Tuesday 3 January 2012

CINTA SEJATI BAB 5

BAB 5


        "Kal,kau kena ingat balik yang Su tu isteri kau yang sah,kau tak boleh buat dia macamtu.Akak tak fahamlah kenapa tiba-tiba kau boleh ingat balik dekat si Ju tu sedangkan isteri kau yang sah yang kau nikah kau boleh tak ingat"soal Intan sambil mengunyah biskut yang dijamahnya.Jem yang ada dekat dengan Haikal dicapainya lalu disapukan sedikit di atas roti untuk alas perutnya yang kosong."Bila masa pula aku nikah dengan perempuan tu,aku kan bercinta dengan Ju,kau bukan tak tau kan"balas Haikal sambil mengunyah makanan yang ada dalam mulutnya.Geram betul Intan bila mendengar jawapan itu.Dia sedar adiknya kini masih tidak pulih sepenuhnya lagi walau pelbagai usaha yang mereka lakukan tapi apa yang mampu mereka lakukan adalah ikhtiar."Tapi tu dulu Kal,bukan sekarang,kalau ikut hati akak ni,nak je akak belah-belah kepala otak kau ni Kal,bagi kau ingat balik,ish geram aku!" rungut Intan sambil menjeling tajam.Malas mendengar bebelan kakaknya itu Haikal berlalu pergi sambil membuat isyarat mulut senyap.


          Datin Khadijah yang muncul dari belakang Intan secara tiba-tiba mengejutkan Intan."Eh mak ni lah,terkejut Intan,tibe-tibe terpacak kat belakang Intan kenapa"soal Intan sambil menuang air tea ke dalam cawan untuk emaknya.Air yang panas itu dihirup perlahan Datin Khadijah yang tekaknya agak kering tadi semasa membantu pembantu rumahnya mengemas stor."Kau jangan paksa-paksa dia Intan,kang makin teruk pulak adik kau tu.Perlahan-lahanlah,macam kita nak makan pon ada cara,haa macamtu jugaklah cara rawat orang,perlahan-lahan bukan main terjah je"pesan Datin Khadijah sambil matanya tertumpu pada bunga-bunga  yang terhias indah diluar rumah.Minat Datin Khadijah terhadap bunga amat mendalam,kerana kecantikan,haruman yang memikat hatinya itulah membuatkan hobi Datin Khadijah di masa lapang menanam dan mengemas daun-daun yang layu."Takdelah mak,anak mak tu lain beno saya tengok.Kenapa boleh ingat kat si Ju tu tapi bukan Su.Tak pelik ke mak."sambil kakinye bersila di bangku kerusi.Datin Khadijah melihat gelagat anak sulungnya dan tidak gemar cara anaknya bertindak sedemikian kerana tidak manis jika anak gadis duduk seperti itu ketika di meja makan."Eh kau ni pon,berapaka kali mak nak ajar,duduk tu cubalah sopan sikit,kau tu perempuan,dah besar pon.Ha yang kau ni pun kenapa tak kahwen-kahwen lagi.Asyik sibuk dengan kerja je tau.Ingat siket,awak tu perempuan,jangan jadi andartu,ish kau ni lah pun"bebelan Datin Khadijah membuatkan telinga Intan agak "gatal".Baginya sekarang kerja adalah segalanya.Kahwen tolak ke tepi,bukannya sekarang.Dahulu Intan pernah bercinta dan sudah capai kata sepakat hendak mendirikan rumah tangga tapi akibat kecewa dengan sikap lelaki yang cuba curang dengannya tatkala hari perkahwinan semakin hampir, membuatkan hatinya tertutup rapat untuk mana-mana lelaki."Rilek lah mak,mudo layi bak kato orang nogoyi,mudo.."usik Intan lalu mencubit pipi Datin Khadijah yang telah melahirkannya,mendidiknya,menjaganya,sepenuh kasih sayang."Ayah mana mak?Tak nampak pun dari tadi"soal Intan sambil berlalu ke dapur."Ayah kau pagi-pagi lagi dah keluar katanya nak jumpa kawan lama dia" Intan mengelap tangannya yang basah lalu duduk disebelah emaknya."Yeke jumpa kawan lama?Kee, jumpa makwe lama??"ketawa Intan sambil mengangkat-angkat keningnya yang tersusun rapi.Sikapnya yang nakal suka mengusik emaknya memang dari kecil lagi.Usik mengusik adalah perkara biasa kerana baginya dari situ wujudnya keceriaan disitu.


          .................................................................................................


          "Assalammualaikum" satu salam diberi tapi tidak dibalas."Sila duduk saudara....Asyraf." kata Haikal sambil membelek resume di tangannya."Saya dah baca resume  awak Encik Asyraf ,agak-agak bila boleh mula kerja?"soal Haikal sambil mencapai rokok yang berada didalam koceknya.Asap berkepol-kepol di bilik pejabat membuatkan Asyraf agak kurang selesa."Encik betol ke nak ambil saya kerja ? Encik tak tanya saya apa-apa lagi" pelik Asyraf bila orang yang menemuduganya tidak bertanyakan apa-apa soalan malah terus bertanyakan bila boleh mula bekerja."Aku malas nak panjang-panjang cerita sebab nanti kau pula yang tak boleh jawab.Kau nak ke tak nak kerja ni?Kalau tak nak aku bagi orang lain je"balas Haikal dengan angkuh.Asyraf hanya mampu mengangukkan kepala sahaja kerana kalau dia lepaskan peluang ni dia akan rugi.Tetapi difikirannya bermain-main persoalan kerana wajah jejaka yang berada dihadapannya pernah dia lihat tapi tidak tahu dimana."Bagus,minggudepan kau boleh start kerja"arah Haikal sambil mengemas-ngemas begnya untuk berjumpa dengan buah hatinya,Julia.


          Terpinga-pinga Asyraf dengan perlakuan pelik majikannya.Asyraf jalan menuju ke tingkat bawah tiba-tiba badannya dilanggar satu wanita yang dari tadi tergopoh gapah keadaannya.Berselerak fail-fail penting milik Haikal untuk dibuat mesyuarat.Haikal mengarahkan Suraya supaya bawa fail tersebut secepat boleh tapi Suraya yang ketika itu terlewat kerana kunci kereta pula tertinggal di dalam kereta yang mengakibatkannya sukar untuk Suraya bergerak.Tapi nasib baik ada jirannya yang sudi membantunya."Maaf encik,saya cuai..maafkan saya"laju nafas Suraya turun naik membuatkan Asyraf turut sama panik."Takpe takpe saya okay je ni,cik tu yang patut rilek kang pengsan pula kat sini susah saya nak jawab."Terima kasih encik"hanya itu yang mampu Suraya ungkapkan kerana apa yang dia tahu dia harus segera menghantar file tersebut kepada suaminya."Nora,encik Haikal ada?"soal Suraya sambil membetulkan tudungnya."Maaf Puan Suraya,encik Haikal baru saja keluar"jawab Nora sopan sambil melemparkan satu senyuman yang manis.Tertanya-tanya Suraya kemana pergi suaminya itu,adakah suaminya akan memarahinya.Bermacam bermain di legar fikiran Suraya."Erm kalau camtu tak apalah,biar saya masuk bilik pejabat encik Haikal dulu ye.Angguk Nora sambil melakukan tugasnya sebagai pembantu peribadi Haikal.Pintu dibuka perlahan,ruang pejabat yang kemas tersusun rapi,menenangkan sedikit jiwa Suraya,kerana Suraya mengutamakan kebersihan.Dia akan menjadi serabut jika tempat itu bersepah atau tidak dikemas dengan betul.Fail yang berada digenggamannya diletakkan elok di atas meja suaminya.Beberapa photo suaminya terhias kemas di perabut mencuri perhatian Suraya."Abang,su tetap akan setia tunggu "kepulangan" abang yang dulu bang,Su teramat rindukan abang,cintakan abang..abang pernah berjanji dengan Su sewaktu malam pertama yang abang akan setia dengan sayangkan abang..sayang setia dengan abang dan tetap akan tunggu abang."tanpa sedar,air mata membasahi pipi mulus Suraya.Hari-harinya ditemani air mata,tetapi dia percaya akan ada sinar kebahagiaan untuk nya kelak.



         

1 comment: