Tuesday 3 January 2012

CINTA SEJATI BAB 6

BAB 6


         Cuaca cerah yang panas dek terik matahari menghangatkan Asyraf.Air teh ais yang diminum sebentar tadi habis cepat diminumnya kerana tekaknya begitu haus sekali."Mamak!Teh ais satu lagi!"lantang suara Asyraf memecah suasana Restoran Aziz disitu."Teh ais boss,siap!"sapa pekerja disitu sambil menghulurkan secawan teh ais.Sedang asyik minum,matanya tiba-tiba tertarik pada satu tubuh yang sebentar sahaja tadi dia berlanggar ketika di pejabat MEGA SDN BDH.Gadis ayu bertudung kemas,berbaju kurung,dengan solekan nipis cukup menampakkan keayuannya.Dengan berani Asyraf cuba menghampiri gadis yang berada didepannya lalu memberi salam .Terkejut Suraya tiba-tiba sahaja ada lelaki yang menegurnya yang dari tadi dia asyik leka membelek majalah Wanita."Maaf ganggu,tadi saudari kan yang terlanggar saya dekat pejabat depan sana tadi?" soal Asyraf sambil membetulkan beg sisinya.Suraya cuba ingat kembali dan baru dia sedar rupanya jejaka yang berdiri dihadapannya adalah lelaki yang dia terlanggar mengakibatkan fail-fail jatuh berselerak akibat kecuaian dirinya sendiri."Oh?Encik?Maafkan saya,saya cuai,encik luka ke?Mari saya bawak encik ke klinik"kata Suraya sambil berdiri dari tempat duduknya."Eh tak tak...saya okay je ni,duduk duduk..tak delah luka mana pon.Saudari.....?Suraya dapat tangkap persoalan Asyraf ketika itu dengan pantas menjawab "Su,Suraya,panggil je Su.."satu senyuman terukir dibibir manis Suraya."Asyraf,tapi orang kampung panggil saya Acap je,tapi kat sini panggil Asyraf lah" tanda perkenalan antara mereka dan secara tiba-tiba Suraya tertawa kecil. "Kenapa Suraya ketawa?"soal Asyraf sambil tangannya bermain-main anak kunci motornya."Tak delah,kelakarlah awak ni Asyraf,nama elok-elok bagi, panggil Acap?Macam kicap je saya dengar" ketawa Suraya,membuatkan hati Asyraf terpikat dengan senyum tawa gadis yang berada didepannya."Nak buat macamana Suraya..."perbualan tiba-tiba dipotong apabila Suraya menyuruhnya panggil... "Su saja cukup.." air yang dipesan Suraya tadi pun sampai.Bersyukur rasanya kepada tuhan apabila diberi kesempatan untuk merasa nikmat rezeki yang Allah turunkan untuk hamba-hambanya.Lega tekak Suraya yang sejak dari tadi kering dek cuaca yang panas tidak menentu."Kenapa Su saya tengok tadi macam kelam labut je?Ke memang Su ni jenis tu?"usik Asyraf pembuka bicara..Hanya ukiran senyuman yang mampu Suraya lemparkan untuk jejaka dihadapannya."Saya terlewat,saya kena hantar file-file penting untuk suami saya.Sebab dia ada meeting, itu yang jadi macam tu,serupa lipas berlari-larian."Ohh dah kahwen rupanya dia ni,melepas aku" bisik hati kecil Asyraf.Mereka pun berbual kosong sebagai tanda perkenalan yang terbina sebagai seorang sahabat.


.......................................................................................


      Remote tv dicapainya lalu menekan punat tukar ke channel lain."Youuuu,malam ni you tidur rumah i eh?"rengek manja Julia sambil baring di bangku Haikal yang ketika itu menonton televisyen. Jari jemari halus Julia membelai lembut tubuh Haikal.Dia berasa gembira kerana Haikal kini berada dekat dengannya.Dan berjaya membuatkan Haikal lupa akan isterinya sekaligus wujudkan perasaan benci terhadap Suraya."Youuu,i cakap dengan you ni,dengar tak sayang?"rengek Julia lagi.Haikal yang sedang asyik menonton televisyen jadi terbantut apabila digoda manja dengan Julia.Geram dia melihat aksi gedik wanita yang dia cintai itu."Kalau boleh i memang nak sangat ada dekat dengan you tau baby,tapi tak boleh sebab nanti perempuan tu mengadu kat my parents macam mana?Rambut panjang Julia dibelai manja dengan satu ciuman cinta singgah di pipi Julia."Alaa,you ni pun takut bini you tu kenapa,you jugak yang katakan yang you benci tengok muka dia,you ni punnn"ngomel gedik Julia sambil cuba menjauhkan dirinya dari Haikal tanda merajuk.Lantas tubuh gadis itu dipeluk erat oleh Haikal.."My love,i janji lepasni i akan tidur kat rumah you okay?But not now,pleaze my beauty princess?"pujuk Haikal sambil menggoda Julia dengan belaian-belaian manja. Julia yang mudah tergoda akan godaan lelaki itu bersetuju dan menarik jejaka itu ke kamarnya.....


..................................................................


      "Lewat abang balik?Abang pergi mana?Saya call abang tak jawab"soal Suraya kerana risau akan suaminya itu yang semakin menjadi-jadi.Tapi apakan daya, jika ditegur,dia juga yang akan medapat balasannya."Aku ni penat kerja kau tau tak!Yang kau tibe-tibe nak berceramah bebas dengan aku ni kenapa?Kire okay lah ni kan aku balek!Tak boleh ke kau jangan tanya apa yang aku buat,pergi mana?!!"balas Haikal yang ketika itu badannya sangat letih,dan mabuk kerana semasa di rumah Julia,dia dan Julia sempat menogok air syaitan  dan melakukan perkara terkutuk.Bau busuk di badan Haikal menusuk hidung Suraya membuatkan Suraya semakin risau."Abang minum apa ni sampai bau busuk ni bang?Abang minum arak ye?!"tegas Suraya ketika itu.Haikal yang ketika itu separuh sedarkan diri kerana leka dek buai mimpi akibat meminum arak menjadi semakin ganas.Haikal menolak Suraya jatuh ke tangga.Sakit,pedih,perih hanya tuhan sahaja yang tahu."Abang!Saya ni isteri abang!Abang cubelah ingat!Saya ni isteri abang!!Salah ke saya tanya?!!"jerit Suraya sambil ditemani air mata yang laju megalir dipipinya.Keadaan Haikal yang terhuyung hayang membuatkan dia malas hendak melayan karenah Suraya,lalu dia pun menuju ke bilik untuk berehat."Ya allah......."hanya ungkapan itu sahaja yang mampu Suraya ungkapkan ketika itu....hanya DIA sahaja yang tahu hatinya ketika itu.

1 comment: