Wednesday 4 January 2012

CINTA SEJATI BAB 9

BAB 9


          "Assalammualaikum mak,mak apa khabar?"soal Suraya dihujung talian bertanya khabar pada emaknya yang berada di kampung."Waalaikumsalam Su,apa khabar lama Su tak telefon mak,adik-adik asyik kau asyik tanya je bila kau nak balik nak"jawab Mak Milah yang teramat rindukan anaknya yang berada jauh darinya setelah sekian lama.Senyum Suraya takala mendengar kata-kata dari emak kesayangannya."Su dekat sini baik-baik je mak,cuma sibuk sikit dengan kerja mak.Nanti bila semua selesai ,Su balik ye mak?Su pun rinduuuuuu sangat dekat mak tau!"balas Su cuba memujuk hati emaknya.Dia tahu emaknya rindu dan  sayangkannya dan cuma berharap padanya sebagai anak sulung dalam keluarga memandangkan adik-adiknya yang masih sekolah lagi."Yelah Su,suami kau macammana?Masih tak sihat lagi ke?Atau dah ada apa-apa perubahan?"terdiam Su apabila mendengar soalan dari emaknya itu.Apa yang perlu dia jawabkan?Adakah dia perlu beritahu perkara yang sebenar  apa yang Haikal dah lakukan pada dirinya selama ini?"Abang?erm....abang baik-baik je mak,macamtulah mak.Tak ada apa-apa perubahan.Sama-samalah kita berdoa ye mak.Su percaya,abang Haikal akan pulih seperti dulu."Suraya cuba meyakinkan emaknya agar emaknya tidak  terlalu memikirkannya dan banyakkan berdoa agar kembali seperti sedia kala.


.......................................................................


           Rancangan di televisyen satu pun tiada yang dapat mencuri perhatian Haikal membuatkan Haikal semakin bosan lalu punat off ditekan.Matanya meliar-liar melihat keadaan biliknya.Rindunya terhadap Julia semakin menebal.Hendak menghubungi Julia tapi tidak dapat kerana diluar kawasan.Tertanya-tanya hati Haikal kemana perginya Julia setelah dua hari menghilang.Semakin resah apabila tidak dapat bersama dengan Julia.Pintu bilik dibuka perlahan.Suraya masuk sambil meletakkan telekungnya didalam almari setelah selesai menunaikan solat.Semakin meluat hati Haikal melihat wanita itu."Aku nak kahwen dengan Julia"kata Haikal secara tiba-tiba membuatkan langkah Suraya terhenti."Aku nak kahwen dengan Julia minggudepan"kata Haikal lagi sambil menghisap rokok.Terdiam Suraya apabila mendengar ungkapan yang keluar dari mulut suaminya itu.Penuh tanda tanya yang berlegar difikiran Suraya."Tapi abang..."belum sempat Suraya berkata-kata,tiba-tiba sahaja Haikal menjadi berang apabila Suraya seperti mahu menghalang perkahwinannya dengan Julia."Kau bukan isteri aku dan aku tak pernah kahwen dengan kau dan kau tak ada hak nak halang aku!!Kau faham tak!!"desak Haikal sambil menarik-narik rambut Suraya dengan kasar."Abang!Saya isteri abang!!Abang!!!Percayalah!!!Saya isteri abang!!Gambar-gambar kahwen kita tu semua bang!!"balas Suraya sambil menahan kesakitan yang teramat.Hanya tuhan yang tahu betapa hancurnya hatinya apabila mendapat tahu yang suaminya akan berkahwen dengan wanita lain."Ahhhh!!Setakat gambar-gambar tu semua aku pun boleh buatlah kat kedai!!"Eh eh kau dengar sini ehh!! Ni antara aku dan kau.Rahsia kita berdua.Aku tak nak mak,ayah,kakak aku tau hal ni,kau faham tak!!??" arah Haikal dengan ego sambil menolak-nolak kepala Suraya tanpa belas kasihan.Tidak sanggup Suraya hendak menghadapi semua ini.Apa lagi ujian yang bakal dia terima."Eh kau dengar tak apa aku cakap tadi??!!Kalau aku dapat tau benda ni kecoh,aku tak cari orang lain melainkan kau sorang!!Nahas kau aku kerjakan..Faham tak????!!!!"soal Haikal dan berlalu pergi meninggalkan Suraya yang dalam keadaan lemah akibat diperlaku sebegitu rupa.Lemah Suraya ketika itu,tidak kuat lagi untuk berdepan dengan semua ini.Apa salah yang dah dia lakukan sampaikan dia mendapat ujian sebegini.



          Helaian demi helaian majalah dibelek oleh Julia sambil menunggu kedatangan Haikal.Secret Recipies menjadi tempat mereka bertemu."Hai sayang,lama tunggu?"sapa Haikal sambil mencium pipi Julia.Senyum Julia apabila buah hatinya tiba juga."Tak adalah sayang,i pun baru je duduk ni"jawab Julia sambil membetulkan rambutnya."Mana you pergi ? I call tak jawab,mesej tak balas?"soal Haikal risau membuatkan Julia panik, kerana selama dua hari itu dia bersama dengan lelaki lain demi melepaskan nafsu."Oh,sorry you tak dapat mesej i ke sayang?I ada cuba call you tapi tak dapat,so i mesej you then i bagitahu yang i pergi Singapore uruskan hal kerja papa kat sana.Papa yang minta i tolong, urgent pula tu.Sorry sayang?"balas Julia sambil membuat suara manja dengan harapan Haikal akan percaya .Geleng kepala Haikal tanda pelik tetapi malas hendak ambil tahu dan cuba menukar topik lain."Ju,I ada berita baik untuk you sayang"kata Haikal membuatkan Julia terpinga-pinga dan tidak sabar hendak tahu berita itu."Apa dia dear?You ni buat i nervous je lah.."jawab Julia yang tidak sabar-sabar mahu mendengarnya."Jum kita kahwen?"jawab Haikal sambil mengangkat kening kepada Julia dengan harapan Julia turut gembira dan setuju dengan lamarannya.Terkejut Julia apabila mendengar Haikal mengajaknya kahwen.Dan ini bermakna impiannya untuk bersama dengan Haikal akan tercapai."What??!!Oh my god!!Is this true?!Or what?"soal Julia penuh tanda tanya kerana dia sungguh tidak sangka yang akhirnya tidak sia-sialah apa yang dia rancangkan dengan Pak Tam selama ini."Yes my dear,i'm serious,and....will you.."belum sempat Haikal habiskan kata-katanya Julia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut.Gembira hati Julia teramat apabila impiannya akan terlaksana suatu hari nanti.



............................................................................


          Sudah tiga bulan Haikal dan Julia bergelar suami isteri.Tetapi hubungan itu tetap menjadi rahsia kerana ini permintaan Haikal dan Haikal menetapkan syarat terhadap Julia jika mahu berkahwen dengannya,rahsiakan hubungan ini dari keluarga Haikal kerana tidak mahu timbulnya masalah yang lebih besar.Pada mulanya Julia tidak setuju dengan syarat yang dipinta oleh Haikal tapi dia terpaksa akur dan ikut apa yang Haikal pinta,asalkan dia dapat bersama dengan Haikal.Tetapi Julia tidak akan berduduk diam kerana dia akan cuba hancurkan Suraya serta ahli keluarga  Haikal supaya dia dapat bersama dengan Haikal buat selama-lamanya."Sayang,i bosanlah macamni sayang,jum kita balik rumah you nak?Jumlah sayang"rengek Julia sambil  memuncungkan mulutnya.Ketawa Haikal melihat gelagat Julia seperti keanak-anakkan gayanya.Tangan Julia ditarik lembut dan dirapatkan dengan Haikal."Boleh tu boleh sayang,tapi...you taukan yang perempuan tu ada kat rumah tu,nanti i tak nak lah you macam tak selesa je"jawab Haikal memujuk Julia sambil mencubit dagu runcing Julia.Tidak puas hati Julia apabila mendapat jawapan itu dari mulut Haikal kerana dia tetap mahu pergi ke rumah sana walaumacamanapun."Alaaaa,sayang ni bolehlah,eh, i okay jelah kalau duduk dengan perempuan tu,nanti takdelah i bosankan?"balas Julia tetapi niat dihatinya lain.Apabila sampai dirumah sana,dia sudah memasang plan untuk cuba mengganggu  Suraya apabila Haikal tiada dirumah.Dari situ sedikit demi sedikit Suraya akan berasa seperti tertekan dan tidak mampu untuk berdepan dengan semua ini lalu meninggalkan Haikal dan kemudian Julia akan cuba hancurkan keluarga Haikal satu demi satu kerana merekalah hubungan Julia dan Haikal terputus ditengah jalan. 

2 comments:

  1. wah nice jugak cite nieh... =) saya pon ada enovel.. tapi baru lagi buat.. sudi2 kan lah jengah.. ^^

    ReplyDelete
  2. yeke..ok sy singgah ^^ selmt menulis dan mmbaca ^^

    ReplyDelete