Tuesday 3 January 2012

CINTA SEJATI BAB 7

BAB 7


       Keadaan dibilik pejabat Haikal sunyi sepi membuatkan jiwanya kosong.File yang berada di atas meja dilihat betul-betul."Ini fail yang aku minta perempuan tu hantar semalam?" bisik hati Haikal mencetuskan persoalan dimindanya.Baru dia sedar file itu sepatutnya dia bentangkan semasa mesyuarat dengan tetamu semalam tapi akibat kelewatan Suraya menghantar file tersebut membuatkan Haikal naik angin tetapi dikawalnya supaya tak terlihat tetamunya takut akan memberi kesan terhadap perniagaannya."Sayangggg.."panggil lembut oleh Julia yang tiba-tiba hadir ke pejabatnya tanpa temu janji.Terkejut Haikal apabila sekujur tubuh berdiri depannya."Ju!Suprise!??"sambil mengangkat keningnya lalu mencium tangan mulus gadis itu dengan penuh romantik.Haikal menjemput kekasih hatinya duduk di sofa yang tersedia di bilik itu."Youuu,i rindukan you,itu sebablah i datang kat you,takpe kan??"manja Julia sambil mengurut bahu Haikal.Pantas Haikal menarik tangan Julia membuatkan Julia terjatuh ke dalam dakapannya."I pon rindukan you,i tak kisah kalau you nak datang pun my dear.Lagipun i memang bosan, tak tau nak buat apa ,tiba-tiba you datang.Macam faham-faham je you kan yang i kesunyian.Nafsu beraja dijiwa,yang penting mereka dapatkan lepaskan rindu yang terpendam.


         "Encik Haikal ada dalam?Senyum Suraya memandang keletah Nora yang tidak sedar akan kehadiran dirinya.Nora membetul-betulkan klip rambutnya agar kelihatan rapi.."Erk ada Puan Suraya tapi..."belum sempat Nora menyambung bicara,Suraya meluru masuk ke dalam bilik pejabat suaminya.Hari ini adalah hari lahir Haikal yang ke 28 tahun.Suraya cuba membuat kejutan untuk suami tercintanya agar suaminya dapat sama-sama menyambut hari bahagia itu.Pintu dibuka perlahan lalu....Terkejut Suraya apabila melihat gelagat dua pasangan yang sedang asyik leka melayan nafsu dan secara tidak sengaja, tumpah segala makanan yang dibawa oleh Suraya.Jatuh air mata Suraya ketika itu.Haikal yang terkejut dengan kehadiran Suraya lantas bangun dan berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku lalu pergi ke arah Suraya.Pintu dihempas kuat oleh Haikal.Julia membetulkan kedudukannya,dan kemaskan dirinya."Mak bapak kau tak ajar kau ketuk pintu sebelum masuk ke perempuan?!!"berdesing telinga Suraya mendengar kata-kata suaminya yang tiba-tiba menjadi lantang dan kuat."Ni!ni...!,habis kotor office aku ni..kau jilat balik!"geram hati Haikal melihat wajah Suraya ketika itu."Inilah balasan untuk kau sebab hantar file lambat semalam..rasakan!"bisik hati Haikal.Suraya hanya mampu berdiri kaku kerana masih terkejut dengan apa yang telah dilihatnya sebentar tadi.Suaminya yang sah sedang berdua-duaan bermadu kasih dengan wanita lain yang bukan sah hukumnya,meluluhkan hatinya.Hatinya disayat-sayat,pedih,pilu,sedih dengan apa yang menimpanya."Wei wei wei!Yang kau nak berlakon menangis bagai kat sini aphal!Aku kata jilat balik,jilatlah!!Apa bangang sangat kau ni perempuan!!" tengking Haikal sambil menarik-narik tudung Suraya.Julia yang terkejut dengan tindakan Haikal berpura-pura baik dan cuba menenangkan keadaan."You!Dah lah you,benda dah jadikan,panggil ke cleaner cuci.Tenang you..!" sambil membelai pipi Haikal.Terdiam Suraya melihat perlakuan wanita asing terhadap suaminya."Huh!Naseb baiklah ada you Ju,kalau ikotkan hati i,i hentak je perempuan ni.!Perempuan ni lah yang banyak menyusahkan i tau tak.!And you know what boleh pula mengaku yang i ni suami dia??!!" jawab Haikal.Julia lemparkan senyuman sinis kepada Suraya dengan jelingan mata yang tajam."Ju?Inilah Julia??"bisik hati Suraya ketika itu.Suraya yang tidak mampu bertahan berlari keluar dari bilik pejabat  membuatkan pekerja yang berada disitu tertanya-tanya apa yang berlaku."Ha!! yang awak semua ni kenapa?Tak ada kerja nak buat?" lantang suara Haikal memecah ruang.



.................................................................................................


           Hancur niatnya untuk menyambut hari kelahiran bersama suami yang dicintainya itu .Bermacam hidangan kegemaran Haikal di masak ,tetapi dibuang begitu sahaja.Sekeping gambar kenangan semasa bersama dengan ahli keluarga di kampung dilihat dengan hati yang sayu,pilu sekali .Rindu di hati muncul tatkala menatap wajah-wajah di sekeping gambar yang sentiasa disimpan rapi di dalam laci."Ayah,kenapa ayah tinggalkan Su yah...Su teramat rindukan ayah..Su lemah yah...Ayah dengar tak!!Ayahh!!"jerit hati kecil Suraya mengenangkan ayahnya yang sangat rapat dengannya dan telah pergi menghadap-NYA tatkala dia berusia 15 tahun...

...................................................................................................

       "Mak!!Mak!!!" jerit Suraya serta adik-adiknya memanggil emaknya ketika kebakaran berlaku dirumahnya."Ayah!! Mak ayah!! Mak!!"..cinta Pak Saad terhadap isterinya Jamilah amat tinggi.Pak Saad sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan isteri,anak-anaknya.Orang-orang kampung cuba menenangkan Suraya dan adik-adiknya.Pak Saad dengan berani masuk kedalam rumah kecil itu dengan harapan dapat selamatkan isterinya yang terperangkap di dalam rumah tersebut."Ayah!!Mak!!!!Ya Allah!!Tolong selamatkan mak ayah aku ya Allah!!"nangis Suraya sambil memeluk adik-adiknya yang masih kecil.Setelah beberapa minit, muncul bayang-bayang orang disebalik kebakaran.Sedang mak Milah cuba keluar dari rumah tersebut tiba-tiba suaminya Pak Saad dihalang oleh kayu yang jatuh secara tiba-tiba lalu menghempap Pak Saad. Lantas anggota bomba menarik tangan Mak Milah cepat keluar dari rumah itu."Aaabangggg!!!!abaaangg!!!!!!!"jerit Jamilah sambil meronta-ronta agar dirinya dilepaskan untuk pergi dekat dengan suaminya.Suraya dan adik-adiknya memelok tubuh wanita itu dengan erat dan menangis teresak-esak."Mak!!Ayah mak!!Ayah!!!!" raung Suraya dan adik-adiknya.Para bomba cuba memadam kebakaran yang berlaku agar tidak terus merebak ke rumah sebelah.Orang kampung sibuk menenangkan keadaan Jamilah serta anak-anaknya agar bawa bersabar.

          Abu-abu,baki-baki asap berterbangan di tiup angin.Suraya memandang rumah yang telah dijilat api dalam sekelip mata dengan sayu.Mengenangkan nasib nya selepas ini,apa yang perlu dia lakukan..pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya.

.



1 comment: