Saturday 11 February 2012

PILIHAN HATIKU BAB 2

         "Weh Fia..apsal ko lambat?" soal Maria rakan Sofia.Kantin di kolej sangat sibuk dengan pelajar-pelajar lain yang sedang membeli makanan."Aku terrrrrlewat sikit bangunlah weh..Pastu boleh pulak ada satu mamat ni dok halang-halang aku kat tengah jalan.Gila apa!"rungut Sofia sambung minum air teh o ais didepannya.Senyum Maria mendengar jawapan dari mulut Sofia."Weh sedap gak an kuih ni.Aku nak beli lagi lah.Ko tunggu aku jap eh"arah Sofia.Pelbagai hidangan kuih di depan mata Sofia membuatkan nafsu Sofia semakin membuak-buak dengan kelazatan kuih muih yang terhidang."Kuih karipap ni bagi seringgit,donut ni bagi seringgit...".Zul menghulur kuih yang dipesan oleh Sofia tadi tanpa dia sedari lelaki yang berada dihadapannya adalah lelaki yang cuba menghalang jalannya tadi semasa ke kelas."Eh kau?!".."Semua dua ringgit kak.."senyum Zul melihat wajah Sofia yang terpinga-pinga penuh dengan tanda tanya sedikit lucu baginya.Sudah lama Zul perhatikan Sofia dari jauh tapi dia takut cuba merapatkan dirinya dengan Sofia yang berpelajaran tinggi di kolej itu sedangkan dia hanya seorang jejaka yang membantu emaknya menjual kuih-muih dan makanan-makanan lain di kantin itu.
           "Ha yang kau ni apsal?Muka macam cacing tergedik-gedik je". "Tak...aku time nak bayar tadi terkejut sebab lelaki yang yang aku cerita dekat kau  tadi rupanya meniaga kuih kat sini?"soal Sofia sambil perhatikan kuih-kuih yang dibelinya tadi.Berkerut Maria dengan apa yang Sofia katakan."Laaa...mamat yang jaga kaunter tu ke..oooo orang panggil dia Zul.Dia tolong mak dia..alahhhh! Mak Cik Piah lahhh!!"balas Maria sambil mencuri satu kuih dari Sofia tanpa malu.Sofia mengangkat kening dengan penuh tanda tanya kerana sebelum ini dia tidak pernah nampak bayang-bayang lelaki itu disitu selama dia belajar di kolej.

................................................................

          Barang-barang dikemas Zul dengan teliti.Tiba-tiba bayangan Sofia berlegar di fikirannya.Suka dia melihat gelagat gadis itu yang agak kelam kabut,kasar tapi dia tahu,gadis itu mempunyai satu hati yang lembut dan penyanyang orangnya."Zul,kau dah siap kemas belom?Kalau dah, jum balik"arah Mak Piah emak Zul sedikit mengejutkan Zul yang asyik leka dengan lamunannya tadi.Zul senyum dan patuh pada arahan emaknya.
          "Kring kring!!!!Kring kring!!!!" jerit nada handphone milik Sofia."Hello!Weh,dah pukul 8.30 malam ni ..jumlah macam biasa jamming!"jerit  Maria dihujung telefon membuatkan Sofia agak bingit sedikit kerana bunyi bising rakan-rakannya bermain muzik di studio."Ko ni an minah,kalau nak call aku tu agak-agaklah an....pergilah cari port yang ok sikit,ni tak!!"rungut Sofia sambil mencapai jaket hitam miliknya."Hahahah!Sory sory weh,aku lupa....hahahha"."Ah kau memang!!Aku ontheway sekarang,tunggu sana,caw!!".
               

No comments:

Post a Comment