Thursday, 7 February 2013

PILIHAN HATIKU BAB 7

     Meliar mata Sofia mencari-cari kelibat Zul. Tiba-tiba dia merasa pelik kerana sejak kebelakangan ni dia sudah lama tak nampak kelibat Zul di kantin. Sebenarnya Zul selalu menghantar bungkusan kuih kepada Sofia tapi melalui orang tengah disertakan dengan nota-nota kecil yang memberi kata-kata nasihat. Pada mulanya Sofia agak rimas dengan perlakuan lelaki itu tapi lama-kelamaan, hatinya terpikat dengan tindakan Zul terhadapnya cuma perasaan ego sahaja yang menguasai diri Sofia membuatkan dia malas hendak melayan sangat karenah Zul yang cuba mahu berkawan rapat dengannya. "eh yang kau ni dok terjenguk-jenguk apasal? cari siapa?" soal Maria yang tiba-tiba datang dari belakang mengejutkan Sofia. "hish kau ni! kalau ye pon bagilah salam dulu ni tak! main sergah je." tak de..ni ha aku tengah cari Mak Piah ni ha sebab nak buat tempahan kuih" jawab Sofia yang dia sendiri pon pelik, bila masa dia nak buat tempahan kuih. Beg sandang milik Maria diletakknya di kerusi sebelah supaya tidak mengganggu dia duduk. "iyeeeeeelettew! keee cari Zul?? " sindir Maria sambil ketawa sinis. Sentap Sofia bila Maria berkata begitu seperti tahu apa yang dia cari. "ahhh kau ni. mulut tu kalau tak membebel, menyakitkan hati orang tak sah!" balas Sofia sambil menjeling tajam ke arah Maria.


......................................................................................................


     "kalau awak pakai baju kurung mesti nampak cantik,ayu macam aishwarya rai" tersenyum Sofia membaca nota kecil yang ditinggalkan Zul untuknya. Setiap kali Zul cuba menghantar bungkusan kuih, pasti ada nota-nota ayat yang ditinggalkannnya. "eleh, aku pakai t-shirt ni tak ayu, tak cantik ke ?cantek hokeh, macam ala-ala angelina jolie hape" bisik hati Sofia.


     Pintu bilik Sofia diketuk perlahan mengejutkan Sofia dengan kehadiran Datin Maimun dengan lantas dia cepat-cepat sembunyikan nota kecil dibawah bantalnya. Secawan milo panas diletakkan di atas meja solek milik Sofea dengan kemas. "haaa anak mama ni tersengih-sengih je ni ada apa-apa ke ni sayang?" soal Datin Maimun sambil membelai setiap helaian rambut paras bahu Sofia. Sengih Sofia sambil menggelengkan kepala melihat Datin Maimun berkata begitu. "tak ada apalah ma..ni ha fia cuma stress je sebab dah nak final, ermm" lantas Sofia mengemaskan kedudukannya untuk baring di kaki peha Datin Maimun. "yeke ni, aloooo ciannnn anak mama ni.tak pe, mama tau anak mama boleh buat punya. yang penting usaha ye! jangan lupa doa juga tau agar dimudahkan segala urusan." kata Datin Maimun lagi tetapi sebenarnya ingatan Sofia ketika itu terhadap Zul. "haishhhh manalah mamat kuih ni, lama betul tak nampak" bisik hati kecil Sofia tanpa dia sedari Datin Maimun melihat dia tersengih-sengih seperti kerang busuk. "haaa tengok tu! mama pesan siket dah terbang ke London!" cubit Datin Maimon membuatkan Sofia terasa pedih di peha kakinya. " aduhhh! maaaa! sakitlah...mmmmmmm" sambil membuat muka merajuk.


     

     

No comments:

Post a Comment