Monday 2 January 2012

CINTA SEJATI BAB 2

BAB 2


          Matahari memancar menyinari setiap pelusuk bumi.Awan-awan indah didada langit bertemankan burung-burung berkicauan,berterbangan kesana-kesini.Bantal empuk memikat hati Suraya membuatkan hatinya berat sekali mahu bangun dari tidurnya.Tapi sebagai seorang isteri dia harus menjalankan tugasnya sebagai isteri yang bertanggungjawab dalam menguruskan makan minum,pakaian,dan kerja-kerja wanita yang lain."Abang keluar sekejap ye sayang.Nanti abang balik"itulah yang ditulis oleh Haikal di sepucuk kertas kecil berwana merah jambu yang di letakkan di atas meja kamarnya itu.Suraya tertanya-tanya kemana suaminya mahu pergi.Satu senyuman terukir di bibir Suraya kerana awal sekali suaminya bangun."Takpelah,nanti abang dah balik kita makan sama-sama"bisik hati Suraya sambil bersiap-siapkan diri dan melakukan tugas seperti yang dirancangkan.Motosikal dipandu laju oleh Haikal membelah jalan raya.Jalan tidak begitu sibuk kerna pada waktu itu waktu cuti hujung minggu.Haikal bernyanyi riang kerna gembira dengan hidupnya sekarang bersama dengan wanita yang dia cintai."Ha Kal,datang pun ekau.."kata Makcik Aminah sambil menghulurkan bunga kepada Haikal kerna dia tahu Haikal memang akan datang ke kedainya.Bunga yang telah digubah cantik,bertemankan baunya yang begitu harum akan mencuit hati sesiapa sahaja yang menghidunya."Baguslah Mak Minah ni.Saya tak cakap apa-apa lagi Mak Minah dah tau.Pakai magic ke?"usik Haikal sambil menghulurkan not ungu kepada Mak Minah.Jeling Mak Minah sambel tersenyum melihat gelagat Haikal."Eh bukan ke ekau yang sms den semalam suroh den gubah bungo ni haaa..dah lupo ko ekau ni..eeelahaiii mudo-mudo layi dah lupo.."dialeg Mak Minah yang berasal dari Melaka mencuit hati Haikal mendengarnya.Haikal cube ingat kembali perkara yang seperti dikatakan oleh Mak Minah sambel berkerut keningnya."Eeelahai,aah lah den lupo lah pulak yang den sms Mak Minah suroh gubah bungo tok den ni haa...eeeeelllaaahai camno den bolih lupo ni haa..eellahaaiii"usik Haikal sambel ketawa lalu ke motornya untuk pulang ke rumah.Mak Minah turut sama ketawa dengan gelagat anak muda itu yang sudah masak dengan perangainya yang suka sangat mengusik orang.Bahagia hati Haikal dan tidak sabar rasanya hendak segera sampai ke rumah untuk memberi kejutan terhadap isteri yang dicintai."Woi!Aphal lambat sangat ni cepat lah sikit,aku dah lambat ni!"pekik Asyraf sambil memegang beg yang dikendongnya.Terhuyung hayang motorsikal yang dibawa oleh rakan Asyraf ketika itu kerana mahu lekas sampai ke tempat yang dituju.Meter motor laju ke paras yang bahaya.Itu tidak menjadi hal baginya,yang penting sampai cepat.Lampu hijau menandakan kenderaan boleh bergerak ,berpusu-pusu kenderaan membelah jalan jika tidak lampu merah akan menyala.Haikal memandu mengikut laluannya.Apabila nafsu laju menguasai jiwa,redah pun sanggup ditempuh asalkan sampai ke destinasi."Woi woi woi!!Motor kat depan woi! Berhenti!!"jerit Asyraf terhadap rakannya itu.Bergelimpangan bunga untuk diberi khas kepada Suraya,beg yang dikendong oleh Asyraf turut bersepah di jalan raya. Haikal cuba membuka mata tapi sedikit demi sedikit ia menjadi gelap.


          Dengan kepakaran yang ada, para doktor menyelamatkan mangsa di dalam bilik kecemasan.Berdebar-debar hati keluarga mangsa untuk menunggu kata putus,jawapan dari doktor dengan harapan semuanya baik belaka."Doktor,macamana dengan suami saya doktor?"menangis Suraya apabila mendapat panggilan yang suaminya terlibat dalam kemalangan sedangkan mereka baru sahaja bahagia semalam.Ahli keluarga cuba menenangkan Suraya supaya banyakkan bersabar dan kuatkan hati."Kami berjaya selamatkan dia tapi ada sesuatu yang ingin saya katakan,ermm mungkin kita boleh bincangkan hal ini di pejabat saya,mari ikut saya."jawab doktor sambil menenangkan Suraya agar banyak bersabar.Sayu keadaan ketika itu,melihatkan keadaan Haikal yang terbaring di katil."Abang,anak kita bang...anak kita"sayu suara Datin Khatijah sambil ditenangkan suaminya yang berada disisinya.Suraya masuk ke dalam bilik tempat Haikal terbaring sambil memegang tangan suaminya yang terbaring kaku di hadapannya.Air mata laju membasahi pipi gebunya itu."Su,apa kata doktor?Haikal macam mana?"soal Datin Khatijah dengan seribu pertanyaan.Hati seorang ibu mana yang tidak risau jika anak yang dikandung,dilahirkan,dijaga dengan penuh kasih sayang tiba-tiba terlantar sakit koma terbaring kaku di depan matanya.Suraya hanya mampu memandang emak mentua nya dan cuba menarik nafas agar dia tenang tatkala menjawab segala persoalan emak mentuanya itu."Doktor kata abang haikal.."esak Suraya ketika cuba menceritakan tapi dia harus tabah dan kuat agar keluarga pihak suaminya itu turut serta tahu apa yang perlu."Doktor kata,abang haikal mungkin.. hilang ingatan mak."luluh hati Datin Khatijah tatkala mendengar ungkapan yang terlahir dari bibir Suraya.Datuk Jafar turut sedih dengan apa yang berlaku tetapi dia juga sedar yang dia harus kuat kerana isterinya sedang bersedih,agar dia dapat kuatkan isterinya dalam menghadapi apa jua yang berlaku.Bilik menjadi sayu seperti bunga-bunga jatuh layu berguguran."Mak,abang Haikal akan sembuh,akan sembuh mak.Su percaya!Kita sama-sama tolong abang Haikal ingat balik ye mak?kata Suraya sambil menyeka air mata yang jatuh di pipi mak mentuanya itu.Hujan membasahi bumi begitu lebat,begitu jugalah hati Suraya yang sedih akan ujian yang menimpanya.


..................................................................................


          "Doktor!Doktor!Cepat doktor!"berluru doktor dan jururawat masuk ke bilik rawatan Haikal.Jari Haikal bergerak sedikit demi sedikit.Doktor melakukan tugasnya terhadap pesakit.Itulah yang harus para doktor lakukan apabila berdepan dengan pesakit,pelbagai keadaan sudah mereka jumpa dan apa yang penting matlamat mereka sebagai seorang doktor adalah menyelamatkan pesakit."Encik Haikal,encik Haikal cuba buka mata perlahan-lahan."berat mata Haikal hendak membuka seperti yang diarahkan oleh doktor kerana sudah sekian lama dia koma.Dengan kuasa Allah,Haikal dapat membuka matanya perlahan-lahan dan menggerakkan jari-jarinya.Kepalanya agak sakit ketika itu dan pelik mengapa ramai orang disitu melihatnya,sedangkan mereka disitu adalah ahli keluarganya sendiri dan Suraya."Kal!Anak mak,jangan buat mak macam ni Kal,mak sayangkan Kal,jangan tinggalkan mak!"sedih Datin Khatijah sambil memelok anak bongsunya itu.Terpinga-pinga Haikal apabila diperlakukan sedemikian rupa."Mak?Mak?"soal Haikal dengan penuh tanda tanya sambil membetulkan posisi kedudukannya.Datuk Jafar memandang anak bongsunya itu sambil menenangkan isterinya."Ye nak,ni mak kau,ini ayah kau.Kal kemalangan teruk,koma nak"jawab Datuk Jafar sambil cuba kuatkan hatinya ketika berdepan kejadian sebegini."Julia!Julia mana mak?Haikal rindukan Julia.Julia!"jerit Haikal dengan menyebut nama perempuan yang pernah hadir dalam dalam hidupnya sebelom ini.Luluh hati Suraya ketika itu apabila mendengar suaminya menyebut nama wanita lain.Bagaimana suaminya boleh menyebut nama wanita lain sedangkan doktor mengatakan suaminya itu hilang ingatan?Sedangkan sebentar saja tadi dia tidak kenal emak,ayah dan adek beradeknya."Siapa Julia?"soal hati Suraya dengan penuh tanda tanya.Mata Datuk Jafar dan Datin Khatijah saling berpandangan pelik dengan karenah anak bongsunya itu."Kal,ni Suraya isteri kau Kal,ingat tak?"soal Datin Khatijah sambil iring Suraya supaya rapat dengan mereka.Haikal memandang Suraya dengan penuh tanya tanya dan pelik menagapa perempuan yang dia tidak kenal ada disitu dan mengaku sebagai isterinya.Haikal memandang raut wajah Suraya tapi tiada dalam ingatan."Bila masa aku kahwen?Aku tak kahwen lagi!Aku tak ada isteri nama Suraya.Kekasih aku cuma satu!Julia!!"bentak Haikal sambil cuba melepaskan diri.Dengan segera doktor dan jururawat cube menenangkan pesakit agar tidak lebih agresif."Julia mana!Julia!Aku nak Julia!Aku rindukan Julia!"semakin agresif Haikal ketika itu yang cuba melepaskan diri agar dapat bertemu dengan Julia.Air mata berkelopak di mata Suraya tatkala  mendengar dan melihat apa yang terjadi.Mengapa semua ini berlaku  terhadap dirinya yang baru mahu mengecap kebahagiaan. 

9 comments:

  1. kesian suraya :(
    mesti sedih sgt ..

    ReplyDelete
  2. sedih la kaka munge :( kesian kat suraya. baru je kawen, tapi kan kak munge. mak minah tu orang melaka ke orang nogori? mcm dialek nogori.

    ReplyDelete
  3. aah mak minah asal orang nogori ;p dtg kl cari rezeki... :'D buat gubahan bunga

    ReplyDelete
  4. aips cepat dah banyak bab.... bab 2 dah baca petang td...ermmm bab 1 kurang manarik maybe permulaan ceritakan so macam tergantong..2 sbb ada yg kata macam di tiru crta.but dont worry coz bile ke bab ke 2 dah mula namppk karya munge menonjol sikt..ada peningkatan n mula menarik... so truskan..skunx nak ke bab strusnya.. (^_*)v

    from:- http://ratubidadarichenta.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ngeee tulah...biaselah permulaan cerita sllu cmtu..mcm ade persamaan tp bila dah ke ban lain baru tau cmne :'D tq bace~

    ReplyDelete
  6. tulaa pelik, kak munge tulis asal org melaka. tapi bunyi org nogori. typos yea. hehe. pape pun gud luck kaka :)

    ReplyDelete