Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 17

BAB 17


        Gelas yang diminum Intan diletakkan  di atas meja.Dia perlu berterus terang dengan Suraya."Su,sebenarnya akak ada benda nak bagitahu Su.."kata Intan membuatkan Suraya tertanya-tanya."Sebenarnya akak dah tahu kenapa adik akak jadi macam tu.Semua ni angkara Julia,perempuan tu"tekun Suraya mendengar apa yang cuba kakak iparnya mahu sampaikan."Akak ada pasang orang-orang akak,akak mintak tolong diorang ikut perempuan tu mana dia pergi.Dan sebenarnya Haikal kena buatan dengan perempuan tu.Dan sebabkan dialah Haikal tak ingat dekat Su,terutamanyalah!.Sebab dia nak Haikal hanya ingat dekat dia sorang sahaja.Tapi tulah,kuasa tuhan lagi adil,maha agung kan..."terkejut Suraya bila mendengar apa yang diberitahu oleh kakak iparnya."Su,Su jangan risau,akak pun dah jumpa ustaz untuk sembuhkan penyakit Haikal dan insyallah dengan izin-NYA semuanya akan beransur pulih.Percayalah,sebab akak pun mahu dia kembali sihat seperti dulu dan kembali menyayangi Su.Akak tau,Su rindukan dia,akak faham apa yang Su rasa.Akak sanggup hilang nyawa akak demi kebahagiaan adik akak.Menangis Suraya dengan pengorbanan yang kakak iparnya  lakukan demi kebahagiaannya."Ya Allah....."hanya itu yang mampu Suraya ungkapkan tiada lain..hanya kepada-NYA dia berserah.

     Gelak ketawa tanda gembira antara Julia dan Joe di shopping complex sambil berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan tanpa malu segan dan pandangan orang ramai yang berada disitu.Haikal yang ketika itu baru keluar dari kedai rambut,tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat kelibat yang dia seperti kenal.Haikal cuba dekat dengan mereka.Terkejutnya dia rupanya wanita yang dia cari-cari selama ini sedang berfoya-foya dengan lelaki lain dibelakangnya."Julia!!!!"jerit Haikal dari belakang mengejutkan Julia dan Joe.Serta merta Julia kaget dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku."You?yo...you buat dekat sini?You dah sihat?"soal Julia gagap kerana Haikal pasti sudah nampak apa yang dia lakukan sebentar tadi."Kau tanya aku?Aku yang patutnya tanya kau!Ni..ni jantan ni siapa?!!Aku punyalah call kau tapi luar kawasan rupanya ini kerja kau kan kat belakang aku.Aku tak sangka kau sanggup buat aku macamni.Kau tahu yang aku sayangkan kau,ini yang kau buat dekat aku?!!!"kata Haikal lantang tanpa mempedulikkan keadaan sekeliling."You..you youuuu kita bincang dekat rumah boleh?ok sayang?"pujuk Julia sambil cuba menggoda Haikal."Jahanam lah kau dengan sayang!!!Aku benci kau!!Aku tak nak tengok muka kau lagi!!Kau faham?!!Dasar Perempuan sundal!!!!"marah Haikal lalu meninggalkan mereka disitu.


...........................................................................................


       "Insyallah,jika diizinkan tuhan encik Haikal akan kembali sembuh.Hanya DIA maha mengetahui dan maha mendengar.Suraya,Intan dan ahli keluarga yang lain mengangguk setelah  mendengar apa yang cuba disampaikan oleh uztaz Syukri.Jam menunjukkan jam 3:00 petang.Suraya harus pulang kerumah risau suaminya tercari-cari dia nanti.Suraya pun meminta diri pulang ke rumahnya.Suraya singgah di supermarkert berhampiran untuk membeli barang masakan sedikit.Tiba-tiba kelibat Nora terlihat disitu membuatkan Suraya terpanggil untuk menegurnya."Nora!"tegur Suraya sambil memegang tepung kek ditangannya."Sorang je ke Nora?"tanya Suraya lagi,bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa."Eh,taklah Puan Nora,saya dengan Asyraf sekali tapi dia tunggu dekat kedai makan depan sana.Jumlah ikut sekali,borak-borak sekejap nak?"ajak Nora lagi,puji dia didalam hati melihat keayuan wanita itu.Suraya ikutkan sahaja kerana jam masih awal lagi."Assalammualaikum"salam diberi oleh Suraya mengejutkan Asyraf dengan kehadiran wanita itu."Waalaikumsalam,eh Su lama kita tak jumpa kan?soal Asyraf senyum melihat wajah ayu wanita yang berada dihadapannya."Eh jap jap!Barang i tertinggal dekat kedai tadilah.Kejap eh,u all borak dulu tau!"kata Nora dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua disitu."Macamana awak sekarang Asyraf?Dah pandai ye dating dengan Nora..ehem ehmm"usik Suraya sambil ketawa kecil.Senyum Asyraf mendengar kata-kata Suraya.Haikal yang sedang berjalan menuju untuk singgah minum di kedai yang sama tiba-tiba terberhenti apabila terlihat Suraya ada disitu bersama dengan lelaki lain.Perasaan cemburunya mulai timbul.Tiba-tiba kepalanya sakit dan satu persatu bayangan semasa  dia bersama dengan wanita itu muncul."Suraya!!"jerit Haikal mengejutkan orang ramai yang berada disitu."Dasar perempuan semua sama je!!!Tak cukup dengan satu lelaki,korang cuba mainkan aku dekat belakang kan!!!Dasar perempuan murahan!!Satu tamparan kuat singgah dipipi dan perutnya ditendang, membuatkan keadaan dikedai semakin kecoh dan biseng.Asyraf cuba menenangkan Haikal tapi dia turut sama mendapat tumbukan dari Haikal.Nora yang sedang berjalan menjadi tertanya-tanya apa yang berlaku sehinggakan ramai orang berkerumun dikedai itu.Asyraf cuba bangun tapi dia ditumbuk oleh Haikal ,lantas Asyraf cuba mempertahankan dirinya dan secara tidak sengaja dia tertumbuk Haikal hingga kepala Haikal terhantuk dibucu meja kaunter lalu pengsan.Alangkah terkejutnya Nora bila terlihat Asyraf terbaring kesakitan di atas lantai dan puan Suraya terbaring pengsan.


...............................................................................


      

1 comment: