Saturday 11 February 2012

PILIHAN HATIKU BAB 3

           Sudah 3 bulan Zul membantu emaknya dikantin kolej tempat Sofia belajar.Hatinya ingin sekali mengenali gadis yang sentiasa bermain difikirannya.Semakin pendam,semakin membuak-buak perasaan ingin rapat."Nak..kalau suka dekat seseorang gadis,kamu kenalah berani.Jangan takut-takut,kamu tu lelaki,bak kata orang putih..gentleman?Haaa...ni tak,dok perhati jeee...ingat mak tak tahu.."jeling Mak Piah sambil melipat kain.Berkerut dahi Zul mendengar apa yang emaknya sampaikan."Eh mana mak tau ni?"bisik hati Zul."Tapi mak,Zul malu,takut sebab yelah,dia berpelajaran,tapi Zul tak.."..."Zul, kau tu sebenarnya bukan bodoh,tapi pandai,kalau ikutkan kau dah boleh belajar dekat UK tu tapi kita tak mampu nak..kita orang susah."Sedih Zul mendengar apa yang emaknya katakan.Zul seorang pelajar yang bijak tapi disebabkan masalah keluarganya yang susah,dengan arwah ayahnya yang sudah meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun membuatkan hidupnya sebegini.Zul sanggup menggadaikan masa depannya demi adik-adiknya yang sedang bersekolah."Tak pelah mak,lagipun Zul dah besar,boleh kerja,bantu mak kan??Biarlah adik-adik yang sekolah semua.."pujuk Zul sambil membantu emaknya melipat kain.

          Hari itu semangat Zul untuk mengenali Sofia dengan lebih rapat semakin membuak-buak.Dia cuba kumpulkan semangatnya selepas mendengar pesanan emaknya semalam.Kuih karipap dan donut dibawa dengan hati-hati.Dia tahu Sofia suka makan kuih karipap dan donut.Jadi dia memasang plan untuk kenal Sofia dengan lebih rapat dengan menghadiahkan karipap dan donut itu.Kotak kecil dibalut dengan pembalut hadiah,diselitkan dengan riben kecil ditepinya."Minta-mintalah dia suka dengan hadiah kuih aku ni.."senyum Zul agar semuanya berjalan dengan lancar."Assalammualaikum ..Maria?" "Waalaikumsalam,haaaa Zul,amboihhhh kacaknya kau hari ni??Ada date ke??" tanya Maria sambil melihat kotak hadiah ditangan Zul.Senyum Zul lalu kotak ditangannya dihulurkan kepada Maria."Eh apa ni Zul?Untuk aku ke?"terpinga-pinga Maria sambil membelek-belek kotak itu."Hurm comel gak balutan mamat ni buat"bisik hati Maria."Tolong sampaikan untuk kawan awak..Sofia."balas Zul membuatkan Maria terkejut dan tergamam."Ha?? Wowowowo...kau ni...??"usik Maria lagi."Aku nak kenal dia,dengan lebih rapat.Asyik tengok dari jauh je.Akukan malu.."gelak Zul dan Maria.

    ......................................................

       Beg sandang milik Sofia dibukanya.Tiba-tiba matanya terlihat satu benda yang asing baginya."Kotak apa pulak ni?"soal hati Sofia.Balutan kotak itu dibuka perlahan dengan cermat.Suasana di perpustakaan ketika itu sepi kerana maseng-maseng sedang menelaah buku.Dan sudah menjadi satu kewajipan buat semua yang berada di perpustakaan agar senyap dan tidak membuat bising."Ha?!!Karipap?!Donut?!Sapa punya kerja ni?!!Kang bersemut beg aku ni tak ke naya!!Bodoh!!"marah Sofia tanpa dia sedar yang suaranya lantang mengejutkan suasana di perputakaan."Shhhhhhhh!!!!!Nak cakap bodoh kuat-kuat tu sila keluar dari sini ye.Terima Kasih."kata petugas yang berada disitu.

PILIHAN HATIKU BAB 2

         "Weh Fia..apsal ko lambat?" soal Maria rakan Sofia.Kantin di kolej sangat sibuk dengan pelajar-pelajar lain yang sedang membeli makanan."Aku terrrrrlewat sikit bangunlah weh..Pastu boleh pulak ada satu mamat ni dok halang-halang aku kat tengah jalan.Gila apa!"rungut Sofia sambung minum air teh o ais didepannya.Senyum Maria mendengar jawapan dari mulut Sofia."Weh sedap gak an kuih ni.Aku nak beli lagi lah.Ko tunggu aku jap eh"arah Sofia.Pelbagai hidangan kuih di depan mata Sofia membuatkan nafsu Sofia semakin membuak-buak dengan kelazatan kuih muih yang terhidang."Kuih karipap ni bagi seringgit,donut ni bagi seringgit...".Zul menghulur kuih yang dipesan oleh Sofia tadi tanpa dia sedari lelaki yang berada dihadapannya adalah lelaki yang cuba menghalang jalannya tadi semasa ke kelas."Eh kau?!".."Semua dua ringgit kak.."senyum Zul melihat wajah Sofia yang terpinga-pinga penuh dengan tanda tanya sedikit lucu baginya.Sudah lama Zul perhatikan Sofia dari jauh tapi dia takut cuba merapatkan dirinya dengan Sofia yang berpelajaran tinggi di kolej itu sedangkan dia hanya seorang jejaka yang membantu emaknya menjual kuih-muih dan makanan-makanan lain di kantin itu.
           "Ha yang kau ni apsal?Muka macam cacing tergedik-gedik je". "Tak...aku time nak bayar tadi terkejut sebab lelaki yang yang aku cerita dekat kau  tadi rupanya meniaga kuih kat sini?"soal Sofia sambil perhatikan kuih-kuih yang dibelinya tadi.Berkerut Maria dengan apa yang Sofia katakan."Laaa...mamat yang jaga kaunter tu ke..oooo orang panggil dia Zul.Dia tolong mak dia..alahhhh! Mak Cik Piah lahhh!!"balas Maria sambil mencuri satu kuih dari Sofia tanpa malu.Sofia mengangkat kening dengan penuh tanda tanya kerana sebelum ini dia tidak pernah nampak bayang-bayang lelaki itu disitu selama dia belajar di kolej.

................................................................

          Barang-barang dikemas Zul dengan teliti.Tiba-tiba bayangan Sofia berlegar di fikirannya.Suka dia melihat gelagat gadis itu yang agak kelam kabut,kasar tapi dia tahu,gadis itu mempunyai satu hati yang lembut dan penyanyang orangnya."Zul,kau dah siap kemas belom?Kalau dah, jum balik"arah Mak Piah emak Zul sedikit mengejutkan Zul yang asyik leka dengan lamunannya tadi.Zul senyum dan patuh pada arahan emaknya.
          "Kring kring!!!!Kring kring!!!!" jerit nada handphone milik Sofia."Hello!Weh,dah pukul 8.30 malam ni ..jumlah macam biasa jamming!"jerit  Maria dihujung telefon membuatkan Sofia agak bingit sedikit kerana bunyi bising rakan-rakannya bermain muzik di studio."Ko ni an minah,kalau nak call aku tu agak-agaklah an....pergilah cari port yang ok sikit,ni tak!!"rungut Sofia sambil mencapai jaket hitam miliknya."Hahahah!Sory sory weh,aku lupa....hahahha"."Ah kau memang!!Aku ontheway sekarang,tunggu sana,caw!!".