Monday 4 February 2013

PILIHAN HATIKU BAB 6

     Terkelip-kelip mata Maria melihat muka Sofia sambil mulutnya mengunyah makanan. "weh, si mamat yang jaga kuih tu handsome juga kan? tinggi, warna kulit pon tak adalah jambu sangat kira sedap-sedaplah,lepastu mata dia,pergh!! cair siot!!" jeling Sofia bila Maria berkata sebegitu sambil mengalihkan pandangan ke arah Zul yang sibuk melayan pelanggan dari kolej itu. "ha!!! muka dia ada iras-iras macam Farid Kamil!! baru aku perasan! hahahah!" Semakin membulat besar mata Sofia apabila kawannya memuji-muji lelaki yang dia sendiri pun tidak kenal mana. "eh eh yang kau lebih-lebih puji dia apsal? kalau dah gatal sangat pergilah jual nombor phone kau tu dekat dia" tersedak Maria yang sedang minum air mendengar Sofia berkata begitu padanya. Tersenyum Maria sambil memandang muka Sofia yang berada dihadapannya dan Zul dari jauh. " eh, yang kau ni apsal tiba-tiba macam nak marah? eh! tapikan aku tengok dia tu macam syok kat kau je tau" kata Maria lagi membuatkan Sofia semakin rimas mendengar kawannya itu bercakap sebegitu. "ehhhhh!tooolooonggglahhh! laki macamtu? hello, sekasar-kasar aku, aku pun ada taste lah bhai..hahahha" jawab angkuh Sofia sambil senyum sinis. "ye lettew. mula-mula tak suka, nanti dah lama-lama suka. manalah taukan..." Topi keledar milik Sofia dicapainya lalu pergi meninggalkan kawannya kerana malas hendak melayan karenah kawannya yang pandai-pandai cakap dia sesuai dengan lelaki bernama Zulkarnain Bin Mukhriz, itulah nama sebenarnya.


     "Betol ni kak, saya memang betol-betol ikhlas nak bantu keluarga akak" termenung Mak Piah apabila Datin Kamariah sudi membantu membelanjakan wang untuk anaknya Zul supaya sambung belajar di  Universiti supaya masa depannya tidak tergantung begitu sahaja. "saya bukan tak sudi Datin, tapi terlalu berat untuk saya terima. Yelah, kami ni bukan dari keluarga senang, saya takut saya tak termampu nak bayar balik dan balas budi Datin tu" keluh Mak Piah sambil memandang sayu ke wajah Datin Kamariah. "kak.. saya tahu anak akak Zul tu mampu berjaya.Akak tak nak tengok ke anak akak berjaya macam anak orang lain? Dan bab wang belanja semua tu akak jangan risau. Saya sendiri yang akan tanggung semuanya sampai habis. Lagipun saya dah anggap Zul tu macam anak saya sendiri. Saya ikhlas ni kak." rayu Datin Kamariah lagi yang sudah mengangap Zul seperti anaknya sendiri. Sesungguhnya dia mempunyai anak tapi jauh di perantauan membuatkan dia rindukan kasih seorang anak. "nantilah Datin, saya akan berbincang dulu dengan dia.." sayu mata seorang ibu memikirkan masa depan anaknya. Ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak-anaknya berjaya.


     Air kopi panas dituang cermat. Kepingan biskut kering diletak dalam piring. Difikirannya masih lagi memikirkan tawaran yang dibuat oleh Datin Kamariah. Buntu samaada perlu terima atau tidak. Ikotkan hati mahu terima tapi takut menyusahkan pihak satu lagi. Yelah, bukannya sikit duit yang akan diguna, tapi banyak. Dengan duit yuran kelas, belanja, buku semuanya banyak yang perlu difikir. "macamana Zul? dah fikir masak-masak?" soal Mak Piah mengejutkan lamunan Zul tiba-tiba."saya bukan apa mak, saya cuma takut membebankan Datin Kamariah je " Datin Kamariah adalah pelanggan setia lama Mak Piah. Dia selalu order kuih-muih, dan makanan bergoreng dari Mak Piah kerana lidahnya kena dengan masakan Mak Piah yang sangat sedap dan itu menjadikan hubungan mereka semakin rapat. Termenung Zul di luar jendela sambil menghirup kopi panas ditangannya.


   

No comments:

Post a Comment