Wednesday 20 June 2012

PILIHAN HATIKU BAB 4

     Beg yang berat digalasnya cermat sambil berjalan menuju ke tandas.Tiba-tiba langkah Sofia terhenti dan cuba memasang telinga mendengar apa yang dibualkan oleh Zul dan emaknya di bilik stor kolej itu. 
" Ha..macam mana respon dia nak? Dia terima tak? " soal Mak Piah sambil melipat plastik-plastik dengan kemas agar boleh diguna lagi. Tersenyum Zul apabila mendengar pertanyaan emaknya itu. " Dah mak,tapi Zul tak adalah bagi depan-depan dekat dia,malu lah Zul,tapi Zul minta tolong dekat kawan baik Sofia si Maria tu.Senang sikit " gelak Zul memikirkan sama ada Sofia menerima pemberiannya yang tidak seberapa atau tidak. Sofia terkejut dengan apa yang telah dia dengar sebentar tadi dan niatnya hendak ke tandas terbantut disitu. 

     Mak Limah tinggalkan Zul keseorangan disitu, ini membuka peluang kepada Sofia untuk bertentang mata dengan Zul.Zul yang sedang leka mengemas sampah-sampah di bilik stor tiba-tiba dikejutkan dengan sapaan Sofia dari belakang tanpa beri salam. " Ooo,jadi kaulah yang letak kuih aku dalam beg aku sampai besemut!!Kau ni aphal?! Tak ada otak ke?!Tak fikir dulu ke nak letak makanan dekat mana?! " marah Sofia melihat Zul dengan matanya yang tajam membuatkan Zul terkejut kerana gadis yang dia menaruh hati itu berdiri betul-betul dihadapannya. "Err..err...sa..saya...saya.. " gagap Zul. " Apa saya saya?!! Soalan punya senang tak boleh jawab!! Ke kau ni spesis gagap?!" Sentap Zul apabila Sofia mengatakannya seperti itu."Kau siapa nak berkawan dengan aku ? " soal Sofia berlalu pergi meninggalkan Zul membuatkan Zul tergamam dengan apa yang yang telah Sofia lakukan tadi.

     Dari jauh meitis air mata seorang ibu apabila melihat,mendengar dengan mata, telinga sendiri anaknya dihina oleh seorang gadis yang berkedudukan tinggi walhal hakikatnya semua ini sementara dan tidak kekal.Mata Zul berkaca sedikit demi sedikit dan tanpa dia sedari dirinya diperhati oleh Mak Limah dari jauh.

.......................................................................

     "Argh!! Panas!! Apsal cuaca panas sangat ni!" rungut Sofia sambil membelek surat khabar dihadapannya. Pintu bilik dibuka perlahan,air kegemaran Sofia milo ais tabur diletak perlahan. " Fia,macam mana kelas hari ni sayang? Ok? " soal Datin Maimun sambil mengusap rambut anak gadis kesayangannya.Datin Maimun mengiginkan anak gadisnya menjadi seorang wanita yang lembut seperti gadis-gadis yang lain tapi apakan daya minat Sofia lebih kepada  aktiviti lasak kerana dari kecil dia lebih banyak berkawan dengan rakan-rakan lelaki berbanding perempuan. Tarik nafas penat Sofia sambil meletakkan tangan di dagunya. " Erm, oklah not bad..tapi yang tak boleh blah tu ma, ada satu mamat ni dia boleh plak lah kan letak kuih dalam beg fia..Gila tak bengang fia tadi.. besemut ! Tah apa cacat mamat tu letak kuih dalam beg Fia.." rungut Sofia lagi. Terkejut Datin Maimun mendengar keluhan anaknya itu. " Ha ? Letak kuih dalam beg? Gaduh ke ? " soal Datin Maimun lagi inginkan penjelasan. Mulot Sofia mencebik, terasa malas hendak menjawab soalan mamanya kerana dirinya ketika itu terasa amat penat sekali. " Tak lah ma..Fia tak kenal pun mamat tu, tah aphal dia boleh pulak lah kan letak kuih tu,tu pun nasib baik Fia terdengar perbualan dia dengan emak dia kat kolej " jawab Sofia sambil mencapai tuala di besi penyidainya lalu masuk ke tandas untuk membersihkan diri. Terkebil-kebil Datin Maimon dengan penuh tanda tanya dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

1 comment:

  1. sombonglah itu perempuan.tapi salah cara zul tu,heh,lainkali bagi coklat ke.barulah perempuan tu cair.btw,nice.keep writing.:)

    ReplyDelete