Tuesday 3 January 2012

CINTA SEJATI BAB 4

BAB 4


         Menangis teresak-esak Suraya di bahu  Intan kakak kepada Haikal mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.Kak Intan cuba memujuk Suraya agar tenang dan sabar dalam semua ini dan menjadi manusia yang kuat dan tidak mudah mengalah."Kak tau tak,abang Haikal dah lain sangat,dia marah-marah Su,herdik Su,apa yang Su buat ada saja yang tidak kena,apa salah Su kak."nangis Suraya kerana berat sungguh ujian yang jatuh menimpa dirinya. Intan cuba menghela nafas dan dia juga tidak tahu mengapa adiknya berlaku sedemikian rupa sedangkan apa salah wanita ini sampai harus diperlakukan sebegitu rupa."Sabar Su,sabar..semuanya akan pulih..kita sama-sama cuba pulihkan Haikal tau"pujuk Intan sambil menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata Su."Ju,Julia?Siapa Julia kak?Kenapa abang Haikal selalu sangat sebut nama Julia?Akak tau tak siapa Julia?Akak,akak tolonglah cerita kat Su apa yang Su tak tau kak,tolong kak"rayu Suraya dengan harapan Intan akan bercerita kepadanya apa yang dipersoalkan.

          "Dulu sebelum Su hadir dalam keluarga kami,Haikal pernah bercinta dengan Julia,Julia adalah cintanya semasa mereka menuntut pelajaran di UK" tekun Suraya mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut kakak iparnya itu."Mereka saling cinta mencintai tapi emak dan ayah tidak setuju dengan perhubungan mereka kerana perangai Julia itu yang tidak menarik perhatian mata emak dan ayah.Haikal dulu sebelum ke luar negara dia sangat baik,suka membantu orang,tidak meninggalkan solat,hormat orang tua tapi sejak dia ke luar negara dia berubah sedikit demi sedikit bila berkenalan dengan perempuan bernama Julia.Perangainya agak ke barat walaupun hakikatnya dia anak asal dari macam kita juga melayu,tapi akibat terpengaruh,itulah jadinya.Minum arak,kaki disco,keluar dengan ramai jantan tapi itu lah akak pun tak faham kenapa adik akak si Kal tu boleh bertahan dengan dia dengan perangainya yang macam itu."angin sayup-sayup memukul,terasa dingin ketika itu. "Tapi sejak Kal pulang ke Malaysia dan berjumpa dengan Su,erm tu lah kuasa tuhankan,dengan iringan doa kami yang berharap dia akan berubah sebagaimana dia yang dahulu akhirnya syukur alhamdulillah.Itulah dia yang kamu jumpa masa mula kenal,dia jaga kamukan?sayang kamukan?sedikit demi sedikit dia berubah ke arah kebaikan.Tapi itulah yang akak pelik sekarang kenapa dengan tiba-tiba dia boleh jadi macamni." bantal yang empuk di tangannya dihempaskan ke lantai kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku terhadap adiknya.Terkejut Suraya dengan perlakuan kakak iparnya itu,tapi difikirannya mungkin kakaknya terlampau marah dan terkejut.Kini barulah Suraya tahu cerita yang sebenar dan dia harus bijak mengatur langkah seterusnya demi mengecap kebahagiaan.



..........................................................................................................


         Baju yang sudah dicuci diampai agar lekas kering sementara matahari sedang naik.Ada satu mata sedang memerhatikan sekujur badan yang sedang leka menyidai kain di luar."Eh abang,abang abang dah bangun?"senyum Suraya melihat suaminya yang sibuk membelek surat khabar yang tersedia disitu tanpa menghiraukan pertanyaan Suraya."Abang,hari ni saya nak masak lauk kegemaran abang.Abang suka makan ayam masak merah kan.Nanti kita makan sama-sama ye."pujuk Suraya sambil meletakkan raga baju di sudut pintu.Namun perkara sama juga berlaku.Haikal bersikap endah tak endah sedangkan isterinya berada di depan matanya."Kau nak masak,masaklah,aku kesah apa.Perlu ke kau nak bagitahu semua ni?"kata-kata Haikal itu telah membuatkan hati Suraya bagai disayat-sayat pilu kerana niatnya hendak memulihkan ingatan suaminya agar kembali sihat seperti dulu.Suraya berlalu pergi meninggalkan suaminya yang asyik leka membaca berita di dada akhbar.Bahan-bahan masakan sudah tersedia,cuma perlu dimasak sahaja.Laju hentakan tapak kaki suaminya turun anak tangga membuatkan Suraya terpanggil kedepan untuk melihat dan bertanya kemana suaminya hendak pergi."Abang nak pergi mana?Abang makanlah dulu ye,makanan dah nak siap ni,ye abang?"benci sungguh Haikal tatkala menatap wajah wanita yang berada di depan matanya kini."Eh!Suka hati akulah nak pergi mana yang kau sebok apahal?Aku pon tak suruh kau masak kan?Kau yang gedik nak masak,dah lah!Aku nak keluar dan kau tak perlu tahu mana aku nak pergi sebab aku pun tak pernah sebok nak tanya apa yang kau buat, apa yang kau makan,kau nak mampos pon mamposlah,aku peduli apa!" hanya air mata yang mampu keluar tatkala mendengar kata-kata sebegitu rupa dari seorang suami.Berdoa dan berserah pada-NYA sajalah yang mampu wanita cekal ini lakukan selain bersabar kerana dia yakin tuhan maha mendengar dan mengetahui.


.........................................................................................


          "You...esok i nak lagi boleh?"rengek manja Julia sambil mengusap dada Haikal.Apabila berdua-duaan di tempat yang sunyi,maka akan ada orang yang ketiga.Hidung mancung yang dimiliki Julia diusik manja oleh Haikal dan hatinya berasa puas kerana dapat bermadu asmara dengan gadis yang secantik buah hatinya.Tiada siapa yang dapat pikat Julia ketika menuntut di UK kerana Julia adalah gadis yang sangat "mahal" ketika itu tapi dia berasa bangga apabila dirinya terpilih sebagai sebahagian dari hidup Julia.Ramai rakan-rakan yang cemburukan mereka kerana pasangan sama kacak,cantik menjadi rebutan ramai.Hanya pandangan dan senyuman sahaja orang sekeliling mampu lemparkan."Yes,why not,i pun tak puas rasanya bila bersama dengan you.You pandai layan i,jaga i..you are my sexy girl baby" gedik Julia bila mendengar ungkapan manis dari bibir jejaka itu."Kalau you nak i,you kenalah kahwen dengan i,boleh kan?"pujuk Julia sambil menggoda Haikal.Senyum Haikal apabila mendengar itu yang keluar dari bibir munggil gadis didepannya.


......................................................................................

         Kereta di parking di hadapan rumah dengan kemas.Gelap keadaan di dalam rumah cuma bertemankan samar-samar cahaya lampu kuning redup gayanya.Perlahan-lahan Haikal membuka pintu agar tidak mengganggu Suraya yang sedang nyenyak tidur di atas.Perotnya tiba-tiba berasa lapar mencari-cari jika ada apa-apa makanan untuk dimakan.Lauk yang dimasak oleh Suraya ada lagi di dalam peti sejuk,nasi juga ada di dalam periuk cuma tidak panas.Haikal yang dalam keadaan lapar ketika itu,sediakan hidangan,kerana baginya perotnya itu sudah tidak tertahan lapar lagi."Erm,sedap jugak perempuan ni masak"ngomel Haikal sambil menjamu selera dengan begitu kusyuk sekali.Dia ingat apa yang dia sudah katakan pada Suraya siang tadi tapi baginya itu tidak penting yang penting baginya adalah perutnya diisi.

          Isyarat mesej masuk hand phone milik Haikal bergetar di atas meja dengan nada dering yang kuat mengejutkan Julia yang sedang leka mengemas rumah.Entah mengapa tatkala itu kuat hati Suraya hendak cuba membuka mesej itu dan alangkah terkejutnya apabila mesej itu adalah dari Julia.Nama itu yang terpampang di skrin membuatkan Suraya tertanya-tanya apa yang Julia mahukan sampaikan boleh hantar mesej sms dekat suaminya.Tak sempat Suraya mahu menekan punat open, pipinya ditampar oleh Haikal yang tiba-tiba muncul disitu."Kau ni kalau tak menyebok hal orang lain,tak boleh ke perempuan?Semak lah kau ni!"herdik Haikal lalu mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah.Berdesing telinga,pipi Suraya apabila pagi-pagi lagi dah diperlakukan sebegitu oleh suaminya.Suraya cuba bangkit agar dia kuat dan tidak mudah mengalah.

            Kota raya begitu sibuk sekali,dengan kereta-kereta yang bersesakan di Pavillion membuatkan Intan pening dengan hiruk pikuk bandar yang sentiasa sibuk.White Coffe adalah pilihan Intan untuk berhenti rehat sementara menunggu clientnya seperti yang dijanjikan. "Hello Ju,ni kak Intan,ganggu ke?"soal Intan sambil menghirup minumannya yang diorder sebentar tadi.Terkejut Julia apabila mendapat panggilan daripada kakak kekasihnya itu Haikal dengan penuh tanda tanya dimindanya kerana dia sendiri sudah menukar nombor."Oh kak intan,lama kita tak berbual kan,kak intan apa khabar,dah makan,mana akak dapat nombor Ju ni?"geli hati Intan apabila mendengar kata-kata Julia itu kerana selama Julia bercinta dengan Haikal,tak pernah pula dia nak ambil berat akan dirinya."Aku makan ke tak makan tak perlulah kau nak risaukan,aku dah besar pandailah aku jaga diri dan mana aku dapat nombor kau pun tak perlulah kau tahu,pandailah aku cari YellowBook kan ada"perli Intan "Aku call  kau ni pon Ju nak cakap satu lah,kau jangan ingat kau boleh pikat adik aku balik.Kalau mak ayah aku kata tak boleh terima kau,kau patut terima dengan hati terbuka,janganlah terhegeh-hegeh lagi,kau ni tak malu ke?"perli Intan sekaligus membuatkan hati Julia panas mendengarnya."Eh,kak,bukan Ju yang datang kat Haikal ok,dia sendiri yang datang cari Ju" order yang dipesan oleh Intan tadi datang ketika itu, membantutkan perbualan Intan sebentar.
" Whateverlah cik Julia, tapi ingat Haikal tu dah kahwen,ada isteri,kau jangan cuba-cuba ambil kesempatan"amaran yang diberikan oleh Intan sedikit pun tidak menggetarkan Julia kerana apa yang dia tahu Haikal akan menjadi miliknya.Perbualan dimatikan oleh Intan kerana tiba-tiba sahaja clientnya tiba.Intan menjemput tetamunya duduk dan berbincang hal kerja mereka.Kotak rokok yang ada disisi Julia diambilnya lalu menghisapnya."Ahh kau perempuan apa tau,walaupun bukan kau yang bagitahu aku yang Haikal terpekik terlolong pangil nama aku,aku tetap tahu apa yang Haikal buat.Kau jangan ingat aku tak ada mata-matalah.Aku pun benci dengan kau lah perempuan,kau ingat kau bagus sangat! tunggu dan lihat...hahahaha!!"ketawa Julia dikamarnya dengan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

3 comments:

  1. tp bukan intan ke y bgtau julia y haikal asik sebut sebut nme julia. ngeee hee. tp seronok cite nih. nk bace lagik.

    ReplyDelete
  2. hayati = x lah...julia bohong... intan x bgitahu kat julia langsung yng haikal pggel2 nama dia... :) ada part bunga tulis yang julia ckp sdlm hati wlupun bukan intan yang bgtau julia yang haikal pggel2 nama dia sedangkan org2 die yg julia pasang yg report..so dr citu die tahu .. :'D

    ReplyDelete