Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 22

BAB 22


        Lama Suraya dan Asyraf di dalam bilik pembedahan.Haikal,ahli keluarga dan rakan yang lain menunggu diluar dengan sabar."Ya Allah,selamatkanlah mereka..."doa Haikal didalam hati dengan penuh harapan.Pintu bilik pembedahan dibuka.Haikal pantas mendapatkan doktor untuk mendapatkan jawapan."Doktor,macammana keadaan mereka doktor?"soal Haikal cemas.Doktor menyuruh Haikal dan lain-lain supaya bawa bertenang."Pesakit yang bernama Asyraf berjaya kami selamatkan serta kandungan Puan Suraya tapi...."Haikal menyoal doktor lagi tanda tidak puas hati bagaimana keadaan isterinya didalam."Maaf,kami dah cuba sedaya upaya selamatkan Puan Suraya,tapi... Allah lebih menyayanginya"jatuh lemah Haikal mendengar apa yang doktor cuba sampaikan.Seperti tidak percaya apa yang cuba doktor sampaikan tapi itulah hakikatnya."Puan Suraya mengalami pendarahan yang teruk di otak.Kerana otak adalah "ibu" segala anggota.Kuasa tuhan,anak didalam kandungannya selamat dengan sihat"sambung doktor lagi."Tak!!Tak!!Doktor,isteri saya selamatkan??Isteri saya selamatkan?"soal Haikal lagi sambil ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.Doktor hanya menggelengkan kepala dan minta Haikal serta yang lain banyakkan bawa bersabar."Su...kenapa Su..."menangis Haikal lalu pergi mendapatkan isterinya.

...................................................................................................
   
      Kini tiada lagi suara yang akan mengejutkan dia bangun pagi,tiada lagi suara yang akan mengusiknya setiap malam,tiada lagi yang akan bernyanyi lagu bersama semasa berjalan-jalan di taman,tiada lagi peneman berbual,tiada lagi panggilan "sayang,abang" untuk dirinya,tiada lagi untuk segala-galanya.Tubuh terbaring kaku dikatil kini tiada lagi yang akan senyum untuknya,tiada lagi yang akan ketawa untuknya,tiada lagi yang akan berbisik ditelinga setiap malam.Semuanya akan hilang.Menggigil Haikal melihat tubuh isterinya terbaring di katil.Haikal mencium dahi Suraya lembut."Sayang....kenapa sayang buat abang macamni sayang..Sayang dah janjikan yang sayang akan besarkan anak kita sama-sama?Sayang..bangun sayang..abang tahu,sayang tak boleh tinggalkan abang..Nanti siapa nak masakkan untuk abang,siapa nak kejut abang bangun pagi,siapa nak nyanyikan untuk abang lagi?Sayang bangun sayang...."rayu Haikal mengejutkan supaya Suraya bangun.."Haa..abang tahu kenapa sayang tak nak bangun..sayang merajuk dengan abang kan??Abang tahu macammana nak pujuk sayang..."kata Haikal menangis sambil memandang wajah pucat Suraya.

  pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

 pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan


       Keadaan diri Suraya tetap sama.Haikal seperti tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya kini sudah tiada lagi didunia."Sayang merajuk lamanya?Abang sambung nyanyi lagi tau...mesti sayang tak jadi merajuk..Jangan merajuk lama-lama ,nanti abang rindu..."kata Haikal lagi lalu sambung menyanyi lagu Pujaan Hati dari Kangen Band,lagu cinta mereka.


mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku


cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku



     
Lemah Haikal sambil baring disisi isteri tercintanya."Sayang....abang cintakan sayang,jangan tinggalkan abang sayang..Abang sunyi kalau tak ada sayang...Abang rasa bahagia sangat bila dapat bersama dengan sayang....Sayang bangun sayang....Nanti anak kita,kita sama-sama besarkan,bawa pergi sekolah,pergi taman permainan......"Haikal melayan perasaan sedihnya didalam bilik bersama jasad isterinya.Ahli keluarga yang lain bersedih setelah apa yang menimpa ke atas keluarga mereka.Kini cintanya sudah tiada,rindunya sudah tiada,sayangnya sudah tiada.Terasa kosong dunia ini."Sayang!!!!!!"jerit Haikal sambil memeluk tubuh isterinya.



No comments:

Post a Comment