Wednesday, 20 June 2012

PILIHAN HATIKU BAB 4

     Beg yang berat digalasnya cermat sambil berjalan menuju ke tandas.Tiba-tiba langkah Sofia terhenti dan cuba memasang telinga mendengar apa yang dibualkan oleh Zul dan emaknya di bilik stor kolej itu. 
" Ha..macam mana respon dia nak? Dia terima tak? " soal Mak Piah sambil melipat plastik-plastik dengan kemas agar boleh diguna lagi. Tersenyum Zul apabila mendengar pertanyaan emaknya itu. " Dah mak,tapi Zul tak adalah bagi depan-depan dekat dia,malu lah Zul,tapi Zul minta tolong dekat kawan baik Sofia si Maria tu.Senang sikit " gelak Zul memikirkan sama ada Sofia menerima pemberiannya yang tidak seberapa atau tidak. Sofia terkejut dengan apa yang telah dia dengar sebentar tadi dan niatnya hendak ke tandas terbantut disitu. 

     Mak Limah tinggalkan Zul keseorangan disitu, ini membuka peluang kepada Sofia untuk bertentang mata dengan Zul.Zul yang sedang leka mengemas sampah-sampah di bilik stor tiba-tiba dikejutkan dengan sapaan Sofia dari belakang tanpa beri salam. " Ooo,jadi kaulah yang letak kuih aku dalam beg aku sampai besemut!!Kau ni aphal?! Tak ada otak ke?!Tak fikir dulu ke nak letak makanan dekat mana?! " marah Sofia melihat Zul dengan matanya yang tajam membuatkan Zul terkejut kerana gadis yang dia menaruh hati itu berdiri betul-betul dihadapannya. "Err..err...sa..saya...saya.. " gagap Zul. " Apa saya saya?!! Soalan punya senang tak boleh jawab!! Ke kau ni spesis gagap?!" Sentap Zul apabila Sofia mengatakannya seperti itu."Kau siapa nak berkawan dengan aku ? " soal Sofia berlalu pergi meninggalkan Zul membuatkan Zul tergamam dengan apa yang yang telah Sofia lakukan tadi.

     Dari jauh meitis air mata seorang ibu apabila melihat,mendengar dengan mata, telinga sendiri anaknya dihina oleh seorang gadis yang berkedudukan tinggi walhal hakikatnya semua ini sementara dan tidak kekal.Mata Zul berkaca sedikit demi sedikit dan tanpa dia sedari dirinya diperhati oleh Mak Limah dari jauh.

.......................................................................

     "Argh!! Panas!! Apsal cuaca panas sangat ni!" rungut Sofia sambil membelek surat khabar dihadapannya. Pintu bilik dibuka perlahan,air kegemaran Sofia milo ais tabur diletak perlahan. " Fia,macam mana kelas hari ni sayang? Ok? " soal Datin Maimun sambil mengusap rambut anak gadis kesayangannya.Datin Maimun mengiginkan anak gadisnya menjadi seorang wanita yang lembut seperti gadis-gadis yang lain tapi apakan daya minat Sofia lebih kepada  aktiviti lasak kerana dari kecil dia lebih banyak berkawan dengan rakan-rakan lelaki berbanding perempuan. Tarik nafas penat Sofia sambil meletakkan tangan di dagunya. " Erm, oklah not bad..tapi yang tak boleh blah tu ma, ada satu mamat ni dia boleh plak lah kan letak kuih dalam beg fia..Gila tak bengang fia tadi.. besemut ! Tah apa cacat mamat tu letak kuih dalam beg Fia.." rungut Sofia lagi. Terkejut Datin Maimun mendengar keluhan anaknya itu. " Ha ? Letak kuih dalam beg? Gaduh ke ? " soal Datin Maimun lagi inginkan penjelasan. Mulot Sofia mencebik, terasa malas hendak menjawab soalan mamanya kerana dirinya ketika itu terasa amat penat sekali. " Tak lah ma..Fia tak kenal pun mamat tu, tah aphal dia boleh pulak lah kan letak kuih tu,tu pun nasib baik Fia terdengar perbualan dia dengan emak dia kat kolej " jawab Sofia sambil mencapai tuala di besi penyidainya lalu masuk ke tandas untuk membersihkan diri. Terkebil-kebil Datin Maimon dengan penuh tanda tanya dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

Saturday, 11 February 2012

PILIHAN HATIKU BAB 3

           Sudah 3 bulan Zul membantu emaknya dikantin kolej tempat Sofia belajar.Hatinya ingin sekali mengenali gadis yang sentiasa bermain difikirannya.Semakin pendam,semakin membuak-buak perasaan ingin rapat."Nak..kalau suka dekat seseorang gadis,kamu kenalah berani.Jangan takut-takut,kamu tu lelaki,bak kata orang putih..gentleman?Haaa...ni tak,dok perhati jeee...ingat mak tak tahu.."jeling Mak Piah sambil melipat kain.Berkerut dahi Zul mendengar apa yang emaknya sampaikan."Eh mana mak tau ni?"bisik hati Zul."Tapi mak,Zul malu,takut sebab yelah,dia berpelajaran,tapi Zul tak.."..."Zul, kau tu sebenarnya bukan bodoh,tapi pandai,kalau ikutkan kau dah boleh belajar dekat UK tu tapi kita tak mampu nak..kita orang susah."Sedih Zul mendengar apa yang emaknya katakan.Zul seorang pelajar yang bijak tapi disebabkan masalah keluarganya yang susah,dengan arwah ayahnya yang sudah meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun membuatkan hidupnya sebegini.Zul sanggup menggadaikan masa depannya demi adik-adiknya yang sedang bersekolah."Tak pelah mak,lagipun Zul dah besar,boleh kerja,bantu mak kan??Biarlah adik-adik yang sekolah semua.."pujuk Zul sambil membantu emaknya melipat kain.

          Hari itu semangat Zul untuk mengenali Sofia dengan lebih rapat semakin membuak-buak.Dia cuba kumpulkan semangatnya selepas mendengar pesanan emaknya semalam.Kuih karipap dan donut dibawa dengan hati-hati.Dia tahu Sofia suka makan kuih karipap dan donut.Jadi dia memasang plan untuk kenal Sofia dengan lebih rapat dengan menghadiahkan karipap dan donut itu.Kotak kecil dibalut dengan pembalut hadiah,diselitkan dengan riben kecil ditepinya."Minta-mintalah dia suka dengan hadiah kuih aku ni.."senyum Zul agar semuanya berjalan dengan lancar."Assalammualaikum ..Maria?" "Waalaikumsalam,haaaa Zul,amboihhhh kacaknya kau hari ni??Ada date ke??" tanya Maria sambil melihat kotak hadiah ditangan Zul.Senyum Zul lalu kotak ditangannya dihulurkan kepada Maria."Eh apa ni Zul?Untuk aku ke?"terpinga-pinga Maria sambil membelek-belek kotak itu."Hurm comel gak balutan mamat ni buat"bisik hati Maria."Tolong sampaikan untuk kawan awak..Sofia."balas Zul membuatkan Maria terkejut dan tergamam."Ha?? Wowowowo...kau ni...??"usik Maria lagi."Aku nak kenal dia,dengan lebih rapat.Asyik tengok dari jauh je.Akukan malu.."gelak Zul dan Maria.

    ......................................................

       Beg sandang milik Sofia dibukanya.Tiba-tiba matanya terlihat satu benda yang asing baginya."Kotak apa pulak ni?"soal hati Sofia.Balutan kotak itu dibuka perlahan dengan cermat.Suasana di perpustakaan ketika itu sepi kerana maseng-maseng sedang menelaah buku.Dan sudah menjadi satu kewajipan buat semua yang berada di perpustakaan agar senyap dan tidak membuat bising."Ha?!!Karipap?!Donut?!Sapa punya kerja ni?!!Kang bersemut beg aku ni tak ke naya!!Bodoh!!"marah Sofia tanpa dia sedar yang suaranya lantang mengejutkan suasana di perputakaan."Shhhhhhhh!!!!!Nak cakap bodoh kuat-kuat tu sila keluar dari sini ye.Terima Kasih."kata petugas yang berada disitu.

PILIHAN HATIKU BAB 2

         "Weh Fia..apsal ko lambat?" soal Maria rakan Sofia.Kantin di kolej sangat sibuk dengan pelajar-pelajar lain yang sedang membeli makanan."Aku terrrrrlewat sikit bangunlah weh..Pastu boleh pulak ada satu mamat ni dok halang-halang aku kat tengah jalan.Gila apa!"rungut Sofia sambung minum air teh o ais didepannya.Senyum Maria mendengar jawapan dari mulut Sofia."Weh sedap gak an kuih ni.Aku nak beli lagi lah.Ko tunggu aku jap eh"arah Sofia.Pelbagai hidangan kuih di depan mata Sofia membuatkan nafsu Sofia semakin membuak-buak dengan kelazatan kuih muih yang terhidang."Kuih karipap ni bagi seringgit,donut ni bagi seringgit...".Zul menghulur kuih yang dipesan oleh Sofia tadi tanpa dia sedari lelaki yang berada dihadapannya adalah lelaki yang cuba menghalang jalannya tadi semasa ke kelas."Eh kau?!".."Semua dua ringgit kak.."senyum Zul melihat wajah Sofia yang terpinga-pinga penuh dengan tanda tanya sedikit lucu baginya.Sudah lama Zul perhatikan Sofia dari jauh tapi dia takut cuba merapatkan dirinya dengan Sofia yang berpelajaran tinggi di kolej itu sedangkan dia hanya seorang jejaka yang membantu emaknya menjual kuih-muih dan makanan-makanan lain di kantin itu.
           "Ha yang kau ni apsal?Muka macam cacing tergedik-gedik je". "Tak...aku time nak bayar tadi terkejut sebab lelaki yang yang aku cerita dekat kau  tadi rupanya meniaga kuih kat sini?"soal Sofia sambil perhatikan kuih-kuih yang dibelinya tadi.Berkerut Maria dengan apa yang Sofia katakan."Laaa...mamat yang jaga kaunter tu ke..oooo orang panggil dia Zul.Dia tolong mak dia..alahhhh! Mak Cik Piah lahhh!!"balas Maria sambil mencuri satu kuih dari Sofia tanpa malu.Sofia mengangkat kening dengan penuh tanda tanya kerana sebelum ini dia tidak pernah nampak bayang-bayang lelaki itu disitu selama dia belajar di kolej.

................................................................

          Barang-barang dikemas Zul dengan teliti.Tiba-tiba bayangan Sofia berlegar di fikirannya.Suka dia melihat gelagat gadis itu yang agak kelam kabut,kasar tapi dia tahu,gadis itu mempunyai satu hati yang lembut dan penyanyang orangnya."Zul,kau dah siap kemas belom?Kalau dah, jum balik"arah Mak Piah emak Zul sedikit mengejutkan Zul yang asyik leka dengan lamunannya tadi.Zul senyum dan patuh pada arahan emaknya.
          "Kring kring!!!!Kring kring!!!!" jerit nada handphone milik Sofia."Hello!Weh,dah pukul 8.30 malam ni ..jumlah macam biasa jamming!"jerit  Maria dihujung telefon membuatkan Sofia agak bingit sedikit kerana bunyi bising rakan-rakannya bermain muzik di studio."Ko ni an minah,kalau nak call aku tu agak-agaklah an....pergilah cari port yang ok sikit,ni tak!!"rungut Sofia sambil mencapai jaket hitam miliknya."Hahahah!Sory sory weh,aku lupa....hahahha"."Ah kau memang!!Aku ontheway sekarang,tunggu sana,caw!!".
               

Sunday, 8 January 2012

PILIHAN HATIKU BAB 1

PILIHAN HATIKU BAB 1


       "Woi!!Agaklah kan!!Apsal kau nak halang aku ni!Blah r!!"marah Sofia apabila jalannya dihalang oleh Zul yang ketika itu dia kelam kabut untuk ke kolej kerana terlewat bangun dari tidur.Zul yang ketika itu "angau" apabila terpandang Sofia tersedar dari lamunannya lalu berjalan memberi ruang untuk Sofia."Kau kalau nak main cak-cak,main tempat lain boleh tak?!!"marah Sofia lagi dengan kasar.Sifatnya yang kasar seperti lelaki itulah yang memikat hati Zul kerana baginya Sofia lain dari yang lain seperti gadis-gadis yang lain yang asyik "tergedik-gedik".Tetapi dapatkah Zul seorang lelaki biasa yang membantu emaknya menjual kuih dan nasi lemak di kantin kolej, memikat hati gadis yang dari keluarga yang berada.Bagai langit dengan bumi.Jam menunjukkan jam 2 petang.Waktu kelas  subjek Biologi mula jam 1 tengahari,ini bermakna Sofia telah lambat satu jam untuk hadir ke kelas.Pintu diketuk dan Sofia masuk kedalam dewan."Eh eh ?? Awak ni siapa?"soal Encik Yusuf bertanyakan Sofia kerana pelajarnya itu masuk lambat ke kelasnya.Sofia yang ketika itu hendak duduk ke tempatnya terbantut apabila disoal pensyarahnya."Erk,saya ni student Encik Yusuf lah"jawab Sofia lagi.Rakan-rakanya yang lain ada yang ketawakan Sofia."Kejap kejap..Kalau awak ni student saya.. habis tu saya ni siapa?"soal Encik Yusuf lagi membuatkan Sofia pelik kenapa dengan pensyarahnya bertanyakan dengan banyak soalan."Encik Yusuf pensyarah saya lah"balas Sofia lagi sambil membetulkan topinya."Ooo,saya ni pensyarah awak eh?Tapi biasanya pensyarah yang masuk lambat dalam kelas,tapi kali ini awak pula yang masuk lambat dalam kelas,jadi...awaklah pensyarah saya kan?"soal Encik Yusuf lagi ,sambil diketawakan pelajar-pelajar lain apabila mendengar pensyarah mereka berkata sebegitu."So,memandangkan awak dah masuk ni,saya nak awak ajar mereka semua apa yang saya tengah ajar ni,saya nak keluar dulu"balas Encik Yusuf lagi sambil mengambil handphone nya dan berlalu keluar.Terpinga-pinga Sofia dengan kelakuan pensyarahnya itu."Hoi hoi!! Aphal korang nak gelak-gelak kan aku ni ha!!Aku hempok dengan helmet aku ni kang!!"geram Sofia apabila diketawakan rakan-rakan sekelasnya.Sepuluh minit kemudian, Encik Yusuf masuk kembali ke dalam kelas."Ha,awak dah ajar diorang?"soal Encik Yusuf sambil memegang nota ditangannya untuk sambung mengajar.Sofia yang malas hendak membalas soalan pensyarahnya itu, hanya menjeling.

Friday, 6 January 2012

CINTA SEJATI BAB 24

BAB 24

     Akhirnya Asyraf dan Nora telah disatukan sebagai pasangan suami isteri.Julia telah diceraikan oleh Haikal dan dia dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana cubaan membunuh.Mak Milah tetap terus membesarkan anak-anaknya dan redha setelah anak sulungnya pergi mengahadap-NYA.Intan pula sudah pun bergelar sebagai tunangan orang dan akan bergelar isteri kepada usahawan yang berjaya.Datuk Jafar dan Datin Khadijah sibuk bermain dengan cucu mereka hasil cinta dari Suraya dan Haikal.Dan Haikal pula harus meneruskan hidup demi anaknya yang tercinta.Suraya sentiasa dihatinya dan menjadi cintanya hingga ke syurga.

CINTA SEJATI BAB 23

BAB 23


     "Assalammualaikum ,abang.Su minta maaf jika surat ini membuatkan abang tertanya-tanya.Su rasa,Su seperti tidak akan lama didunia ini.Tahlah...Abang,Su bahagia dengan abang,Su cintakan abang sangat tau..!Abang tak ada salah dengan Su,abang jangan risau tau..Su nak minta abang maafkan segala salah yang Su dah buat dekat abang,halalkan makan minum Su,...Su minta maaf jika Su tak jalankan tugas Su sebagai seorang isteri dengan baik.Abang,Su nak ucapkan terima kasih sebab sudi beri peluang untuk Su rasa kasih sayang dari abang,sedikit cinta dari abang.Anak dalam perut ni pun tak sabar-sabar nak keluar tau..asyik main tendang-tendang je.Lasak macam abang..noty!Erm...abang,lepasni andai Su tak ada disisi abang lagi,abang janji dengan Su ye?Yang abang akan jaga anak kita baik-baik dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.Boleh ye abang?Setiap malam Su tengok abang tidur nyenyak je tau..comel!macam hamster!hihi...Lepasni kalau abang rindukan Su,abang nyanyilah lagu favourite abang tu dekat anak kita.Pujaan Hati?Abang suka nyanyi lagu tu kan masa Su merajuk.Pandai abang pujuk Su,bahagia sangat ..!Abang...Su sayangkan abang..Su cintakan abang...Cinta Su pada abang tak pernah kurang...Kalau Su dah tak de nanti,lepastu abang macam sunyi je....abang kahwen lah baru...tapi jangan bagitahu Su tau!Nanti Su cemburu...!kikikiki... Abang...Jaga diri baik-baik...Solat jangan lupa tau!Jangan lupa datang melawat Su kat sini ye...Su cintakan abang...hingga ke syurga....."

      Surat itu dilipat kemas Haikal lalu diletakkan semula ke dalam kotak kecil.Surat itu dia jumpa dibawah bantal semasa sedang baring dibiliknya.Gambar kenangan antara dia dan Suraya dilihat lama.Rindunya pada wanita itu hanya tuhan sahaja yang tahu."Papa!!Papa!!"jerit Danish dari dalam pelukan neneknya Datin Khadijah yang asyik bermain dengan cucunya dibawah."Ye sayang anak papa kenapa ni..rindu papa ye.."kata Haikal sambil mendukung anak lelakinya itu hasil cinta dia dan Suraya.Sayangnya pada anaknya itu ,begitulah sayangnya dia semasa arwah Suraya di muka bumi.Kini semuanya sudah berlalu.Dia harus pandang kedepan untuk membesarkan anaknya setelah dia berjanji dengan arwah isterinya.Kini,Danishlah cinta,sayang,penghibur Haikal...tiada lain...itulah cinta dia sekarang..-TAMAT-

Thursday, 5 January 2012

CINTA SEJATI BAB 22

BAB 22


        Lama Suraya dan Asyraf di dalam bilik pembedahan.Haikal,ahli keluarga dan rakan yang lain menunggu diluar dengan sabar."Ya Allah,selamatkanlah mereka..."doa Haikal didalam hati dengan penuh harapan.Pintu bilik pembedahan dibuka.Haikal pantas mendapatkan doktor untuk mendapatkan jawapan."Doktor,macammana keadaan mereka doktor?"soal Haikal cemas.Doktor menyuruh Haikal dan lain-lain supaya bawa bertenang."Pesakit yang bernama Asyraf berjaya kami selamatkan serta kandungan Puan Suraya tapi...."Haikal menyoal doktor lagi tanda tidak puas hati bagaimana keadaan isterinya didalam."Maaf,kami dah cuba sedaya upaya selamatkan Puan Suraya,tapi... Allah lebih menyayanginya"jatuh lemah Haikal mendengar apa yang doktor cuba sampaikan.Seperti tidak percaya apa yang cuba doktor sampaikan tapi itulah hakikatnya."Puan Suraya mengalami pendarahan yang teruk di otak.Kerana otak adalah "ibu" segala anggota.Kuasa tuhan,anak didalam kandungannya selamat dengan sihat"sambung doktor lagi."Tak!!Tak!!Doktor,isteri saya selamatkan??Isteri saya selamatkan?"soal Haikal lagi sambil ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.Doktor hanya menggelengkan kepala dan minta Haikal serta yang lain banyakkan bawa bersabar."Su...kenapa Su..."menangis Haikal lalu pergi mendapatkan isterinya.

...................................................................................................
   
      Kini tiada lagi suara yang akan mengejutkan dia bangun pagi,tiada lagi suara yang akan mengusiknya setiap malam,tiada lagi yang akan bernyanyi lagu bersama semasa berjalan-jalan di taman,tiada lagi peneman berbual,tiada lagi panggilan "sayang,abang" untuk dirinya,tiada lagi untuk segala-galanya.Tubuh terbaring kaku dikatil kini tiada lagi yang akan senyum untuknya,tiada lagi yang akan ketawa untuknya,tiada lagi yang akan berbisik ditelinga setiap malam.Semuanya akan hilang.Menggigil Haikal melihat tubuh isterinya terbaring di katil.Haikal mencium dahi Suraya lembut."Sayang....kenapa sayang buat abang macamni sayang..Sayang dah janjikan yang sayang akan besarkan anak kita sama-sama?Sayang..bangun sayang..abang tahu,sayang tak boleh tinggalkan abang..Nanti siapa nak masakkan untuk abang,siapa nak kejut abang bangun pagi,siapa nak nyanyikan untuk abang lagi?Sayang bangun sayang...."rayu Haikal mengejutkan supaya Suraya bangun.."Haa..abang tahu kenapa sayang tak nak bangun..sayang merajuk dengan abang kan??Abang tahu macammana nak pujuk sayang..."kata Haikal menangis sambil memandang wajah pucat Suraya.

  pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

 pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan


       Keadaan diri Suraya tetap sama.Haikal seperti tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya kini sudah tiada lagi didunia."Sayang merajuk lamanya?Abang sambung nyanyi lagi tau...mesti sayang tak jadi merajuk..Jangan merajuk lama-lama ,nanti abang rindu..."kata Haikal lagi lalu sambung menyanyi lagu Pujaan Hati dari Kangen Band,lagu cinta mereka.


mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku


cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku



     
Lemah Haikal sambil baring disisi isteri tercintanya."Sayang....abang cintakan sayang,jangan tinggalkan abang sayang..Abang sunyi kalau tak ada sayang...Abang rasa bahagia sangat bila dapat bersama dengan sayang....Sayang bangun sayang....Nanti anak kita,kita sama-sama besarkan,bawa pergi sekolah,pergi taman permainan......"Haikal melayan perasaan sedihnya didalam bilik bersama jasad isterinya.Ahli keluarga yang lain bersedih setelah apa yang menimpa ke atas keluarga mereka.Kini cintanya sudah tiada,rindunya sudah tiada,sayangnya sudah tiada.Terasa kosong dunia ini."Sayang!!!!!!"jerit Haikal sambil memeluk tubuh isterinya.