Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 15

BAB 15


        Sayu Suraya melihat keadaan suaminya yang terlantar di katil hospital.Rindunya dekat Haikal tidak dapat ditampung lagi.Sudah lama wajah itu tidak dilihat setelah dihalau keluar dari rumah oleh Haikal sendiri.Digenggam jari-jemari suaminya itu penuh dengan kasih sayang dan cinta."Ya Allah,janganlah Kau ambil dia Ya Allah,berikanlah aku kesempatan untuk merasa rasa kasih sayang darinya setelah terputus sekian lama.Aku tidak akan pernah salahkannya kerana ini semua bukan salah  dia "doa Suraya didalam hati.Pilu melihat keadaan suaminya yang hanya terbaring kaku disitu."Abang,Su tetap setia tunggu abang,Su tetap setia tunggu abang "kembali" seperti dulu.Abang dah janjikan pada malam pertama kita yang abang akan setia dengan Su?Su rindukan suara,gelak tawa abang,senyuman abang..."bisik hati Suraya lagi dengan harapan semuanya akan kembali bahagia seperti dahulu.

       Setiap saat,hari Suraya datang menjenguk suaminya di hospital.Memberinya makan,memandikannya seperti anak kecil.Itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri."Assalammualaikum..eh Su?"soal Intan , terkejut Intan,Datin Khadijah dan Datuk Jafar melihat Suraya turut berasa disitu.Salam dihulurkan tanda hormat."Dah lama sampai Su?"soal Intan lagi sambil mengeluarkan baju dari beg nya untuk Haikal."Tak lama juga lah kak,baru-baru juga"jawab Suraya sambil melemparkan senyuman kepada mereka.Terpikat Haikal apabila melihat senyuman yang terukir dibibir Suraya."Kal dah makan?Makan apa?Ooooo,makan makanan yang Su masak eh?"usik Intan,gembira melihat adiknya seperti boleh menerima kehadiran Suraya disitu walau buat pertama kalinya agak sukar.Hanya senyuman yang mampu Haikal lemparkan."Kal,ni mak dengan ayah ada bawakan kau buku.Buku ni mesti kau suka baca.Nanti tak adalah kau bosan"kata Datin Khadijah sambil membelai helaian rambut anak kesayangannya itu.Mata Haikal meliar mencari Suraya yang ketika itu keluar sebentar membeli makanan.

      .............................................................................


     "Apa ni Pak Tam!!Pak Tam tak boleh lah buat saya macamni Pak Tam!Saya dah bayar Pak Tam tahu tak!Pak Tam kena buat juga!!"arah Julia tidak berpuas hati apabila mendapat jawapan dari bomoh itu mengatakan yang ilmunya tidak dapat cuba "tembus" keluarga Datuk Jafar."Apa pula tak boleh Pak Tam!Saya dah banyak habiskan duit bayar dekat Pak Tam tau tak!!kata Julia lagi masih tidak berpuas hati."Mereka tu dah pasang benda membuatkan aku tak boleh masuk,kau faham tak!"jawab Pak Tam lagi."Perempuan nama Intan tu,dah tau plan kita kau tau tak?!"sambung Pak Tam lagi membuatkan Julia terkejut selepas mendengar apa yang cuba dia sampaikan."Bodoh punya perempuan!Tak guna!Oooo kau kacau jalan aku ye..tak pe..takpe...aku tau lah apa nak buat"bisik hati Julia.

...................................................................................


       Pedal minyak ditekan-tekan.Cuma tunggu masa sahaja.Intan yang baru keluar dari bank berjalan menuju ke keretanya.Gear dimasukkan dan pedal minyak ditekan laju lalu "Bprammmmm!!!!!!!!!!!!!"satu bunyi hentakan kuat berlaku membuatkan orang yang berada berhampiran terkejut dan  cuba lihat apa yang berlaku."Woi woi!! Ada orang kena langgar lah!!Tolong!Tolong!!" kelam kabut keadaan ketika itu.Darah banyak mengalir keluar dari kepala dan tubuh Intan.
     "Aduh!!"jerit Datin Khadijah yang terpotong jarinya sedikit.Pantas Suraya mendapatkan kain dan ubat membalut jari emak mentuanya."Kenapa nak?Kenapa?"soal Mak Milah lagi yang ketika itu sedang memasukkan pakaian didalam mesin basuh,tiba-tiba terdengar jeritan Datin Khadijah."Tak,mak ni ha,jarinya terluka masa potong cili ni haa"jawab Suraya lagi sambil meletakkan ubat di jari Datin Khadijah."Takpe Su, akak, sikit je ni,biasalah.."jawab Datin Khadijah lagi tetapi hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap seperti ada sesuatu yang berlaku tetapi dia cuba abaikan permainan perasaan itu."Kring Kring!!Kring Kring!!"telefon rumah berbunyi lalu disambut oleh Mak Milah."Assalammualaikum.."salam diberi.'Apa?!Ya Allah!!Baik-baik,terima kasih cik.."panik suara Mak Milah ketika itu membuatkan mereka tertanya-tanya apa yang berlaku."Intan...Intan!!!Intan kena langgar!"terkejut Datin Khadijah mendengar berita itu serta merta dunia menjadi gelap lalu pengsan.

       Haikal yang baru pulih dari demamnya kembali sihat tetapi ingatannya masih lagi sama.Cuba "mencari-cari" siapa gadis yang bernama Suraya yang kununnya sudah berkahwen dengannya."Doc,macamana dengan kakak saya Doc.?"soal Haikal sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.Doktor yang keluar dari bilik pembedahan menarik nafas panjang dan menyuruhnya bawa bersabar."Pesakit, kami berjaya selamatkan tapi,pesakit banyak kehilangan darah"jawab doktor membuatkan Datin Khadijah dan Datuk Jafar semakin panik dan takut jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada anak gadisnya itu."Darah jenis apa yang Doc. mahukan?"soal Haikal lagi dengan cemas."Darah jenis 'O'..erm ada tak dalam ahli keluarga encik yang berdarah jenis 'O'?Mungkin pihak kami boleh  cuba selamatkan pesakit"jawab Doktor lagi.Haikal terdiam dan berfikir dari mana dia mahu mendapatkan darah jenis itu kerana dirinya sendiri darah jenis lain.Satu persatu bermain difikirannya.Suraya yang ketika itu melihat wajah mereka dengan penuh kasihan kerana selepas satu-satu dugaan menimpa.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment