Wednesday 4 January 2012

CINTA SEJATI BAB 10

BAB 10


        Terang cahaya matahari memancar pada pagi itu.Bernyanyi-nyanyian burung terbang didada langit mencari rezeki.Kota raya sudah tentu sesak dengan kereta yang berpusu-pusu pergi ke pejabat dan lain-lain tempat dengan tujuan masing-masing.Haikal pagi-pagi lagi sudah keluar dari rumah pergi ke pejabat.Tinggal Julia dan Suraya dirumah itu.Suraya tahu mereka sudah berkahwen walau tanpa kerelaannya tapi dia terpaksa akur kerana cintanya terhadap Haikal amat tinggi dan sentiasa percaya yang suatu hari nanti Haikal akan "kembali" seperti dahulu."Suraya!!!!!!!!!!"jerit Julia dikamarnya.Terkejut Suraya mendengar Julia menjerit namanya tiba-tiba."Suraya!!!!!!!!!Woi pekak ke??!!!"pekik Julia lagi.Inilah masanya yang dinanti-nantikan oleh Julia.Berlari Suraya naik anak tangga,melihat apa yang terjadi,adakah Julia terjatuh atau apa.Pintu diketuk dan dibuka perlahan.Julia memandang Suraya yang ketika itu memakai baju apron.Difikirannya mungkin perempuan itu sedang memasak didapur."Woi perempuan!!Pekak ke?!Berapa kali aku nak panggil kau ha?!!"kasar Julia berkata-kata mengejutkan Suraya dengan perlakuan sebegitu rupa."Ye,yee ye Ju,ada apa yang boleh Su tolong?"soal Suraya sambil tergagap.Menyampah Julia mendengar itu yang keluar dari mulut Suraya."What?Ju?Eh bila masa pulaklah kau rapat dengan aku ni ha?"soal Julia sambil berjalan ke arah Suraya."Aku nak kau panggil aku Pn.Julia.Kau faham tak?Puuaann Julia!!"berlagak Julia ketika itu sambil mencapai rokok di meja kecil kamarnya."Suraya hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa.Lebih baik berdiam dari berkata-kata kerana takut keadaan akan menjadi lebih teruk lagi."Kau ni kan perempuan,memang tak malukan,boleh lagi lah kau tunggu abang Haikal kau tu.Dah terang-terang yang dia cuma ingat aku,itu maknanya aku cinta hati dia.Bukannya kau!!"lantang suara Julia lalu menolak Suraya hingga hampir kepalanya terkena bucu meja yang berhampiran disitu."Kau ni kan aku tak fahamlah,macamanalah abang Haikal tu boleh kahwen dengan perempuan macam kau?Dengan pakaian kolot kau tu?Tudung?Hei!Takyah nak berlagak alim sangatlah perempuan.Geli aku tengok kau tau tak?!!"kata Julia lagi yang semakin menyampah dengan Suraya,kerana perempuan itulah yang membuatkan hubungannya terputus ditengah jalan."Dah-dah,kau tak payah nak menangis drama Sembilu Kasih kat bilik aku ni,kau pergi turun.Buat apa yang patut kat dapur kau tu ye..bibik Suraya??"perli Julia yang menganggap kehadiran Suraya dirumah itu seumpama pembantu rumah.

........................................................................................................................................................


          Pening Haikal semakin menjadi-jadi.Membuatkan dia hampir tidak boleh berdiri lama."Nora!Nora!!"jerit Haikal memanggil Nora,setiausahanya.Pantas Nora masuk kedalam bilik tuannya dan bertanyakan apa yang perlu dia bantu."Bawakkan aku air,dan panadol kalau ada,bawa sekali.Cepat!"arah Haikal sambil memicit-micit kepalanya yang semakin sakit.Nora pun ikut arahan tuannya dan setelah beberapa minit air dan ubat diberi.Dua biji panadol ditelan Haikal,sedikit memberi kelegaan padanya.Mungkin akibat cuaca yang tidak menentu,itu yang membuatkan kepalanya sering sakit."Sayang!!Cepat balik sayang!!Perempuan tu nak bunuh i!!You!!Tolong !!!"kelam kabut Julia dihujung talian dan talian dimatikan,tak sempat Haikal hendak bercakap.Lantas Haikal segera keluar dari pejabatnya,pulang kerumah melihat apa yang terjadi.'Semakin menjadi-jadi perempuan sial tu!!!!"bisik hati Haikal dan dia akan ajar secukup-cukupnya terhadap Suraya kerana berani berbuat demikian terhadap Julia.Asyraf yang ketika itu sedang menyusun file,berasa pelik kemana boss nya hendak pergi dengan muka yang mencuka.Pelbagai tanda tanya yang bermain difikirannya ,tetapi dia tolak ketepi dan sambung menguruskan kerja-kerjanya yang lain.

        Enjin kereta dimatikan,membuatkan Julia tersenyum sinis sambil memandang Suraya didalam rumah."Perempuan!!Woi!!"Pekik Haikal,mendapatkan Suraya yang ketika itu menangis teresak-esak takut apa yang bakal dia terima selepas ini."Sayang!!Tolong i!!Dia nak bunuh i!!You tengok ni,habis darah tangan i!!Nasib baik you cepat sampai!!"mengadu Julia sambil menangis dan sembunyi dibelakang Haikal.Haikal yang berang mendengar kata-kata Julia,tanpa sempat Suraya berkata,satu tamparan kuat singgah di pipinya."Kau ni kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke perempuan!!Aku sibuk dekat office,kau pula buat hal kat rumah aphal??!!"Haikal semakin ganas,dengan tanpa belas kasihan,menampar Suraya lagi.Sakitnya tidak terperi.Hanya berdoa Suraya lakukan agar tuhan lindungi dirinya dari menjadi lebih teruk."Tak tak abang!Su tak buat apa-apa!Sumpah abang!Su tak buat apa-apa!!Julia yang..."Tiba-tiba sahaja Julia mencelah  "What??!Kau nak cakap aku yang bunuh kau pulak lah ye?!Ni darah ni,tangan aku ni!!Apa???!!"pekik Julia ,berlakon menjadi mangsa keadaan dihadapan Haikal membuatkan Haikal semakin berang."Ni baru satu hari,kalau lepasni lagi lama aku pun tak tau apa yang kau boleh buat perempuan!!!!"kata Haikal sambil menendang Suraya yang ketika itu lemah dan tidak berdaya untuk bangun."Dah sayang!Jum i bawa you pergi klinik.Dan kau perempuan nahas kau aku kerjakan!!"amaran diberi oleh Haikal membuatkan Suraya takut dan berdiamkan diri dari berkata apa -apa."Ya allah,lindungilah aku ya Allah.Aku mohon pada-MU ya Allah.."esak Suraya sambil menyeka darah yang keluar dari mulutnya akibat tamparan Haikal yang kuat.


.....................................................................................


         Klinik Fauziah lengang tanpa pesakit.Pekerja disitu tetap menjalankan tugasnya walaupun tiada pesakit yang datang.Suraya masuk kedalam dan mendaftarkan namanya untuk berjumpa dengan doktor.Setelah selesai dan mengambil ubat,Suraya berjalan menuju ke keretanya.Tiba-tiba dia disapa dari belakang."Su?!"sapa Asyraf yang entah datang dari mana tiba-tiba muncul.Terkejut Suraya sambil tersenyum."Asyraf!Eh awak buat apa kat sini?"jawab Suraya sambil meletakkan ubatnya didalam beg."Awak tu yang patut saya tanya.Awak buat apa kat sini?Saya nampak awak keluar dari klinik tu?"jawab Asyraf sambil memuncungkan bibirnya.Diam Suraya seketika,adakah dia perlu berkongsi cerita yang dia alami selama ini."Oh,taklah,saya tak sihat sikit.Biasalah cuacakan tak menentu sekarang"balas Suraya sambil melemparkan senyuman.Tetapi tidak mudah untuk Asyraf percaya akan kata-kata wanita itu kerana dia nampak penderitaan yang Suraya alami."Jum kita lepak minum kat kedai depan tu?"ajak Asyraf,membuatkan Suraya serba salah mahu terima atau tidak.Tapi Suraya pun tidak ada apa yang hendak dibuat dirumah.Suraya ikutkan sahaja ajakan Asyraf itu dan mereka berlalu pergi.Suasana di kedai begitu bising sekali dengan pelanggan yang datang menjamu selera disitu.Menu dipesan Suraya dan Asyraf,sambil menunggu menu sampai,mereka berborak setelah sekian lama tidak bertemu."Dah lama kita tak jumpa kan Su?Su kerja macamnana?"soal Asyraf sambil memandang luka dimulut Suraya yang kelihatan."Oh aah lah..lama kita tak jumpakan.Sibuk dengan kerja sikit,hehehe"jawab Suraya sambil ketawa kecil.Pelbagai tanda tanya  muncul apabila Asyraf melihat keadaan wanita yang duduk dihadapannya, kerana luka yang dialami oleh Suraya serta lebam-lebam yang kelihatan."Boleh saya tanya?Kenapa awak nampak lebam-lebam dan ada luka dekat bibir awak tu?"soal Asyraf sambil dahinya berkerut mahu kan kepastian.Terdiam Suraya dan tidak tahu apa yang perlu dijawabkannya."Ni?Oh ni taklah,saya terjatuh dari tangga masa ambil kotak dekat stor rumah.Tu yang jadi macamni."jawab Suraya tenang dan menu mereka pun sampai, lantas Suraya cuba membuka topik lain agar Asyraf tidak bertanyakan soalan itu lagi.Geleng kepala Asyraf mendengar jawapan itu kerana dia tahu ada sesuatu yang berlaku,tetapi dia hormatkan Suraya lalu menukar topik lain agar tidak mengganggu keselesaan Suraya.Julia yang sedang berjalan keseorangan tiba-tiba langkahnya terhenti, apabila terlihat kelibat orang yang dia kenali."Eh,tu kan Suraya dengan mamat office Haikal??Oooo rupanya ini kerja perempuan tu.Siaplah kau perempuan"Bisik hati Julia sambil mengeluarkan handphone didalam begnya.


...........................................................................................................

      
      Panas hati Haikal melihat gambar yang ditunjukkan Julia.Gambar mesra antara Suraya dan Asyraf pekerjanya semasa diluar.Enah kenapa ada perasaan cemburu dihatinya sedangkan dia sendiri merasa menyampah apabila melihat wajah Suraya itu sendiri.Pintu dibuka dan ditutup perlahan.Terkejut Suraya apabila tiba-tiba sahaja suaminya berada dirumah,kerana waktu kerja belum habis lagi kalau diikutkan."Eh abang?Awal abang balik?Abang nak makan?Su dah masakkan lauk.Su siapakan ye bang?"kata Suraya sambil meletakkan begnya di tepi tangga."Kau ni memang perempuan tak tau malukan ?!!Walaupun kau bukan isteri aku tapi kau patut bersyukur sebab keluarga aku terima kau perempuan!!"kata Haikal sambil melemparkan majalah ditanggannya.Terkejut Suraya apabila mendengar apa yang diperkatakan suaminya.Julia yang ketika itu hanya tersenyum sinis dari belakang tanpa berkata apa-apa."Bila aku tak ada dekat rumah,kau keluar dengan jantan lain!!Dengan staff aku!!Perempuan gatal!!"jerit Haikal."Tapi bang,Su tak faham apa yang abang katakan ni??Abang!!"jawab Suraya yang cuba mempertahankan dirinya."Ahh!!Sudahlah kau perempuan!!Ni gambar ni!!Apa??!Tak puas lagi kau??Kau tak dapat aku,kau nak goda staff aku??!!Perempuan apa kau ni??!!"pekik Haikal lalu dicapainya batang rokok yang dihisapnya lalu dicucuhnya ditangan Suraya.Jerit Suraya menahan kesakitan."Kau keluar dari rumah aku sekarang jugak!Ni barang-barang kau,ambek!!Aku tak nak tengok muka kau lagi!!Keluar kau !!!Kalau tak aku bunuh kau!!!"arah Haikal dan menolak-nolak Suraya hingga kesan lebam yang dialami Suraya menjadi lebih sakit lagi."Abang!!Saya ni isteri abang!!Abang!!Tolong bang!Jangan buat Su macamni abang!!Abang!!Su cintakan abang!!! Aabanng!!!!"pintu ditutup kuat oleh Julia lalu membawa Haikal naik keatas untuk menenangkan dirinya.Rayuan Suraya diluar tidak diendahkan.Rancangan Julia berjaya,dan selepas ini keluarga Haikal menjadi tumpuannya.




2 comments:

  1. sedey gile siot. kuang ajo tol la laki die.

    ReplyDelete
  2. kejam!! haikal tuh x sedar apa yg dia lakukan sbb dah kene bomoh.. mm .. kesian suraya..
    tabah kan la hati watak suraya nih .. ~

    ReplyDelete