki itulah yang memikat hati Zul kerana baginya Sofia lain dari yang lain seperti gadis-gadis yang lain yang asyik "tergedik-gedik".Tetapi dapatkah Zul seorang lelaki biasa yang membantu emaknya menjual kuih dan nasi lemak di kantin kolej, memikat hati gadis yang dari keluarga yang berada.Bagai langit dengan bumi.Jam menunjukkan jam 2 petang.Waktu kelas  subjek Biologi mula jam 1 tengahari,ini bermakna Sofia telah lambat satu jam untuk hadir ke kelas.Pintu diketuk dan Sofia masuk kedalam dewan."Eh eh ?? Awak ni siapa?"soal Encik Yusuf bertanyakan Sofia kerana pelajarnya itu masuk lambat ke kelasnya.Sofia yang ketika itu hendak duduk ke tempatnya terbantut apabila disoal pensyarahnya."Erk,saya ni student Encik Yusuf lah"jawab Sofia lagi.Rakan-rakanya yang lain ada yang ketawakan Sofia."Kejap kejap..Kalau awak ni student saya.. habis tu saya ni siapa?"soal Encik Yusuf lagi membuatkan Sofia pelik kenapa dengan pensyarahnya bertanyakan dengan banyak soalan."Encik Yusuf pensyarah saya lah"balas Sofia lagi sambil membetulkan topinya."Ooo,saya ni pensyarah awak eh?Tapi biasanya pensyarah yang masuk lambat dalam kelas,tapi kali ini awak pula yang masuk lambat dalam kelas,jadi...awaklah pensyarah saya kan?"soal Encik Yusuf lagi ,sambil diketawakan pelajar-pelajar lain apabila mendengar pensyarah mereka berkata sebegitu."So,memandangkan awak dah masuk ni,saya nak awak ajar mereka semua apa yang saya tengah ajar ni,saya nak keluar dulu"balas Encik Yusuf lagi sambil mengambil handphone nya dan berlalu keluar.Terpinga-pinga Sofia dengan kelakuan pensyarahnya itu."Hoi hoi!! Aphal korang nak gelak-gelak kan aku ni ha!!Aku hempok dengan helmet aku ni kang!!"geram Sofia apabila diketawakan rakan-rakan sekelasnya.Sepuluh minit kemudian, Encik Yusuf masuk kembali ke dalam kelas."Ha,awak dah ajar diorang?"soal Encik Yusuf sambil memegang nota ditangannya untuk sambung mengajar.Sofia yang malas hendak membalas soalan pensyarahnya itu, hanya menjeling.

1 comment: