Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 14

   BAB 14


         "Ya Allah ya tuhanku,aku bermohon padamu Ya Allah ,pulihkan lah penyakit anak lelaki ku Haikal dari penyakitnya.Hanya kepadaMu aku bermohon Ya Allah.Sesungguhnya kau Maha berkuasa lagi Maha mendengar.Lindunginya dari anasir-anasir jahat Ya Allah.Sesunguhnya aku bermohon hanya padaMu Ya Allah"doa Datin Khadijah ditikar sejadah setelah menunaikan solat malam.Kasih ibu bawa ke syurga,seperti itulah Datin Khadijah sayangnya terhadap anak-anaknya, pemberian dari Allah s.w.t.

         .........................................................................................


         Julia menyediakan sarapan pagi untuk Haikal.Haikal yang tidak sihat ketika itu cuma mampu duduk didalam bilik sahaja.Tidak tahu kenapa sejak-sejak ini kepalanya semakin sakit."Sayang,are sure tak nak jumpa doktor ni sayang?"soal Julia sambil meletakkan dulang makanan di meja sambil melihat kesihatan Haikal yang tidak menentu.Haikal hanya mampu mengangguk,malas dia mahu berkata-kata."Erm..kalau macam tu tak apalah,i nak keluar dulu cari barang dapur okay sayang?"kata Julia sambil mencium dahi Haikal dan berlalu pergi.Haikal hanya memandang Julia pergi begitu sahaja.Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu mula muncul dihatinya terhadap Suraya.Wajah perempuan itu sering bermain difikirannya.Dan setiap kali dia cuba memikirkannya,kepalanya semakin sakit.Dia cuba mencari jawapan tetapi tidak jumpa.

        "Menyusahkan aku je!Apa?!Ingat aku ni bibik ke nak buat makan minum,bagi ubat dia?Takpe Julia,kau sabar je..lepas ni kau akan dapat apa yang kau nak Julia.Tunggu dan lihat je"bisik hati Julia,dicapainya kunci kereta dan keluar meninggalkan Haikal yang sedang sakit dirumah.Keadaan dirumah Haikal sunyi sepi.Intan cuba melihat keadaan sekeliling.Salam diberi berulang kali tapi tidak dijawab.Tapi pintu tidak berkunci memberi peluang Intan untuk masuk kedalam."Ish?!Pintu tak kunci?Ni kalau perompak,penyamun masuk macamana?Memang tak guna punya Julia!"geram Intan pada Julia kerana perangainya semakin melampau-lampau.Selepas apa yang berlaku pergaduhan antara sesama keluarga semuanya berpunca dari Julia membuatkan Intan semakin berhati-hati dan cuba perhati dari jauh apa yang perempuan itu cuba mahu lakukan.Sunyi sepi keadaan didalam rumah.Tiada apa yang menarik perhatian Intan."Uhuk!!Uhuk hukk!!!"batuk kuat Haikal kedengaran membuatkan Intan terkejut dan segera naik ke atas melihat keadaan adiknya itu."Ya Allah Kal!!!Apa dah jadi ni Kal!!"terkejut Intan melihat keadaan diri Haikal seperti sudah tidak terurus,tisu bertaburan dilantai,ubat pil yang ditelan Haikal dibaca Intan."Ya Allah Kal!!Kenapa kau tak bagitahu akak yang kau macamni Kal!!Kal!!"tanya Intan sambil mencari kain tuala kecil untuk dibasahkan dan diletakkan di kepala Haikal."Panas badan kau Kal!!Apalah yang betina tu dah buat kat kau ni Kal!!"tanya Intan lagi tapi tidak dijawab.Intan meminta tolong jiran yang berhampiran untuk bantunya mengangkat Haikal untuk dibawa ke hospital.


       Panik Suraya apabila mendengar berita dari kakak iparnya yang suaminya terlantar di hospital.Tidak senang duduk Suraya dibuatnya.Tapi apa yang harus dia lakukan.Perlukah dia menjenguk suaminya itu?Kerana dia takut suaminya akan bertindak ganas terhadapnya."Nak,pergilah jenguk suami kau tu nak.Dia suami kau,kau patut ada dekat sisi dia sekarang.Ingat nak,isteri yang solehah sentiasa berada disisi suaminya."pesan Mak Milah sambil melipat kain.Mak Milah sudah tahu cerita yang sebenar setelah Suraya menceritakan hal yang berlaku kerana hanya pada emaknya sahajalah tempat dia mengadu nasib.Emaknya sentiasa mengajarnya erti sabar,sesungguhnya Allah sayang pada orang-orang yang sabar."Tapi mak..."belum sempat Suraya berkata,Mak Milah memberi pesanan padanya."Pergilah,pada saat inilah dia perlukan seseorang disisinya untuk lebih kuat,nak..pergilah,nanti selepas peperiksaan besar adik kau tamat,mak turun jenguk ye?"kata Mak Milah lagi memberi semangat kepada anaknya.Dia tahu anak perempuannya rindukan suaminya tapi perasaan takut dan trauma itu yang menjadi igauan dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment