Friday 1 February 2013

PILIHAN HATIKU BAB 5

     Suasana pada malam itu dingin saja. Sepoi-sepoi angin memukul anak-anak kecik rambut Zul. Anak tangannya masik leka sibuk melipat kain. Kasihan dia melihat emaknya yang bekerja dari pagi kemudian sambung pula kerja menguruskan rumah pula. Jadi dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapatlah dia mengurangkan beban emak kesayangannya.


   "Apa yang kau dok piker tu Zul..jauh je mak tengok" soal Mak Limah sambil melipat kain batik ditangannya supaya tampak rapi dan kemas. Terukir senyuman kecil di bibir Zul sambil menggelengkan kepala. "Mak, kalau kita orang senang mesti Zul dapat sambung belajar kan mak?" kata Zul. Mak Limah menarik nafas panjang dan tertunduk melihat lantai-lantai usang rumahya. Kadang dia juga berasa sedih kerana tidak mampu beri apa yang anak-anaknya pinta seperti keluarga yang lain. Tapi andai itu takdir hidupnya dia harus redha dan percaya rezeki ada dimana-mana dan sentiasalah bersyukur. Selesai sudah melipat kain dan letak ditempat asal, Zul menyandarkan badannya di satu sudut sambil tangannya sibuk bermain dengan sepatang pensil. "Tapi Zul bersyukur walaupun keluarga kita dalam keadaan sederhana tapi Zul gembira sebab mempunyai emak yang jiwanya sangat kental menjaga kami semua dengan penuh kasih sayang " balas Zul sambil memandang anak mata emaknya. Senyum Mak Limah tapi dia tahu anaknya hanya mahu menjaga hatinya saja tapi dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak banyak karenah.


     .................................................................................................................................................


     "Baik semua, saya harap dalam exam nanti awak semua dapat buat yang terbaik. Jika ada masalah boleh datang jumpa saya di bilik saya" lantang suara Pensyarah di dalam dewan. Kertas-kertas dan alat tulis disimpan dan dikemas rapi. Mata Sofia digaru perlahan tiba-tiba terasa gatal." weh jom teman aku pergi makan.Aku laparlah, dari tadi tak makan" ajak Maria sambil memandang muka Sofia yang bersih itu. Geram hatinya melihat muka bersih Sofia membuatkan hatinya sedikit cemburu. 


     Penuh kantin dengan pelajar-pelajar kolej. Panas terik membuatkan Sofia berasa tidak selesa. Baju T-Shirtnya dikibas-kibas. Maria sudah pergi membeli makanan, hanya Sofia sahaja yang masih duduk di meja. "Ha kau ni, tak nak makan apa-apa ke? Takkan tengok je?" soal Mariah sambil menjamah laksa dihadapannya. Terliur anak tekak Sofia melihat seleranya Maria makan. Lantas Sofia bangun pergi mencari makanan untuk diisi perutnya yang sudah mula berbunyi. 


     Terlalu banyak makanan yang ada di kantin hinggakan Sofia tidak tahu mahu membeli apa. Kalai diikotkan mahu sahaja dia membeli semua tapi tidak mungkin. Perotnya kecil tidak mampu menampung makanan sebanyak itu. Mau  termuntah jawabnya nanti. "Ye kak.. nak kuih apa. pilih-pilih.." terkejut Sofia tiba-tiba satu suara bersuara dihadapannya. "Sejak bila pulak mamat ni ada dekat sini? tadi bukan tak ada orang ke " bisik hati kecik Sofia. Sofia cuba senyum sinis sedikit sambil matanya memandang kuih-kuih yang ada didepan matanya. 


    "Saya nak ni.." tunjuk Sofia sambil dilihat Zul akan keletah dirinya yang agak kasar. Tapi itulah yang memikat hati Zul. Dengan baik hatinya Zul menambah 2 biji kuih karipap dan donut untuk Sofia. "eh aku tak mintak banyak pon lah, yang kau masuk banyak-banyak ni pahal!?" soal Sofia sambil mengerut dahi. "Takpe, yang ni saya belanja, makan banyak siket, kasi berisi badan tu, takdelah keding je, kang tak laku" jawab Zul sambil ketawa kecil. Rasa bahang tiba-tiba naik dalam kepala Sofia. Mulotnya terkumat-kamit menahan geram. Nak diajak gaduh tak boleh sebab tempat makan. "Hello sedara, sukati makbapakjiran akulah nak makan banyak mana, nak keding ke apa! kau susah pahal!" tapi dalam hati Sofia suka sebab dapat makanan free. Dah orang bagi, ambil sajalah, rezeki.



No comments:

Post a Comment