Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 19

BAB 19


       Haikal setia disisi isterinya.Menunggu isterinya bangun."Sayang..abang datang..bangun sayang,jangan diam je sayang,abang rindu nak dengar suara sayang..bangun sayang.."pujuk Haikal supaya isterinya bangun tetapi tiada tindak balas."Sayang,jangan buat abang macam ni sayang..bangun ye,abang ada bawakkan makanan kegemaran sayang,sayang..??"pujuk Haikal lagi tetapi jawapannya tetap sama.

pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan




       Haikal menyanyi lagu Pujaan Hati dari Kangen Band kerana itu adalah lagu yang selalu dia nyanyikan ketika Suraya sedang merajuk dengannya.Suraya suka dengar Haikal menyanyikan lagu itu.Tiba-tiba air mata mengalir keluar dari mata Suraya.Jari jemari Suraya bergerak sedikit demi sedikit,mengejutkan Haikal."Sayang?!Sayang bangun sayang,abang ada ni sayang..bangun sayang...nurse!!doktor!!!"jerit Haikal memanggil doktor dan nurse untuk datang melihat keadaan Suraya.Doktor dan nurse masuk,memeriksa keadaan Suraya.Haikal menunggu jawapan dari mereka dengan harapan semuanya baik."Puan Suraya?Cuba buka mata perlahan-lahan Puan Suraya"arah Doktor Zamrul.Matanya dibuka perlahan,melihat keadaan sekeliling dan tertanya-tanya dalam dirinya apa yang sudah berlaku.Matanya tertumpu pada satu wajah yang dia cintai iaitu Haikal,suaminya yang sedang tersenyum melihatnya.

.......................................................................................................
       
       "Boss,kami dapat info baru,sebenarnya orang yang cuba langgar boss hari tu adalah Julia" terkejut Intan apabila orang-orangnya menelefon dan menyampaikan maklumat itu.Tidak disangka,sanggup perempuan itu melakukan cubaan membunuh terhadap dirinya,selepas cuba hancurkan ahli keluarganya."Kurang hajar punya perempuan!!"marah Intan.
        Hari berlalu,tahun berganti,hubungan Suraya dan Haikal kembali bahagia sebagai pasangan suami isteri.Rasa bersyukur dalam diri Suraya kerana diberi kesempatan untuk merasa rasa kasih sayang dari seorang suami yang dia cintai."Sayang,abang rasa bahagia sangat bila sayang dapat maafkan abang,dengan apa yang abang dah buat dekat diri sayang..abang rasa bersalah sangat"kata Haikal sambil memandang wajah ayu isterinya.Senyum Suraya mendengar kata-kata itu."Takpelah bang,lagi pun ni semua bukan salah abang kan?Abang tak ada salah dekat Su pun"jawab Suraya sambil mengusap perutnya yang sudah masuk 8 bulan kandungannya.Kandungan itu diperhati Haikal lama."Tapi sebab abang,kita hilang anak pertama kita.."balas Haikal membuatkan Suraya terpana."Taklah bang,semua tu kita tak rancangkan,mungkin ada hikmahnya,Suraya lebih sanggup hilang nyawa dari hilang anak bang"terkejut Haikal apabila isterinya berkata begitu.Tidak sanggup rasanya untuk dia hilang isterinya buat kali kedua."Jangan cakap macamtu sayang,abang tak suka.Abang sayangkan Su,abang nak nanti bila anak kita dah besar,dia jadi kuat macam abang,hihihi"usik Haikal,menggembirakan Suraya ketika itu."Abang,terima kasih kerana sudi terima Su dalam hidup abang,Su rasa bahagia sangat bila dapat rasa kasih sayang dari abang sebagai suami Su,tapi Su harap lepasni kalau jadi apa-apa dekat diri Su,abang tolong janji dengan Su ye?Janji yang abang akan jaga anak kita baik-baik ye?Kalau abang sunyi,abang kahwenlah lain.Boleh abang?"kata Suraya sambil menitiskan air matanya mengejutkan Haikal kerana tidak terfikir langsung difikirannya yang isterinya akan berkata sebegitu."Apa ni sayang,abang tak sukalah.Tak boleh,sayang kena selamat dengan baby kita ni tau,nanti kita besarkan dia sama-sama,main dengan dia sama-sama,sekolahkan dia sama-sama..ye?Abang terlalu sayangkan Su.."Haikal memeluk Suraya tanda kasihnya seorang suami kepada isterinya yang dikasihi.

      Pistol diletak kemas didalam begnya.Julia tahu polis sekarang sedang memburunya.Dia harus berhati-hati agar tidak ditangkap.Julia berjalan menuju ke kedai untuk membeli rokok sambil Joe menunggunya di dalam kereta.Julia yang licik menyembunyikan diri dan menyamar membuatkan pihak polis sukar mengecam dan mengejarnya.Suraya yang ketika itu sedang berjalan keseorangan menuju ke kedai pakaian bayi,tanpa disedari,dirinya diperhatikan oleh Julia dan Joe dengan jarak jauh.Setelah selesai,Suraya turun anak tangga dengan cermat,lalu menuju ke keretanya untuk pulang.Tapi tidak sempat dia masuk ke dalam keretanya,dia diculik dari belakang memaksanya untuk ikut arahan jika tidak dia akan dibunuh.Suraya cuba meronta tapi tidak berdaya kerana pisau cuba diacukan ke perutnya.

2 comments: