Monday 2 January 2012

CINTA SEJATI BAB 3

BAB 3


          "Macam mana?Berhasil tak seperti yang dirancang?"soal Pak Tam seorang bomoh yang handal di Kg.Sri Tanjung.Bersinar mata Julia tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pak Tam."Seperti yang kita rancang Pak Tam,dia cuba cari saya balik!"jawab Julia dengan berbunga riang.Julia mendapat panggilan dari kakak Haikal mengatakan yang Haikal meraung-raung memangil namanya apabila sedar dari koma.Impiannya untuk bersama dengan jejaka itu akan tercapai juga suatu hari nanti.Bomoh itu melakukan tugas yang seterusnya agar semuanya berjalan dengan lancar mengikut plan yang diberi."Kau takkan terlepas dari aku Haikal."bisik hati Julia sambil melihat Pak Tam melakukan tugasnya."Ni Pak Tam lah,Pak Tam bomoh paling handal sekali.Kau serah saja tugas ni kat aku,yang penting pengerasnya,kau tahu bukan?"Mata mereka saling berpandangan dan hanya mereka sahaja yang tahu apa yang bakal berlaku selepas ini.

.......................................................................................


          Pintu ditutup perlahan oleh Suraya.Lega rasanya bila dapat jejak kaki dirumah bersama dengan suami tercinta."Abang,inilah rumah kita,Suraya ambilkan air kejap ye bang"kata Suraya sambil berlalu pergi dengan jelingan mata yang manja kepada suaminya.Perabot di dalam rumah tersusun rapi,haruman juga berbau harum dengan pewangi yang digunakan,satu persatu gambar diletakkan di atas kabinet kayu terhias rapi.Gambar-gambar perkahwinan mereka turut digantung di setiap dinding terhias indah."Haa,ni gambar masa kahwin kita bang..abang tengok..ni abang..ni sayang..abang ingat tak?"senyum Suraya sambil menghulurkan segelas air kepada suaminya.Terpinga-pinga Haikal ketika itu,dengan banyak persoalan yang bermain dimindanya.Cuba mengingati setiapnya tapi tidak dapat.Hanya senyuman mampu terukir di bibir Haikal lalu pergi ke sudut lain.Suraya tahu dia harus bersabar dengan semua ini,mungkin memakan masa yang lama tapi dia percaya dia harus kuat agar  dapat lalui semua ujian ini dengan tenang."Julia.Aku nak Julia,aku nak jumpa Julia."kata Haikal sambil merenung mata Suraya.Terpinga-pinga Suraya mendengar permintaan suaminya sedangkan dia tidak tahu siapa Julia."Abang penat kot,abang banyakkan rehat ye,mari abang sayang bawak abang naik ke atas, hurm?"pujuk Suraya dengan harapan Haikal lupa dengan apa yang dimintanya tadi."Aku kata aku nak jumpe Julia! Juuuliaa!! Kau faham tak?Apa bebal sangat kau ni ha!Bila masa pula aku kahwen dengan kau,bila masa pula kau jadi isteri aku!Aku tak kahwen lagi dan tak ada isteri lah!"bentak Haikal sambil berluru keluar meninggalkan Suraya.Jatuh Suraya di tepi sofa apabila ditolak suaminya yang bertindak kasar terhadapnya.Inilah kali pertama suaminya berperlakuan dengannya sebegitu rupa."Ya Allah,apa semua ni Ya Allah,andai ini ujian yang kau berikan untuk hambamu,kuatkanlah hatiku Ya Allah.Aku lemah Ya Allah,aku lemah."lemah Suraya ketika itu apabila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.


...........................................................................................


         "Hello,Haikal?"suara manja mencuri hati sesiapa sahaja jejaka yang mendengarnya.Seperti pernah mendengar suara itu tapi ingatannya cuba ingat kembali."Ju?Ju ke tu?"soal Haikal sambil memandu keretanya.Skirt pendek yang dipakai oleh Julia dibetol-betolkan agar tampak kemas dan selesa."Yes,i lah Ju,you dekat mana tu?Jumpa nak?"soal Julia dengan harapan dapat bertemu kembali jejaka yang pernah mencuri hatinya."Sure!I memang nak jumpa you pon,i miss you so much!Eh you tukar nombor ke?Patutlah i call you tak dapat and you know what,orang kata i ni dah kahwen?Gila apa,sedangkan i kan bercinta dengan you and i mestilah nak kahwen dengan you sorang, you kan my love.."jawab Haikal riang dengan harapan dapat bertemu kembali dengan kekasih yang dia cintai.Gembira hati Julia mendengar kata-kata yang cuba Haikal ungkapkan.Mereka pon set tempat dan masa seperti yang dirancang."I miss you Haikal,kau takkan lepas dari tangan aku."bisik hati Julia dan merasa gembira kerana plan nya sedang berjalan satu demi satu.

        Kasut tumit tinggi berbunyi,menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.Tubuh yang gebu menjadi pujaan setiap lelaki,wajah yang mulus,cantik,bibir yang munggil merah menyala membuatkan hati bergetar para jejaka yang menatapnya."Hai,dah lama tunggu?"sapa Julia kepada Haikal.Rindu hati Julia tatakala melihat Haikal yang kini berada dihadapannya.Terpana,terpaku,terkesima mata Haikal tatkala melihat kecantikan gadis yang berada didepannya.Setelah sekian lama tidak berjumpa,akhirnya dapat juga melepaskan rindu yang terpendam setelah sekian lama."Julia,i miss you so much,you cantik sangat hari ni.Jeles i"usik Haikal sambil membelai jari jemari gadis itu yang sungguh lembut sekali.Senyuman terukir di bibir Julia,matanya memandang Haikal dengan penuh rasa cinta dan rindu."I miss you to sayang,dah lama kita tak jumpa.Masa berlalu begitu pantas hinggakan mereka tidak sedar rupanya sudah bertaun mereka tidak bertemu selepas perkahwinan antara Haikal dan Suraya.Julia membawa diri ke Australia kerana mahu cuba memujuk jiwa yang kecewa ketika itu tapi apa kan daya,apabila cinta,sayang yang terlalu kuat,semua kerja tidak berjalan."Kenapa you tukar nombor?You tau tak, i cuba call you tak dapat,i miss you so much darling"rengek Haikal sambil merapatkan dirinya kepada Julia.Helaian rambut Haikal di belai manja oleh Julia.Orang disekeliling sibuk membuat hal masing-masing tanpa menghiraukan perlakuan mereka."Phone i hilang so itu sebablah i terpaksa tukar semuanya,lagi pun i buzy sikit,harap you tak marahkan i ye"manja Julia,membuatkan jiwa lelaki itu bergetar dan geram dengan layanan sebegitu rupa.

5 comments: