Wednesday 4 January 2012

CINTA SEJATI BAB 11

BAB 11


          Bawang merah dihiris Mak Milah dengan berhati-hati.Gembira hatinya apabila mendapat panggilan yang anak menantunya akan pulang ke kampung."Assalammualaikum mak,akak dah sampai?"soal Aisyah adik perempuan Suraya yang masih bersekolah di tingkatan empat yang baru pulang dari sekolah."Belom lagi ecah,katanya tengah ontheway"jawab Mak Milah sambil memotong bawang merah lagi."Ecah pergi mandi dulu dengan adik,nanti kita boleh makan sama-sama ye?"arah Mak Milah dengan anak-anaknya sambil melemparkan senyuman kasih sayang seorang ibu.Aisyah dan adiknya pun ikut arahan emaknya sambil menunggu kepulangan kakak kesayangan mereka."Assalammualaikum!Mak!!Ecah!Adek!"salam diberi Suraya sambil meletakkan begnya disisi."Waalaikumsalam"jawab Mak Milah yang sudah tahu anak sulungnya dan menantunya sudah pun sampai."Ha!Sampai pun kau,syukur..risau mak.Adik-adik kau baru je tanya pasal kau."kata Mak Milah sambil memelouk Suraya tapi dia merasa pelik kerana Haikal tiada sekali.Senyum Suraya mendengar apa yang diperkatakan emaknya."Eh Su,suami kau mana?Tak balik sekali ke?"soal Mak Milah sambil iring Suraya masuk sekali ke dalam rumah."Abang?Erm,abang tak dapat balik mak.Dia kata,dia terpaksa pergi Pineng uruskan hal dekat sana.Tiba-tiba dapat call urgent."jawab Suraya penuh dengan serba salah."Yeke,erm kalau macamtu tak apalah,kau mandi-mandilah dulu.Nanti kita boleh makan sama-sama sekali.Mak masak banyak tau."kata Mak Milah lagi sambil menyambung kerjanya didapur.Suraya anggukkan sahaja,dan masuk ke dalam biliknya.Lama sudah dia tidak pulang ke kampung.Keadaan biliknya tak banyak yang berubah,sama seperti dulu."Eh akak!!Bila akak sampai?"sapa Aisyah dan adik lelakinya lalu bersalam tanda hormat."Akak baru je sampai ni.Rindunyeeeeee akak dengan adik-adik akak ni.Sekolah macamnana?Okay tak?"soal Suraya yang berharap adik-adiknya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mengecap kejayaan biarpun dirinya sendiri yang tidak kesampaian demi adik-adiknya."Sekolah okay je kak.Nanti nak exam pertengahan tahun tau.Bedebar ecah"jawab Aisyah sambil menyikat rambutnya yang basah.Senyum Suraya mendengar jawapan adiknya itu."Ha adik laki akak ni pulak macammana?Pergi sekolah belajar ke main cinta-cinta?"usik Suraya terhadap adik lelakinya yang baru darjah lima,tetapi dia tahu adik-adiknya tidak akan mensia-siakan pelajaran demi masa depan."Eh akak ni,mana adalah,adik kat sekolah bagus tau,cikgu selalu puji adik pandai dalam kelas.Cikgu puji adik pandai dapat nombor 32 dalam kelas"tergelak Suraya mendengar apa yang adik lelakinya perkatakan.Mengusik saja kerjanya."Su,Ecah,adik dah siap belom?Meh makan meh,lauk dah siap ni"jerit Mak Milah didapur mengejutkan mereka bertiga membuatkan Suraya leka hingga terlupa hendak mandi."Ye mak kejap kejap,akak baru nak mandi"jawab Suraya."Bertuah punya budak,baru nak mandi?tadi buat apa?"bebel Mak Milah didapur sambil menyediakan apa yang patut.


         "Su!Su?"pintu rumah diketuk lagi Intan yang baru pulang dari Pulau Pinang.Lama Intan tunggu tapi tetap sama.Loceng pintu juga sudah ditekan banyak kali tapi tiada jawapan."Ishhh!!! Siapa pulak lah yang kacau aku tidur pagi-pagi buta ni!Kacau jelah!"rungut Julia yang sedang asyik tidur sedangkan jam sudah pun menunjukkan ke arah jam 1:00 tengah hari.Malas rasanya dia hendak melangkah tapi dia terpaksa kerana semakin bising pintu diketuk."Ha!! aphal datang rumah orang pagi-pagi buta ni!Tak nampak ke orang tengah tidur?!"bentak Julia sambil menguap sedangkan dia tidak sedar yang Intan kakak Haikal berdiri dihadapannya dan terkejut macamnana Julia boleh ada dekat rumah itu."Eh Ju?!"soal Intan penuh dengan tanda tanya.Baru Julia sedar rupanya wanita yang berdiri didepannya adalah Intan kakak suaminya."Eh kak Intan?Buat apa kat sini?"soal Julia pura-pura.Berkerut dahi Intan apabila ditanya sebegitu.Sepatutnya dia yang tanya soalan itu dekat Julia tapi ini sebaliknya."Aku yang patut tanya kau,apa yang kau buat kat rumah ni?Su mana?"soal Intan sambil memaksa Julia membuka grill pintu rumah itu.Julia menjemput Intan duduk di sofa.Terkejut Intan apabila terpandang satu gambar yang tergantung di dinding rumah itu."Eh,ni gambar kahwen?Kau...?"soal Intan inginkan kepastian dari Julia."Aah,gambar kahwen kami.Dah lama kami bernikah kak"jawab Julia selamba sambil menghulurkan segelas air kepada Intan tapi tidak dilayan."Apa semua ni Ju?!Suraya mana?!"soal Intan lagi kerana tidak percaya apa yang dilihatnya."Kamu dah bernikah 8 bulan dah kak,tapi abang Haikal lah yang tak nak saya bagitahu keluarga akak,saya ikutkan aje"terkejut Intan apabila mendengar jawapan itu yang keluar dari mulut Julia."Kau Ju?!Kau jangan ingat bila Haikal dengan keadaan macamtu kau boleh ambil kesempatan!Dia dah ada isteri kau tau tak!Perempuan apa kau ni!"balas Intan tanda tidak puas hati lalu memikirkan keadaan Suraya."Ahh akak ni pun satu.Abang Haikal yang cari saya balikkan,so takkan saya nak lepaskan dia macamtu lepas apa yang keluarga akak dah buat dekat saya dan perempuan tu!!"balas Julia dengan penuh dendam.Terduduk Intan memikirkan apa yang dah berlaku."Perempuan yang tak sedar diri tu pun abang Haikal dah halau keluar,dan tak mengaku yang tu bini dia,so..."belum sempat Julia habiskan kata-katanya, Intan menampar pipi Julia membuatkan Julia terkejut dengan tindakan perempuan itu."Kau tu yang perempuan tak sedar diri!Dah tau orang tak mahukan kau,kau yang muka tak malu terhegeh-hegeh kat jantan orang!Kau jangan ingat aku tak tau apa yang kau buat kat belakang, perempuan!"balas Intan yang sudah geram dengan perangai Julia yang semakin melampau-lampau.Terkejut Julia dan membuatkan dia kaget apa yang sudah Intan tahu dibelakangnya."Apa yang saya dah buat kak?Eh,pompuan!Kau tu dahlah datang rumah aku, lepastu buat biseng terpekik sana sini macam hantu, tak malu ke?!Kau keluar!Keluar!"Julia arah Intan keluar dengan tanpa sopan membuatkan Intan terkejut dengan layanan Julia yang kasar terhadapnya.

..........................................................................

       "Apa?! Biar betul apa yang kau cakapkan ni Intan?!"soal Datuk Jafar selepas mendengar segala apa yang Intan ceritakan.Datin Khadijah menangis selepas mendapat tahu cerita yang sebenar.Tidak disangka anak yang dia jaga,sayang,sanggup buat sebegitu pada keluarga dan Suraya.Hati emak dan ayah mana yang tidak sedih apabila mendapat tahu yang anak lelakinya cuba membelakangkan mereka selama ini dan membohongi mereka."Kita kena cari Su!"hanya itu yang mampu Datin Khadijah ungkapkan.Deruman kereta Haikal mengejutkan mereka.Segera Datuk Jafar mendapatkannya.Satu tamparan singgah di pipi Haikal membuatkannya tertanya-tanya apa yang dah berlaku."Apa ni ayah?!Tiba-tiba tampar Kal?!"soal Haikal sambil menggosok pipinya."Kau tanya ayah kenapa?Kenapa?!Kau tu yang patut tanya apa yang dah kau buat pada bini kau dan kami!"jawab Datuk Jafar sambil ditenangkan Datin Khadijah serta Intan supaya tidak terlalu ikutkan perasaan ,risau Datuk Jafar akan jatuh sakit."Apa ni?!Kal tak faham!"tertanya-tanya Haikal tanda tidak puas hati."Kau tu jangan buat-buat tak faham!Selama ni kau cuba bohong kami!Kau halau Suraya  keluar dari rumah!"kata Datuk Jafar lagi melepaskan amarah terhadap anaknya."Hey sedar sikit!Perempuan yang kau halau tu bini kau!Bini kau!Aku tak faham betullah apa yang ada dalam kepala otak kau ni sampaikan bini sendiri boleh tak ingat tapi betina lain boleh pulak kau ingat!"lancar mulut Intan membuatkan Haikal semakin hilang sabar.Secara tiba-tiba Haikal bertindak ganas dan cuba mencekik Intan membuatkan Datuk Jafar dan Datin Khadijah terkejut dengan tindakan Haikal yang semakin mengganas."Mulut kau tu jaga sikit!Jangan sedap-sedap mulut kau panggil dia betina!Dia bini aku!Dan aku tak pernah kahwen dan tak pernah kenal nama perempuan Suraya!Pergi jahanamlah!!"semakin kuat Haikal mencekik Intan membuatkannya sesak nafas.Puas Datin Khadijah dan Datuk Jafar cuba menenangkan anaknya tapi mereka pula ditolak."Kau dengan orang-orang tua kau ni boleh pergi mampuslah!!Tapi jangan sesekali cuba sentuh Julia!Kalau tak,nahas korang aku kerjakan!!"lantang Haikal berkata tanpa memikirkan orang yang dia cuba berdepan itu adalah mak ayah dan kakaknya sendiri.

      

2 comments: