Thursday 7 February 2013

PILIHAN HATIKU BAB 8

     Tarik nafas lega Sofia. Lapang fikirannya kerana final exam semua subjek sudah berkakhir akhirnya. Terasa lapang je dunia ni bagi Sofia. Yelah, kalau tidak kepala otaknya serabut dengan subjek yang diulangkajinya setiap malam. "Sofia!!!" jerit Maria dari jauh ditemani teman lelakinya Afiq. "weh!!!!! akhirnya merdeka juga kita kan! yeayy!" gembira Maria sambil tersenyum lebar. Tergelak Afiq melihat gelagat teman wanitanya yang seperti keanak-anakan. "gila tak merdeka weh, hahah aku lagilah tak sabar nak bercuti!!!!"
Besar biji mata Maria penuh tanda tanya. "eh kau nak pergi mana? tak ajak aku pon kan! sampai hati kau" merajuk Maria mendengar kawan rapatnya tidak mengajaknya sekali bercuti. "eh kau ni aphal, bercuti yang aku maksudkan tu rehatlah,kosongkan kepala otak ni.penat lah belajar." balas Sofia sambil memeluk kemas helmet miliknya. "oo yeke, ingat kan bercuti. kalau betul bercuti jangan lupa ajak aku tau! wajib!" kata Maria lagi sambil Afiq membuat isyarat untuk beredar cepat kerana ada hal perlu diuruskan. Maria yang faham dengan isyarat Afiq, meninggalkan Sofia dengan peluk cium di pipi membuatkan Sofia rimas dan geli dengan tindakan kawan rapatnya itu.


     Pipi Sofia dilapnya dengan tisu. Tidak selesa dengan tindakan kawannya itu. "habis berbau!" rungut Sofia sambil meninggalkan kolejnya itu. Cuaca semakin gelap, membuatkan Sofia mengambil keputusan untuk berhenti di R&R Putrajaya. ''nak hujan lebat gila ni.lepak lah dulu" bisik hati kecil Sofia sambil mencari tempat duduk. "kak, ambil order kak" soal pekerja disitu mengejutkan Sofia. Matanya melihat kedai-kedai yang ada disitu. "ermm, bagi air milo ais jelah dik" jawab Sofia sambil senyum sedikit. " aduhhh,lebat pulak hujan ni, aku dahlah ada jamming,sepoil betul lah" rungut Sofia lalu pandangannya terlihat satu pasangan dihadapanya. "haaa kan cantik kalau Ayu pakai baju kurung ni, ayu je. dahlah nama Ayu, pakai baju kurung lagilah bertambah ayu tau". Lantas Sofia teringatkan Zul yang pernah memintanya memakai baju kurung dan perangai diubah menjadi lembut dan sopan penuh dengan ciri-ciri keperempuanan. "kak, air". Terkejut Sofia dari lamunanya lalu diangguknya tanda terima kasih. "ahhh,keperempuananlah sangat.Dah aku selesa macamni nak buat macamna. Dia tu siapa nak suruh aku itu ini bagai, piirahh" ngomel Sofia sorang-sorang sambil menunggu hujan berhenti.


.................................................................................................................


     Suasana bilik jamming bising dengan pekikan muzik yang kuat. Layan Sofia bermain drum sambil diiringi rakan-rakannya yang lain. "ok kita berhenti rehat dulu, lepastu sambung ok?" kata Khair selaku vokalis kepada rakan-rakannya. Botol air berwarna biru dicapai Sofia. "eh minah, kau dah habis exam kan? apa plan kau?" Kain kecil diambilnya dan dilapkan didahi dan dilehernya. "kau tanya aku? hurm, tunggu result lah apa lagi" jawab Sofia dengan dahi berkerut. "heysshh kau ni. maksud aku, dah habis semualah. result dah tau, konvo bagai, apa plan kau lepastu? tu maksud aku, kau ni pon minaci" hidung Sofia dikembangkan tanda Khair yang banyak songeh membuatkan Khair ketawa. "dah kenapa? kau nak masuk minang aku ke bhai?hahahahh!" balas Sofia sambil ketawa sambil kawan-kawannya yang lain turut ketawa tapi ada yang berkerut dahi dengan kata-kata Sofia. Ketawa sinis Khair mendengar jawapan dan persoalan dari kawannya itu. " phuii! hahahhaha tolong siket! aku kalau nak cari teman tapi mesra bolehlah jenis macam kau ni. tapi kalau dari segi nak cari isteri mestilah cari yang berjenis kot. takkan nak cari spesis macam kau ni. silap-silap haribulan aku kena tidur luar lepastu asyik berlawan WWE je.sah sah aku kalah! hahahahah!!" gelak besar Khair sambil diikuti kawan-kawan yang lain. 


     Panas hati Sofia mendengar kata-kata Khair membuatkan Khair yang berada di depan matanya kecil besar sahaja. Lalu dicapainya kayu drum lantas diketuknya di kaki Khair membuatkan Khair menjerit sakit. Bag dan topi keledar miliknya dicapai lalu meninggalkan rakan-rakannya tanda protes. "haa sudah! Khair, apa kau dah buat ni, habis merajuk fia. siapa nak main drum ni weh" rungut kawannya yang cuba menyalahkan Khair kerana membuat Sofia pergi meninggalkan mereka. "aduhh! sakit gila bhai minah uh ketuk kaki aku! mana aku tau spesis tu pun ada perasaan "stlobely" bhai.."jawab Khair sambil mengurut kakinya yang diketuk Sofia dengan kuat.





No comments:

Post a Comment