Thursday 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 12

BAB 12


          Gincu merah dipakai Julia dipakai kemas,minyak wangi kegemarannya dicapai lalu disemburkan ditubuhnya."You biar betul sayang?You buat macamtu dekat family you?Tak baik tau sayang"kata Julia sambil memperkemaskan dirinya untuk keluar bersama dengan jejaka lain tanpa pengetahuan Haikal.Haikal memicit kepalanya yang terasa amat sakit sekali.Entah kenapa sejak-sejak ini kepalanya sering sahaja sakit dan berdenyut."Betullah my dear.I tak boleh tau kalau ada orang yang cuba memburuk-burukkan you.Tu si Asyraf staff i, tu pun habis i belasah tau "jawab Haikal membuatkan Julia tertanya-tanya kenapa Haikal perlu belasah lelaki itu sedangkan bukankah Haikal hanya akan cinta padanya sahaja.Adakah perasaan cemburu mula timbul di hati Haikal.Ini membuatkan Julia memikirkan perkara ini dengan serius.Dia harus segera berjumpa dengan Pak Tam,takut plan yang dirancang terhenti di tengah jalan."Ha yang you ni nak pergi mana cantik-cantik ni?Tak ajak i pun kan?"soal Haikal sambil membelai leher Julia membuatkan Julia terasa geli."I nak keluar kejap jumpa Datin Sofia,lama tak jumpa dengan diakan,biasalah perempuan sayang"jawab Julia manja sambil mencium pipi Haikal.Haikal faham dengan perangai perempuan yang suka bershopping sakan,itulah wanita.


      Gambar ketika bersama dengan Haikal diperhatinya lama.Rindunya kepada Haikal semakin tebal.Rindu akan saat-saat bersama.Teringat kenangan ketika mula bertemu di Butik Indah kepunyaan rakan Intan sendiri."Su,kenalkan ni adik laki akak yang satu-satunya akak ada,Haikal kenalkan Suraya."kata Intan sambil kenalkan Suraya dengan Haikal buat pertama kalinya.Sikap Suraya yang sopan,penuh dengan ciri-ciri wanita kemelayuan membuatkan hati Haikal terpikat padanya."Assalammualaikum,Su?"sapa Haikal sambil menghulurkan bunga ros merah kepadanya.Terkejut Suraya apabila Haikal berbuat sebegitu.Kerana ini kali pertama lelaki memberinya bunga."Un..untuk saya?"gagap Suraya membalas lalu diambil bunga itu dengan malu.Senyum Haikal apabila Suraya sudi menerima bunga daripadanya.Hari demi hari berlalu.Mereka hidup sebagai pasangan kekasih yang bahagia.Indah dunia ini,begitulah juga hati Haikal dan Suraya terasa begitu bahagia dengan bunga-bunga cinta yang berputik."Sayang,jum ikut b,b nak bawa sayang ke satu tempat yang mesti sayang suka tau!"kata Haikal dengan penuh kasih sayang.Sayangnya terhadap wanita itu teramat mendalam.Kerana wanita itu juga banyak membantunya menjadi lebih baik.Mata Suraya ditutup rapat,membuatkan dia berdebar-debar dan tertanya-tanya kemana Haikal hendak membawanya.Ketawa Haikal melihat gelagat Suria yang seperti ketakutan.Ikatan kain dimata Suraya dibuka perlahan,membuatkan Suraya berasa lega setelah matanya diikat lama."Ya allah b!Apa semua ni b?!Cantiknya!"terkejut Suraya apabila Haikal sanggup membuat kejutan untuk dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang,bertemankan lilin-lilin yang setia bernyala,dengan suasana yang sangat cantik berpandangan tasik yang indah sekali."Selamat hari lahir sayang.Terima kasih kerana sukakannya dan...B buat semua ni sendiri untuk sayang seorang yang b cintai"luah Haikal sambil menggenggam jari Suraya erat.Malu Suraya apabila mendengar apa yang cuba Haikal luahkan tapi dia tahu itu dari hati seorang lelaki yang ikhlas."Hari lahir sayang?Ya Allah!!..Sayang pun tak ingat yang hari ni hari lahir sayang tau!"jawab Suraya sambil melihat keadaan sekeliling yang sungguh nyaman sekali."Haaa!Tulah,asyik ingat kat b je kan,sampai hari jadi sendiri pun lupa...tak kuase mak tau.!!."usik Haikal meniru gaya nyah membuatkan Suraya tergelak dengan gelagat kekasih hatinya."B,b masak ke ni?Pandainya b masak"senyum Suraya sambil cuba menghidu hidangan yang terhidang disitu."Aah,b lah yang masak tau.Apa,ingat b tak pandai masak ke?Cheff handal ni tau kalau sayang nak tau"jawab Haikal sambil memicit-micit hidung mancung Suraya.Kotak kecil merah dari poket seluar Haikal dikeluarkan lalu dibuka penutupnya."Sayang,sudi tak kalau ....sudi tak sayang kalau...."Terpinga-pinga Suraya mendapatkan kepastian.Haikal cuba menarik nafas dan mengumpul semangat untuknya meluahkan perasaan yang telah terpendam dihatinya selama ini "Siti Suraya binti Saad,sudikah awak menjadi isteri saya?"soal Haikal sambil memejamkan mata kerana takut wanita itu akan memukulnya.Suraya terdiam satu ribu bahasa.Adakah dia bermimpi atau realiti membuatkan Suraya terdiam terpaku tanpa berkata apa-apa."Suraya?Su?Sudikah awak menjadi isteri saya,teman hidup saya,separuh dari ahli keluarga saya, ibu kepada anak-anak saya,dan cinta saya ,di dunia dan di akhirat?Hanya air mata yang mampu Suraya luahkan.Kerana dari air mata itu adalah tanda kasih,sayang,cintanya yang amat mendalam terhadap jejaka yang berada didepan matanya kini.Itulah detik yang dia nanti-nantikan selama ini,untuk bersama dengan orang yang dia cintai."Saya terima lamaran awak,saya cintakan awak,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.Terima kasih kerana sudi memilih saya dalam hidup awak sayang"balas Suraya gembira sambil mengalirkan air mata betapa bahagianya dia pada malam itu.Bersaksikan bulan dan bintang,pada hari lahirnya dia dilamar oleh jejaka yang bernama Muhd Haikal bin Datuk Jafar dan akan menjadi sebahagian dari hidupnya.

        Tersenyum Suraya apabila terkenangkan saat mula-mula bertemu.Tapi kini semuanya tawar,perit,sedih hanya tuhan sahaja yang tahu.Dia sanggup derita asalkan suaminya tidak menceraikannya kerana dia yakin ini semua bukan salah Haikal.Kerana Haikal masih lagi sakit,mungkin suatu hari nanti,dengan kuasa tuhan Haikal akan kembali pulih seperti sedia kala.Tetapi bagaimana dengan perempuan yang bernama Julia?Adakah dia akan terus bermadu dengan wanita itu?Sedangkan dia tidak mampu untuk berdepan denagn wanita yang sering menyiksanya ketika Haikal tiada dirumah.Tawakal  dan berdoa sahaja yang mampu Suraya lakukan sebagai manusia biasa.

1 comment: