Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 18

BAB 18


         Hanya berdoa Aysraf mampu lakukan agar semuanya berjalan dengan lancar.Rasa bersalah dalam dirinya timbul,jika dia tidak membalas tumbukan Haikal padanya,pasti semua ini tidak akan berlaku.Ahli keluarga menunggu di luar bilik rawatan,menunggu berita dengan harapan semuanya akan kembali pulih.Ujian yang diturunkan kepada mereka harus mereka tempuhi dengan tenang.Kerana tiada satu manusia pun yang tidak akan terlepas dari ujian-NYA kerana itu adalah tanda kasih-NYA kepada kita sebagai hambanya."Pesakit kami berjaya selamatkan tapi maaf,kandungannya kami tidak selamatkan,kami dah cuba sedaya upaya tapi..maaf"hanya itu yang keluar dari mulut Doktor Zamrul membuatkan ahli keluarga semua terkejut yang Suraya rupanya berbadan dua..Tapi anak siapa yang menjadi persoalannya."Su!!!!!!"jerit Haikal yang terjaga dari pengsannya setelah dirawat di hospital."Su!!!Jangan tinggalkan abang!!!Su!!!"jerit Haikal lagi mencari-cari wanita yang dia cintai.Terkejut Nora dan Intan ketika itu,cuba menenangkan keadaan Haikal."Su mana ???!!Su mana???!!!"jerit Haikal lagi,dan cuba mengumpul sedaya kekuatan untuk bangun.Intan dan Nora cuba menenangkan Haikal tapi tidak mampu kerana Haikal yang terlampau kuat berjaya melepaskan diri lalu keluar mencari wanita yang dia rindu,kasih,sayang,cinta.Hanya wanita itu yang dia cari kini."Su??!!!Mana Su??!!!Sayang??!!!!!"jerit Haikal lagi membuatkan orang di sekeliling memandangnya pelik.
       "Tapi doktor,doktor dah cuba kan selamatkan anak dalam kandungan Suraya??"soal Datin Khadhijah lagi sambil ditenangkan oleh Mak Milah disisinya.Doktor hanya menggelengkan kepalanya."Maaf,seperti apa yang saya katakan tadi,kami dah cuba selamatkan ibu dan anak dalam kandungannya tapi maaf,pesakit mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan kandungannya tidak dapat lagi diselamatkan"jawab Doktor Zamrul lagi mengejutkan Haikal yang berada di belakang, tanpa mereka sedari.
        Sekujur tubuh kaku terbaring di katil.Rindunya dia pada wajah itu setelah sekian lama dia biarkan begitu sahaja."Ya Allah !! Apa yang aku dah buat?!"kata Haikal sambil menggenggam jari Suraya ketika itu yang sedang terbaring kaku."Sayang,bangun sayang..abang datang ni...sayang?"kata Haikal lagi sebak melihat keadaan isterinya.Tiba-tiba kepala Haikal semakin sakit dan dengan kuasa tuhan lagi,satu persatu bayang-bayang silam keluar.."Arghhhh!!"jerit Haikal menahan kesakitan yang dia alami.

...................................................................................

       Botol arak diteguk Haikal.Julia yang ketika itu sudah terbaring pengsan dikamarnya.Suraya yang baru sahaja selesai menunaikan solat,menyimpan kain sejadah dan telekungnya di dalam almari.Dia menyikat rambutnya yang panjang tanpa dia sedari ada orang yang cuba perhatikannya.Pintu biliknya dibuka perlahan.Terkejut Suraya apabila melihat keadaan suaminya yang sedang mabuk sambil memegang botol arak ditangannya.Dengan rakus dan kasar,Haikal yang tidak dapat menahan nafsu apabila melihat susuk tubuh Suraya,cuba menarik Suraya dan menolaknya ke atas katil.Suraya yang ketakutan melihat suaminya yang seperti orang hilang akal cuba melarikan diri tapi tidak berdaya.Haikal menampar Suraya yang cuba melawannya.Akhirnya Suraya lemah dan terpaksa mengalah dihadapan suaminya.

.................................................................................

        Haikal tersedar dari peningnya.Kini baru dia tahu yang anak di dalam kandungan Suraya itu adalah anaknya.Semakin menebal rasa bersalah dalam dirinya kerana bersifat kasar terhadap wanita yang lemah."Su,maafkan abang Su..sebab abang semuanya jadi macamni...Su...bangun Su..jangan buat abang macamni...bangun..bangunlah Su....abang rindukan Su...."kata Haikal lagi sambil memeluk isterinya yang masih lagi terbaring kaku.Datin Khadijah,Datuk Jafar dan lain-lain masuk ke dalam bilik wad Suraya apabila diberitahu Intan yang Haikal cuba melarikan diri mencari Suraya."Kal,sabar Kal..semuanya akan baik Kal,percayalah"kata Datin Khadijah sebaik melihat anak lelakinya itu dalam keadaan sedih."Mak,ayah...semua ni salah Kal!Kalau bukan sebab Kal,semua ni takkan jadi!!Semua salah Kal!!"Intan cuba menenangkan Haikal adiknya supaya banyak bersabar dalam ujian yang diberikan-NYA."Tak Kal,ni bukan salah Kal.Kal hilang ingatan,jadi bukan salah Kal,erm?"menangis Intan melihat keadaan adiknya.Dia tahu adiknya sudah "kembali" pulih,rasa bersyukur dalam dirinya kerana Allah memberinya peluang untuk sihat dan bersama dengan ahli keluarga yang lain."Tak tak!Ni semua salah Kal!!Kalau Kal tak tendang Su,mesti anak dalam kandungan tu selamat!!Anak kami!!!!"balas Haikal lagi yang masih tidak dapat menerima kenyataan.
  

No comments:

Post a Comment