Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 16

BAB 16


       "Doktor?"sapa Suraya dipintu bilik pejabat."Ye,sila masuk"balas Doktor Zamrul,menjemput Suraya duduk."Doktor,saya nak dermakan darah saya dekat kakak ipar saya boleh doktor?"kata Suraya tenang.Doktor Zamrul perhatikan wajah wanita itu lama."Boleh tu boleh puan,tapi kami perlukan darah jenis 'O'.Jadi kami perlu buat ujian dahulu sama ada puan darah jenis 'O' atau tidak."jawab Doktor Zamrul lagi sambil membetulkan kaca matanya.Suraya mendengar dan bersetuju dengan apa yang doktor itu katakan.Ujian dilakukan ke atas Suraya dan dengan kuasa tuhan,Suraya berdarah jenis 'O'.Proses rawatan pun berlaku ke atas  Suraya dan Intan.Ahli keluarga Datuk Jafar hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

       Air setan digogok Julia.Keadaan di pub biseng sekali dengan bunyi muzik yang kuat serta orang ramai yang sibuk menari dan melayan pasangan masing-masing."Eh you,you dah gila ke sampai nak langgar orang ni ha!?"soal Joe sambil meneguk air setan ditangannya."Ak'alah kau pun Joe,nak nasihat aku kunun,diri sendiri pun tak betul,blah r!"jawab Julia selamba tanpa menghiraukan apa risiko yang bakal dia terima."Aku taulah aku tak baik,tapiii..sebelum buat tu fikerlah dulu!Kalau diorang report kat polis macammana?Agak r!!"kata Joe lagi membuatkan Julia berang lalu botol arak itu dihentaknya sekuat hati."Woi mulut! Choih!!Polis takkan tahulah weh..ni Julia...J.U.L.I.A...Julia!"angkuh Julia,dan apa yang dia tahu dia sudah puas dapat membalas dendam pada Intan yang suka menyebuk hal orang.Geleng kepala Joe lalu menarik tangan Julia mengajaknya  menari di tengah pentas.Apabila terlampau taksub dengan duniawi,haram,dan dosa tidak dihiraukan.

.......................................................................

     Keadaan Intan semakin pulih begitu juga Suraya.Gembira mereka apabila semua kembali pulih.Haikal duduk termenung di tepi kolam rumahnya.Memikirkan sesuatu tapi masih tidak dapat.Suraya yang sedar suaminya duduk disitu cuba mengambil peluang ini untuk berbual dengannya."Abang..?"tegur Suraya lembut lalu duduk di tepi Haikal sambil bermain air kolam..Haikal hanya memandang wajah Suraya tanpa berkata apa kerana rasa benci itu ada tapi adakalanya rasa sayang juga ada.Dia sendiri pun tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.Julia isterinya pula hilang entah kemana,puas dia cuba hubungi perempuan itu tapi tetap sama,tiada jawapan."Apa yang abang fikirkan..termenung jauh je Su tengok abang dari tadi"tanya Suraya sebagai pembuka bicara."Aku tak kenal kau dan aku tak tau kenapa .."jawab Haikal.Wajah Haikal dilihat lama Suraya,rindunya pada lelaki itu untuk memanggilnya "sayang" seperti dulu."Tak apalah bang,mungkin ambil masa untuk abang terima Su dalam hidup abang,dalam hati abang..?"balas Suraya sambil melemparkan senyuman membuatkan Haikal tertarik pada senyuman manis itu."Tapi aku tak cintakan kau!Aku hanya ada isteri yang bernama Julia!Kau faham tak!!?"jawab Haikal dan bangun berlalu pergi meninggalkan Suraya keseorangan disitu."Abang....Su rindukan abang..."kata Suraya perlahan hingga bayang Haikal hilang dari pandangannya
        "Nombor yang anda dial,berada diluar kawasan,sila cuba sebentar lagi."handphone ditangan Haikal dicampaknya ke lantai membuatkan Haikal semakin berang kerana Julia sudah tiga bulan senyap tanpa berita.Suraya yang sedang mengelap perabut terkejut dengan tindakan Haikal."Abang kenapa ni?Sampai baling-baling handphone abang?"soal Suraya lalu mengambil handphone milik suaminya itu."Tak perlulah kau tahu!Kau buat je kerja kau!Aku tak suke kau cuba masuk campur hal aku!"kata Haikal ,marah.Diam Suraya apabila Haikal berkata begitu padanya.Lalu kunci kereta dicapainya dan berlalu keluar.
         Suraya yang bosan lalu membuka punat on radio."Ye para pendengar!Mari kita dengarkan lagu yang seterusnya dari Adira yang bertajuk Lara Hati,adakah anda sedang berlara hati?atau masak hati?hahahaha!dengarkan!"gelak Suraya mendengar Dj radio membuat lawak.Suraya sambung melakukan tugasnya sambil mendengar lagu yang didendangkan di radio..

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...



      Suraya yang sedang asyik turut sama ikut menyanyi ,tanpa sedar mengalirkan air mata di pipinya.Kerana lagu itu seperti ditujukan kepada dirinya.Sedang dia mengemas rumah tiba-tiba  hatinya  terpanggil untuk cuba masuk ke dalam bilik Haikal dan Julia semasa mereka tinggal disitu.Pintu bilik dibuka perlahan.Frame gambar menunjukkan gambar perkahwinan antara Haikal dan Julia terletak hias elok di meja solek.Dibukanya almari baju,helaian demi helaian pakaian yang bergantung kemas didalamnya.Laci almari juga dibuka Suraya, untuk tahu apa isi dalamnya.Tiada apa yang menarik perhatiannya..tiba-tiba satu keping kertas terjatuh dari kotak rantai milik Julia.Dilihatnya kertas itu dibuka perlahan dan alangkah terkejutnya apabila terdapat tangkal didalamnya.Timbul tanda tanya difikiran Suraya membuatkannya perlu berbuat sesuatu."Perkara ni mesti kena bagitahu dekat kak Intan ni,aku mesti cepat!"kata Suraya lagi .

  


No comments:

Post a Comment