Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 13

BAB 13


          Rengekan manja Julia membuatkan lelaki yang  berasmara dengannya semakin geram dengan aksinya.Belaian demi belaian diberi.Hanyut Julia apabila diperlaku sebegitu dengan lelaki yang bukan sah hukumnya di kamar."My dear,bila you nak putus dengan mamat tu?You ni macam dah syok sangat je dekat mamat tu?"soal Joe sambil membelai tubuh Julia.Selimut ditarik Julia."Erm?Who?Haikal?Oh mamat tu?Ala you ni pun sabarlah.Tunggulah bila semuanya dah selesai,i tinggalkanlah mamat tu bila dah dapat harta-harta dia.Bagi i masa,sayang"jawab Julia sambil membelai helaian rambut Joe."Erm tak delah.I bukan apa.Takut nanti you pulak yang dah tersayang dekat dia,then?you ubah fikiran tak nak tinggalkan dia"kata Joe lagi membuatkan Julia ketawa kecil."What?You gila ke?I pun kalau you nak tau, dah bosan dengan mamat tu tau tak.Bosan !bosan!Ta...pi...bila i dengan you kan,i rasa puas sangat!Tak tau kenapa."kata Julia lagi."Yelah,i ada apa yang you nak tapi mamat tu tak ada apa yang you nak kan sayang?"jawab Joe lagi sambil memeluk kuat Julia yang berada didalam dakapannya.Hanyut mereka dikamar itu melayan nafsu apabila sudah beraja didalam diri.


         Satu persatu lacinya dibuka.Cuba mencari-cari sesuatu.Berselerak bilik Suraya dipunggah Haikal.Tetapi tidak ditemui juga.Terduduk Haikal dilantai,memikirkan sesuatu tetapi tidak pasti apa perasaan yang muncul dihatinya sedangkan dia tidak kenal siapakah Suraya dan bencinya terhadap Suraya teramat mendalam.Matanya terlihat sesuatu dibawah bantal.Ditariknya seperti berwarna putih,apabila dilihat,itu adalah gambar perkahwinan dia dan Suraya.Dilihatnya lama dan cuba tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.Tiba-tiba sahaja kepalanya sakit.Dan dengan kuasa tuhan,sedikit demi sedikit kenangan antara dia dan Suraya terbayang difikiran semasa mereka bahagia bersama.Sakitnya teramat membuatkan Haikal tidak mampu menanggungnya."Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!"jerit Haikal di kamar Suraya.

         ...........................................................................

      
        Nora memberikan minuman tin milo kepada Asyraf lalu diterima dengan baik."Terima kasih Nora"kata Asyraf sambil duduk di sebelah Nora."Eh!Aku tak faham betullah,lepas dengar kau cerita ni kan,tak sangka encik Haikal sanggup buat macamtu kat kau,sedangkan bukan kau buat salah apa pun kan?"soal Nora tidak puas hati selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Asyraf.Asyraf menarik nafas dan melihat keadaan taman yang ramai dengan kanak-kanak yang sibuk bermain,bergembira dengan ahli keluarga."Tahlah Nora,aku sendiri pun tak faham kenapa aku pun terlibat sekali.Sedangkan aku dengan Puan Su tu pun, cuma lepak-lepak minum je kut"balas Asyraf sambil minum air ditangannya."Tuan kita tu cemburu kottttt!....tu yang sampai tumbuk kau kan?Sakit tak?Kesian kau.."simpati Nora terhadap Asyraf setelah apa yang berlaku.Kecoh satu pejabat bercerita yang Haikal cuba membelasah Asyraf."Ish!Kalau aku lah kat tempat Puan Suraya tu,aku tumbuk-tumbuk je pompuan si nama Julia tu!Dasar rampas suami orang!Tak malu ke!Lepastu boleh pulak cuba ambil kesempatan!Cis!!"marah Nora membuatkan Asyraf terkejut dan tergelak."Eh?Yang kau ni pulak yang emo apsal?Macam kau pulak yang kena?Ciss!!hahaha!!"ajuk Asyraf."Takdelah...aku kan perempuan.Puan Suraya tu perempuan.Jadi aku fahamlah apa yang Puan Suraya tu rasa!Kau tu jantan!Apa tau!Tau buat anak je!"perli Nora sambil bangun menuju ke arah jongkat-jongkit yang berhampiran disitu.Geleng kepala Asyraf mendengar apa yang Nora katakan.Lucu pun ada."Nora nora....haishh kau ni pun , itu kan dah menjadi tanggungjawab lelaki..hahaha!"gelak Asyraf usik Nora.Suka dia lihat kawannya itu bila membuat muka "kemek".Tiba-tiba sahaja tubuh Nora menjadi geli."Eh situ pulak?Apa kau ingat kaum wanita ni kilang ke cik abang oit??!"soal Nora lagi sambil mencekakkan pinggangnya seperti emak-emak memanggil anak-anak pulang masuk ke rumah.Asyraf tahu Nora adalah seorang wanita yang baik, yang sentiasa ambil berat akan rakan-rakannya.Dengan sikap yang ada pada wanita itulah membuatkan Asyraf terpikat padanya tetapi perasaannya dipendamkan sahaja kerana dia sedar,dia tidak layak dengan gadis secantik,segaya,seperti Nora.

No comments:

Post a Comment