Tuesday 3 January 2012

CINTA SEJATI BAB 8

BAB 8


        Pelbagai cara telah dibuat oleh Suraya untuk mengingatkan kembali ingatan suaminya.Tetapi tidak berhasil.Setiap saat,Suraya berdoa kepada Allah agar dimakbulkan permintaannya demi mengecap kebahagiaan yang dibina.Terasa sakitnya di lengan akibat ditolak oleh Haikal semasa malam mereka bertengkar.Ubat yang diletak elok didalam bakul,dicapainya lalu merawat lebam yang semakin membengkak.Kringg kringg!!Kring kring!!!bunyi telefon rumah mengejutkan Suraya lalu bangun menjawab panggilan."Siapa pula yang telefon ni"soal Suraya sendirian."Assalammualaikum,Su,ni akak Intanlah.Eh betul ke apa yang akak dengar budak pejabat Haikal mengadu yang kau bergaduh dengan Kal?!"soal Intan meluru dengan penuh tanda tanya.Mati lamunan Suraya apabila mendengar soalan yang dipertanyakan oleh kakak iparnya.Bagaimana kakak iparnya boleh tahu."Eh tak adalah kak,mana ada.Pandai-pandai je lah akak ni."jawab Suraya yang cuba menyembunyikan dari hal yang sebenar,kerana dia tidak mahu hal itu menjadi lebih besar.Biarlah dirinya sahaja yang menanggung semua itu."Takdelah, akak risau kot jadi apa-apa kat kau.Tu yang akak call ni.Tapi kalau betullah apa yang akak dengar,taulah apa akak nak buat!Ish geram betul akak!"ngomel Intan di talian.Suraya tahu kakak iparnya itu sangat baik,banyak membantu semasa dia berkerja di butik rakan kakak iparnya semasa die bekerja sebagai pembantu.Dari situlah dia mula berkenalan dengan Intan,dan dengan sikap rendah diri yang ada pada diri Suraya,telah berjaya mencuri hati Intan untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi."Takpelah kalau camtu,kau tu Su jaga diri elok-elok,akak dekat Pulau Pinang ni.Nanti akak balik kita jumpa ye?" soal Intan lalu di iakan saja Suraya.


................................................................................

         Keadaan di MEGA SDN BHD begitu tenang sekali.Para pekerja melakukan tugas masing-masing.Ada yang sedang print,photostate dan ada juga yang sempat usik mengusik rakan meja sebelah.Asyraf mengambil gelasnya lalu menuju ke pantry.Sepaket nescafe dikeluarkan dari koceknya."Eh,Nora,aku dengar boss kita tu gaduh,sampai pukul-pukul bininya tu.Kejam sungguhkan?"itulah antara gosip yang sibuk orang perkatakan.Asyraf yang sibuk membancuh air tiba-tiba tertarik dengan perbualan rakan sekerjanya."Erm,tahlah cik Melah oi,aku malas nak ambil tahu hal boss.Hal sendiri pun tak terurus,sebok hal orang lain pula" jawab Nora yang sudah masak dengan perangai rakannya itu yang gemar bergosip."Takdelah,Puan Suraya tu kan cantik,ayu,sopan tapi kenapa ek boss kita buat isteri dia macamtu?Lepastu perempuan yang selalu sangat datang office..siapa tu?"soal Kamilah yang sering dipanggil Melah dikalangan rakan-rakannya."Julia"sambung Nora sambil menghirup airnya."Ha! Julia tu, aku tengok kemain tegedik-gedik dengan boss kita.Bukan dia tak tau ke yang boss kita tu dah ada isteri?"soal Kamilah tanda tidak puas hati.Asyraf yang berdiri disitu tiba-tiba mencelah masuk perbualan mereka."Jangan sebok jaga kain orang,jaga kain sendiri sudah.."perli Asyraf berlalu pergi ,tetapi disudut hatinya tetap berasa kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Suraya tetapi dia cuba mengambil langkah untuk tidak masuk campur kerana dia berkerja disyarikat yang menerimanya berkerja demi mencari rezeki.Kamilah melemparkan jelingan tajam dan mencebekkan mulut tanda geram dengan apa yang diperkatakan oleh Asyraf sebentar tadi.Lucu Nora melihat gelagat rakannya itu.



............................................................................
  

            "Pak Tam,jangan lupa apa yang saya suruh Pak Tam buat tau?!"arah Julia terhadap bomoh itu agar semuanya mengikut seperti apa yang dirancang.Talian perbualan mereka dimatikan kerana secara tiba-tiba Haikal menyapa Julia yang entah datang dari mana."Eh you?"soal Julia risau jika jejaka itu mendengar perbualan antara dia dan Pak Tam di telefon sebentar tadi.Senyum Haikal melihat gelagat buah hatinya itu."This is for you my love,rose..you suka kan?"soal Haikal sambil memandang kedua mata kekasihnya itu dengan penuh rasa sayang sekali.Terpaku Julia melihat bunga sambil dihulurkan oleh Haikal untuknya begitu cantik sekali."I suka my dear,cantik sangat!mmm wanginya!!"kata-kata Julia itu membuatkan hatinya lega yang wanita itu suka akan pemberiannya.I tau you suka, so that's why lah i beli khas untuk you tau" jawab Haikal sambil mencapai sebatang rokok di dalam koceknya."Eh tadi i terdengar you sebut-sebut nama Pak Tam?Siapa tu dear?"soal Haikal sambil membetul-betulkan rambutnya.Resah Julia apabila mendengar soalan itu.Tapi dia harus bijak agar semuanya tidak diketahui oleh Haikal."Oh tu,Pak Tam,tukang kebun yang uruskan rumah papa i yang dekat J.B tu ,dia minta cuti sakit,and i pun kesian dengan keadaannya so i pun bagi dia cuti.Julia pura-pura membuat muka sedih,dan berlagak baik sambil memandang ke arah Haikal.Senyum Haikal mendengar jawapan itu dan berfikir baik sungguh kekasihnya itu yang memahami keadaan pekerjanya,sedangkan dia tidak sedar yang dirinya telah di bomoh oleh Pak Tam selama ini angkara wanita yang berdiri didepannya ketika itu demi kepentingan diri sendiri.
       

No comments:

Post a Comment