Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 21

BAB 21


      Keadaan semakin kelam kabut.Julia cuba menjadikan Suraya mangsanya."Letak senjata tu!!!Aku kata letak-letaklah!!"ugut Julia yang tahu dirinya kini tidak selamat lagi.Joe yang sedang cuba menyelamatkan diri,nasib tidak menyebelahinya kerana pihak polis cuba menembaknya di kaki ketika dia cuba melarikan diri."Lepaskan aku Ju!!Lepas!!"rayu Suraya lagi. "Julia!!Lepaskan isteri aku!!!Lepas!!!!!!"jerit Haikal lagi yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana jika dia berbuat sesuatu,Julia bila-bila masa sahaja akan cuba menembak isterinya.Pihak polis melakukan tugas mereka."Bodoh kau jantan!!!!Kan aku kata jangan panggil sesiapa tapi sekarang kau tengok??!!!!Penipu!!!!!"jerit Julia lagi sambil memeluk Suraya dalam dakapannya dengan kasar sambil pistolnya diacukan ke arah kepala Suraya."Jauh!!Jangan dekat!!!Kalau dekat aku tembak perempuan ni!!!!!!"ugut Julia lagi yang cuba undurkan dirinya kebelakang."Abang!!!!Tolong bang!!!!"jerit Suraya meminta tolong agar dirinya diselamatkan."Jangan dekat aku kata!!Polis-polis bodoh ni pun satu menyusahkan aku!!!!Letak senjata korang tu lah bodoh!!! Kalau tak aku tembak perempuan ni!!!!!!!!!"jerit Julia lagi yang dalam ketakutan.Sedang Julia cuba undurkan kebelakang,Suraya cuba berlawan dengan Julia membuatkan Julia marah lalu Suraya terjatuh ke lantai."Sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"jerit Haikal lagi cuba untuk menyelamatkan isterinya tetapi Julia yang seperti hilang akal sanggup buat apa sahaja asalkan dirinya lepas.Julia cuba menarik tangan Suraya dan menyeret Suraya hingga ke luar kilang.Cahaya matahari panas memancar.Suraya lemah tiada kekuatan untuk berlawan lagi.Dia hanya berserah pada tuhan andai sudah tiba masanya untuknya pergi.Asalkan anak didalam kandungannya selamat dia rela.

      Asyraf yang cuba datang senyap-senyap dari belakang tanpa pengetahuan Julia cuba menghentak belakang badan Julia.Julia terjatuh dengan tindakan lelaki itu, lalu satu tembakan dilepaskan ke arah Asyraf tetapi Suraya yang ketika itu pantas bangun cuba selamatkan kawannya dari terkena tembakan."Su!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"jerit Haikal sambil berlari laju ke arah Suraya yang lemah,dan darah mengalir laju dari kepalanya."Sayang!!!!!Bangun sayang!!!!!!Sayang??!!!!!!!"rayu Haikal lagi.Asyraf yang ketika itu terkejut dengan tindakan Suraya yang cuba menyelamatkan nyawanya berlari ke arah Julia untuk cuba membelasahnya tetapi dirinya ditembak oleh Julia menyebabkan dia jatuh dan pengsan."Jahanam kau perempuan!!!!!!!!!Julia!!!!!!"jerit Haikal lalu bangun cuba mendapatkan Julia.Julia yang ketika itu tanpa berfikir sebelum berbuat sesuatu,mengacukan pistolnya ke arah Haikal tetapi pihak polis dengan segera melepaskan tembakan ke arah Julia hingga dia jatuh dan terbaring ."Jahanam kau perempuan!!!!!!!!!!!Sial!!!!!!!!"jerit Haikal lagi sambil memijak Julia yang sedang terbaring disitu.Pihak keluarga Haikal cuba mendapatkan Haikal dan menenangkan dirinya.Pihak polis menangkap Julia dan Joe lalu dibawa ke balai.

       Asyraf dan Suraya yang tidak sedarkan diri,dibawa ke hospital segera."Sayang,jangan tinggalkan abang sayang..sayang bangun sayang.."rayu Haikal lagi memujuk isterinya bangun tetapi isterinya tetap sama,darah banyak mengalir keluar dari kepala dan mulutnya."Akak!!Laju cepat !!!!"arah Haikal kepada Intan yang sedang memandu kereta.Ahli keluarga yang lain mengikut mereka dari belakang dengan berdoa kepada tuhan agar semuanya dapat diselamatkan.

2 comments: