Monday 2 January 2012

CINTA SEJATI BAB 1

BAB 1


          "Sampai hati awak!Saya cintakan awak!!Kenapa awak buat saya macamni?!" jerit Julia.Air hujan membasahi bumi.Basah tubuh gadis di tengah kota sambil matanya memandang satu wajah yang amat dia cintai."Aku cintakan Su!Kau faham tak!!"Runtun hati Julia tatkala mendengar kata-kata lelaki yang dia cintai sepenuh hatinya itu.Kereta dipandu laju oleh Haikal membelah jalan raya di kota.

           Kemilauan cahaya,bau-bauan yang lembut dari bunga-bungaan menarik perhatian tetamu di majlis perkahwinan antara Haikal dan Suraya.Apabila cinta berputik,hati merasa sayang,menubuhkan satu masjid kekeluargaan adalah menjadi kunci bagi setiap pasangan.Begitu juga buat Haikal dan Suraya.Pengantin mempelai berarak di tengah dewan bertemankan anak-anak kecil mengiringi pengantin.Alunan kompang yang dimainkan pemain yang ditempah khas untuk majlis hari bahagia tersebut begitu rancak bermain.Mata-mata tetamu memandang kedua mempelai yang sungguh kacak dan cantik pada malam tersebut dengan hiasan baju  pengantin yang terhias disitu."Tahniah.Selamat pengantin baru Kal.Lepas ni boleh lah kau buat anak cepat-cepat ye."usik Johan rakan paling rapat Haikal ketika menepong tawar pengantin sambil mengenyitkan mata sebelah tanda nakal.Haikal tersenyum dengan usikan rakan paling rapatnya itu ketika sama-sama menuntut pelajaran di UK.Senyuman terukir di bibir Suraya tatkala tetamu datang menepong tawar mereka di pentas.Majlis berjalan dengan lancar pada malam itu seperti yang dirancangkan dengan penuh warna warni cinta yang bahagia.

          Keadaan kamar pengantin sungguh indah sekali.Berhias bertemakan cinta hati,berwarna merah menghangatkan hati sesiapa yang melihatnya."Sayang..Lambatnya dalam bilik air tu.Sayang buat apa?Jangan lama-lama nanti abang rindu tau"usik Haikal sambil memakai minyak wangi kegemarannya."Ye b..eh b pulak..ye abang..."semasa bercinta itulah panggilan manja yang sering digunakan oleh Suraya semasa bersama dengan Haikal."Ha!Lepas ni takmo panggil b tau..sayang kena panggil abang.Ikot mulot abang ni aaabbaaanngg."kata Haikal sambil membelai helaian rambut Suraya yang ikal mayang."Iye..aaabbanngg..abang abang abang."kata Suraya sambil mencubit dagu lelaki yang berada di depan matanya kini yang sudah pun bergelar sebagai suaminya yang sah."Abang,terima kasih sebab abang terima Suraya dalam hidup abang.Suraya teramat cintakan abang.Suraya bahagia sangat bila dapat bertemu,bercinta,bersama disisi abang.Suraya harap abang dapat janji dengan Suraya yang abang akan setia dengan suraya.Ye abang?"soal Suraya dengan harapan lelaki yang berada dihadapannya itu adalah cintanya hingga ke syurga.Helaian rambut Suraya dibelai lagi oleh Haikal yang suka bermain dengan rambut-rambutnya itu kerna ini pertama kali lelaki itu melihat setiap helaian rambut isterinya."Ye sayang.Abang janji abang akan setia dengan sayang,sayang kena tau yang abang amat cintakan sayang.Itu sebab abang kahwin dengan sayang montel tembam ucuk ni"usik Haikal sambil menarik-narik hidong Suraya.Angin malam sayup begitu sekali.Bertemankan cahaya bulan dan bintang menerangi bumi.Pasangan yang bercinta asyik dilamun bahagia bersama orang yang mereka cintai.

..............................................................................

          Air mata jatuh berlinangan di pipi seorang gadis yang teramat rindukan kekasih hatinya itu.Gambar-gambar kenangan yang tercipta jatuh bergelimpangan di lantai dengan berselerakan kaca-kaca yang mana telah dihempas kuat oleh Julia."Aku sayangkan kau Kal,kenapa kau buat aku macamni.Apa salah aku Kal.Lupekah kau dengan kenangan-kenangan kita."soal hati Julia yang tertanya-tanya mengapa semua ini berlaku pada dirinya sedangkan mereka sama-sama bahagia ketika melanjutkan pelajaran di UK.Kemana-mana sahaja mereka pergi,sentiasa berdua,hinggakan rakan-rakan sekuliah melabelkan mereka  sebagai pasangan kembar seiras,tidak pernah berpisah.Impian Julia untuk hidup bersama dengan Haikal musnah begitu sahaja apabila mendapat kad undangan pekahwinan antara Haikal dan Suraya.Julia berasa pelik kenapa Haikal bertindak sedemikian rupa.Apa yang sudah Julia lakukan.Air mata teros membasahi pipi gadis yang seperti hilang arah di kamar kecilnya itu."Aku takkan lepaskan kau Haikal!!" jerit Julia di kamarnya itu sambil memegang kaca-kaca digenggamannya.

          

12 comments:

  1. ok lahhh.. ade bakat. teroskan usaha :)

    ReplyDelete
  2. kak bunga.. blob baru ka???? knp??

    ReplyDelete
  3. syuhada : ni blog khas tok karya akak je ;p heheh yg blog lama still ade..

    ReplyDelete
  4. <3 like... troskn usaha k.bunga...=)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. gud luck dear... memang best.. ade bakat.. juz maz rase macam pelik sket kalau haikal tu panggil bini dia dengan nama penoh.. suraya.. mostly mesti panggil nama pendek sebab diorang dh lame kenal kan? but its oke~ do ur best!! :)

    ReplyDelete
  7. yes maz..tq 4 info..akan bunga baiki ^^

    ReplyDelete
  8. permulaan yg mmbuat aku bertertnya2 ape kesudahan seteruznya :))

    ReplyDelete
  9. dolly ^^ nantikan di pawagam eceh cehh ;p

    ReplyDelete